Monday, June 20, 2016

Iftar @ Sakura Kristal Tmn. Melawati

Malam semalam aku dan family iftar kat luar. Sekali celebrate father's day :) Ayah nak makan kat Sakura Kristal. Kita layan aje, hari beliau :)

Kami pilih Sakura Kristal cawangan Taman Melawati sebab kat situ besar. Kalau kat shopping mall kecik je. Kami sampai sana dalam pukul 8.30 malam, saje pegi lepas Maghrib. Mudah. Tak payah rebut nak solat kat surau. Kat rumah lebih selesa.
sumber: Google
Kami makan ala carte je. Order ikut tekak memasing.

Aku order Pan Seared Dory, sebab ni chef recommendation. 
Hmm....Untuk menu ni aku cuma mampu bagi 2 bintang je (out of 5). Ikan tu rasa pelik. Adik aku kata maybe sebab herbs kot, pastu ada pulak perahan lemon. Tak kena dengan selera aku. Dan ikan tu a bit salty. Suapan pertama aku, dah buat aku menggagau cari air. Tapi garlic bread, salad & potato wedges sedap!


Ni antara menu lain pilihan family aku. Mixed grill tu adik aku order, not bad. Black pepper sauce dia sedap. Portion yang sangat besar sebab ada kambing, ayam, daging, sosej grill disertakan dengan telur mata, mashed potato & salad.

Dessert tu pulak apa tah nama. Ibu order. Tapi ni paling champion! Paling win! Sekali pandang macam banana split tapi bukan. Ala ala cream puff + vanilla ice cream + coklat. Pergh! Mengancam sangat rasa dia tu. Yang ni aku bagi 5 bintang!

Makanan lain tak snap tapi adik aku ada order yee mee sizzling. Not bad lah. Aku kasi 3.5 bintang. Kalau kuah pekat dan kurangkan rasa manis tu, boleh capai 4 kot. Hehe...

Tapi ada 2 benda aku macam...haih diorang ni...... First masa salah sorang waitress datang hantar makanan ayah. Kat pinggan tu ada lah hias dengan daun salad. Masa dia nak letak pinggan tu depan ayah, boleh salad tu jatuh dalam air ibu. Alahai... Laju je dia ambik air ibu dan ganti baru. Tapi aku tak dengar pulak kalau dia ada say sorry masa dia ambik air untuk ganti tu. Tak tahulah kalau masa dia hantar air baru dia ada say sorry. 

Second, masa waitress lain datang hantar sizzling adik aku. Kuah sizzling yang panas tu tumpah kat meja dan seluar adik aku. Terkena jugak kat tangan dia. Korang tahu je lah sizzling ni panas. Kesian adik aku. Banyak jugak lah tumpah. Tapi aku respect waitress sebab dia say sorry dan dia teman adik aku ke toilet. Tak salah aku dia tolong cuci sekali seluar adik aku yang kena kuah tadi tu.

Takpe lah. Benda dah nak jadi. Tapi aku harap diorang lebih berhati-hati. Especially bila bawak makanan panas. Bahaya untuk customers dan untuk diorang jugak kalau makanan tu tumpah.

Oh ya! Masa kitorang dah order, ada sorang Chinese lady ni datang. Samada dia owner atau dia manager cawangan tu, tapi dia offer kitorang untuk ambik kuih-muih dan buah-buahan kat meja buffet. Dia cakap diorang cuma sediakan buffet Ramadhan on weekend only. Weekdays takda ye. Mungkin sebab customer dah tak ramai, lebihan makanan masih banyak so dia offer je pada customer yang baru sampai.

Thank you Sakura Kristal ^_^

3 comments :

AinAthirah Anuar said...

2 out of 5 . omg too bad! haha. nasib yg lain okay. Alaaaa kesiannya, melecur tak ? did he/she okay ? Bagus la waitress tu baik. bagus2. be careful !

Chic Na said...

Alahaii dah kenapa waiter/waitress kat situ mcm clumsy je.. Nasib baik dia mintak maaf.. Tp still bahaya kot benda panas.. Huhu..

Dessert tu mmg nampak yummyyyy..

nuyui a.k.a miss YUI said...

kiranya ada yg ok ada yg tak..tp pujila skap nk say sorry tu.. ada org wat tak tau n ganti je..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol