Monday, June 27, 2016

Kek/Cookies Sedap dari Hanalicious Baking

Kali ni aku nak buat review sikit. 

Aku suka kasi surprise kat orang, pastu sejenis yang suka belikan kek untuk orang. Haha! Apa ke pelik lah hai. Tapi aku takda lah makan sangat kek sebenarnya, melainkan kalau betul-betul craving. 

Disebabkan aku suka beli kek untuk orang, maka aku memang suka usha fb/ig orang-orang yang jual kek cecantik. Bukan takat cantik, aku gigih baca komen-komen yang ada. 

Dulu masa kerja, aku ada tugas untuk handle birthday celebration for staff. Lagi lah aku gigih stalk fb/ig orang. Hehe...Sampailah 1 masa aku jumpa 1 ig ni. HANALICIOUS.BAKING

Aku tengok gambar-gambar kek yang dia buat, cantik dan nampak menyelerakan. So aku try. Untuk birthday celebration staff tu, aku order Red Velvet cake.
Haaa tu dia! Cantik kan? Bukan cantik je tau, ramai staff puji sedap. Ada yang tanya tempah kek kat mana.

Disebabkan aku puas hati dengan kesedapan kek tu, dan service yang sangat pantas dan tahap 5 bintang, untuk birthday salah sorang adik aku pun aku order dari Hanalicious Baking ni.
Tetap flavor yang sama. Kehkeh! Nampak tak betapa sedapnya kek tu.

Pastu masa anniversary aku dan si dia bulan April hari tu, aku order lagi. Ya, memang aku suka bagi kek kat orang. Kekonon surprise la. Kali ni aku order very simple cake, takda cream apepun. Plain aje.
Even plain macam ni pun nampak menyelerakan. Dan sumpah sedap! Orange cake yang moist dan gebu. Tak muak makan kata si dia. Dan lepas bagi kek ni, si dia balik kampung. Ha dia angkut sekali kek ni nak bagi mak ayah dia makan. Mak dia whatsapp aku bagitau kek tu sedap sangat (senyum bangga feeling aku yang baking)

Tak cukup 3 kali order, aku order lagi buat kali ke-4. Cuma kali ni bukan kek, tapi cookies. Aku pernah makan cookies yang Hanalicious Baking ni buat sebab masa order kali kedua tu, dia bagi free cookies kat aku. Cookies macam famous amous. Sedap!

Disebabkan si dia dapat cuti raya start raya ke-4, maka aku dengan baik hati order cookies untuk dia. Order 2 balang. Konon nak bagi dia makan masa raya nanti. Tapi.....
Kau tengok??? Dia lantak sorang-sorang sampai tinggal separuh bekas. Dah tu sempat ke tunggu sampai raya ni? 

Overall memang tak mengecewakan lah service dan produk Hanalicious Baking ni. Semua sedap! Boleh dikatakan buat masa ni, Hanalicious Baking adalah favorite aku. Tangga teratas kalau nak order kek, cookies, cupcakes and so on.

Korang kalau nak try, boleh contact Kak Hana ye. Detail kat bawah:
Instagram: @hanalicious.baking
Hp no: 013-3885852
Based: Petaling Jaya (tapi boleh delivery kat few area)


4 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

melting tengok cake tu...

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdp mmg akan repeatla jwpnnya..hihi

yaya cendana said...

selamat pagi..jalan2 sini ambil mood raya.. ^_^

AinAthirah Anuar said...

Terbaiklah. kalau akak yg bg 5 bintang mmg ain percaya. boleh cuba. tpi diahantar ke jauh2? ain perak tau. hah

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol