Sunday, June 12, 2016

Indahnya Berpuasa di Kampung

Tahun ni alhamdulillah berkesempatan balik berpuasa di Kelantan. Negeri kelahiran ayah :) Kampung aku kat Machang, agak pedalaman. Line internet pun semput hampir2 mati gitu. Haha!

Kami balik Rabu lepas, dan semalam gerak balik ke KL semula. Kejap tapi syukur, ada jugak peluang jenguk nenek. Memang best! Sahur & berbuka sama-sama. Lebih best bila nak masak, kebanyakan bahan ada sekitar rumah. Sebelum nenek masak gulai ayam kelate, nenek pegi ke reban belakang rumah. Nenek dengan paksu sembelih sekor ayam, dah settle semua, masak. Nak buat solok lada, belah kelapa dan parut sendiri. Tak payah beli. Save! Aku suka sangat!

Rumah nenek memang sangat 'kampung'. Rumah papan, kalau tengah hari memang kepanasan lah kau duduk dalam rumah tu ha. Berpeluh oi! Sebab atap zink, bahangnya tu buat hati kau pun panas sama. Kah! Tapi bila malam, ya Allah sejuknya.....Sejuk sangat! Aku tidur dalam kelambu dengan sorang adik perempuan aku. Syiok wo! Rasa taknak bangun sahur.

Indahnya berpuasa di kampung. Lain sangat dengan bandar. Petang2 takda pun sibuk nak pegi bazar beli segala jenis makanan. 

Alah....dah rindu kampung. Baru sehari tinggalkan. Rindu nenek. Rindu masakan nenek. Rindu kehidupan tanpa internet. Rindu bonding time dengan family tu...


9 comments :

Ahmad Hasif said...

aah memang best balik kg..

Blogwalkini sini, jom baca artikle ini

McAfee Secure Di Wordpress article...

Normi Nieza said...

Mchang kat area mana?

Azwar Syuhada said...

Wah, seronoknya balik kampung.. ;)

Mazlan Othman said...

Wkmsalam.
Memang indah hidup di kampung.

Dayana Bahar said...

Salam ramadhan. Rumah kayu memang sejuk waktu malam. mmg syokkkkk tidor plus tarik selimut... hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

suasana tu yg buat jd lagi best.. sronok.

AinAthirah Anuar said...

Akak kelanta ye. Mak Ain kemamam terengganu. heheh pata timur la kitee

wanihasmi said...

seronokkan balik kpg.. kadang rasa cpt je masa berlalu..
follow u sis.. jemput singgah blog saya & selamat berpuasa ;)

http://wanihasmi.blogspot.my/

Siqah Hussin said...

Seronok dapat balik kampung. Kampung awak mujur juga line internet semput hampir mati. Kampung siqah memang confirm dah mati. Hehe

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol