Skip to main content

KAWAN MENJADI LAWAN *long post*

Assalamualaikum

Lama aku simpan. Hanya suami dan rakan terdekat je yang tahu. I mean tahu CERITA SEBENAR. Kawan menjadi lawan..

Aku online seller. Ada few products yang aku jual, tapi ada satu product yang aku betul-betul focus. Sebabnya? Sebab aku rasa best dengan product tu. Then founder product tu adalah kawan aku. Lama dah kawan, bermula dari myspace masing-masing peminat novel, sampailah beberapa bulan lepas kami berkawan baik. 

Dari segi bisnes, awalnya aku respect dia. Banyak idea, cepat bertindak. Tapi lama-kelamaan aku nampak dia hanya seorang yang TAMAK. Sehinggakan semua dropship & agent bawah stokis pun nak dikacaunya. Diugut untuk downgrade title tu kalau tak capai achieve monthly target. Dan aku, sebagai seorang kawan yang baik, aku suarakan pendapat aku. Dengan cara yang baik of course, takde maki hamun. Tu bukan style aku.

Tapi lain orang lain penerimaan. Aku tak tahu dia tak suka, tapi aku dapat rasa. Come on! Aku tak bodoh. Aku berani suarakan pendapat aku bukan sebab dia kawan aku, tapi sebab aku nak jaga dropshippers & agents aku. Plus aku taknak depan cakap lain, beria support plan dia bagai tapi kat belakang cakap lain. 

Tanpa aku sedar, dia dia banyak mengata aku kat belakang. Macam mana aku tahu? Orang yang dia jadikan geng mengumpat dia tu, cerita balik kat aku. Hahahaha! Tapi aku cool je sebab macam aku cakap tadi, aku dah agak ;) Dia pun selalu perli aku kat status facebook, twitter etc. In fact di salah satu status dia, dia ada sebut "Aku dah taknak kawan tapi tak sampai hati nak cakap. I don't need you anymore."

Dipendekkan cerita, bulan August lepas aku fikir masak-masak. Aku discuss dengan suami. Aku discuss dengan semua team aku, finally aku decide untuk stop jadi salah seorang team dia. Dan paling aku terkejut, takde sorang pun antara team aku yang nak continue jual produk dia. Salah satu puncanya adalah diorang tak suka bila dia suka mengata/memerli orang di facebook. You as a founder atau owner product, tunjuk sikap tak baik & negatif, memang takkan ada siapa yang suka. 

So bila dah decide nak stop, aku whatsapp dia. Surprisingly, bila aku cakap nak stop jadi stokis dia, dia cuma reply "Ok" Hahaha! Nampak sangat nak buang aku dari team tapi takde valid reason ^_^

Even lepas aku stop pun, dia masih umpat aku. Dia masih perli aku di twitter. Being me, orang buat sekali aku diam. Dua kali, aku masih diam. Masuk kali ketiga, aku buat status yang terang-terangan tuju ke dia :D Sampailah akhirnya dia block aku di facebook. So sekarang siapa salah? Bagi aku simple, 'aku tak rasa aku ada masalah dengan kau, so kenapa kau nak sentap? Kenapa sampai nak block aku?' 

Frankly speaking, aku sedikit terkilan dengan apa yang jadi. First sebab masa dia mula-mula dapat idea nak produce product tu, aku dengan sorang lagi rakan yang bagi idea, pendapat. In fact, bila product tu dah start dijual pun, setiap kali dia perlukan pendapat kami sama-sama brainstorm. Second, aku anggap dia sebagai sahabat pada mulanya. Bila dia ada masalah, dia cerita. Kami saling berkongsi cerita. Pernah satu malam dia voice mail dia tengah menangis dalam kereta, aku sampai cakap "Kalau aku dekat dengan kau sekarang jugak aku aku pegi kat kau dan peluk kau." Third, terlalu banyak benda yang aku dan team aku beri pada dia. Bila suami aku ke oversea, aku mintak suami aku bawak produk dia dan snap gambar cantik-cantik. Tanpa bayaran. Salah sorang team aku yang pandai graphic design, dia selalu buatkan design cun-cun untuk kami (the whole team product tu) gunakan. Juga tanpa bayaran. 

Dan akhirnya bila kami semua stop jual product dia, langsung takde ucapan terima kasih yang keluar dari mulut dia. Seolah-olah aku dan team aku ni serupa 'ada tu ada lah, kalau takde pun takpe.'

So moral of the story, jangan terlalu baik dengan orang. Mungkin tiba satu masa, bila dia di atas dia akan tindas dan pijak kepala kita. Walau seribu kebaikan yang kita buat, orang takkan nampak. Tapi kalau satu keburukan kita, itulah yang orang akan cakap sampai bila-bila.

Macam aku dan kawan (read: lawan) aku ni, mungkin dia tak suka pendapat aku. Tapi dia boleh terus terang instead of mengumpat aku dan pendam rasa dendam. Buruknya aku mungkin sebab aku outspoken.

Sekarang aku dah move on. Tak lama pun, sehari dua je aku dah move on. Pasal dia mengumpat aku tu, pun aku dah ignore. Ada sekali dia fitnah aku, ada sorang rakan datang tanya kat aku. Aku tunjuk semua bukti dia conversation whatsapp kami. Bila dah tahu perkara sebenar, rakan aku tu cakap "kenapa dia macam dengki dengan awak ea." Hihihi! Btw, sejak dari 2017 aku tak pernah delete conversation dengan dia. Mungkin sebab instinct aku rasa macam dia ni tak boleh dipercayai kot. So sekarang semua tu berbaloi hahah! 

Banyak hikmah bila aku dah tak berkawan dengan dia lagi. Antaranya aku dah takde masa nak membawang di whatsapp group :D Rezeki aku pun dah bersama product lain sekarang. Alhamdulillah. Sikit atau banyak tak penting, yang penting keberkatan. Untung banyak tapi kalau selalu menyakitkan hati team sendiri pun takde guna. 

Till then..Bye!


Comments

Popular posts from this blog

23 October

Assalamualaikum
23 October 2018 Genap usia aku 31 tahun Alhamdulillah :) Got surprised from husband on that day. Ibu ayah belanja makan. Dan week later kak non a.k.a bff pulak buat birthday treat :)
 I've got another birthday cake & present too! Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk aku.

It's been a while...

Assalamualaikum...
Lama tak update. Jangankan kata nak update, bukak blog pun tak. Mood menulis hilang dibawa angin lalu... Atau bahasa lebih tepat lagi, MALAS. Bila jin M dah masuk dalam diri, tu yang sampai blog pun dibiarkan sepi😀 But InshaAllah I will try my best to keep you guys updated. 
See ya!