Thursday, June 23, 2016

Iftar @ Restoran Istana Bambu

Semalam aku berkesempatan berbuka puasa dengan si dia. Dia nak sangat makan kat Restoran Istana Bambu. Nak makan buffet katanya, so aku layan. Yang penting dia bayar. Hahah!
sumber: Google
First aku nak kata, tempat ni sangat cantik! Banyak rimbunan buluh, dan tempat duduk, laluan, boleh kata semua dari buluh. Dah nama Istana Bambu, ye dak? Tapi suasana kampung tu memang ada lah. Feel sangat! Rasa macam kat kampung. Aku umpama orang jakun sibuk nak bergambar. Haha!

Makanan, sedap!!!!! Ada banyak pilihan makanan untuk buffet Ramadhan. Main course semalam, nasi putih + deep fry fish (masak 3 rasa) + tomyam fishball + udang goreng nestum + sotong masak pedas + sayur campur. Then kat stall lain ada ayam masak merah, patin masak tempoyak, asam pedas ikan pari, nasi ayam, spagheti, bakso, laksa penang, steamboat, cendol, ais krim, kuih-muih dan air beraneka jenis. Tak lupa sambal belacan, ulam-ulaman. Tapi yang si dia pegi terjah dulu adalah KAMBING GOLEK! Sibuk dia beratur kat situ dulu.
Yang ni sedap, cuma mungkin kitorang dapat part banyak lemak dan sedikit liat. Tapi rasa ok.

Kitorang sampai agak awal, dalam pukul 6 petang. Saje gerak awal sebab taknak tempuh jem. Sampai je, terus settlekan payment pastu staff tunjuk tempat. Tempat tak boleh pilih ye, memang diorang dah arrange kat mana korang kena duduk.

Macam kitorang semalam, dapat tempat yang paling dekat dengan cashier. Actually tu laluan untuk masuk dalam restoran tapi kat situ ditempatkan 4 meja khas untuk orang yang booking untuk 2-3 orang je. We're fine dengan tempat tu cuma masalahnya takda kipas. Tempat duduk lain aku tengok ada kipas kat setiap meja except untuk 4 meja yang aku cakap tadi. Agak panas. Kebetulan dekat dengan tempat main course aku nampak ada kipas gedabak yang boleh pusing tu. Stand fan. Masa orang belum ramai lagi, si dia ada mintak sorang staff untuk pusingkan kipas ke arah tempat duduk kitorang. Tapi staff tu kata nanti orang lain nak guna jugak. Kipas tu dah tak boleh berpusing katanya. Boleh halakan ke 1 arah je. Lepas staff tu cakap macam tu kat kitorang terus dia blah. Aku dah bengang sebab panas dan aku fikir tempat lain ada kipas, why not kipas tu halakan aje kat 4 tempat duduk ni. Nak pulak kami bayar harga yang sama dengan orang yang dapat meja berkipas. Mujur si dia cool. Rileks aje, dia cakap sabar. Ok fine!

Selain hal tempat duduk kitorang tu, ada 1 lagi benda yang aku kurang gemar. Surau. 
sumber: Google

sumber: Google
Ok ni surau. Dalam tu lelaki perempuan boleh solat. Of course ada penghadang untuk asingkan lelaki & wanita. Ok lah, so-so. Cuma aku tak suka bila tempat wuduk terbuka macam tu. Tengok kat gambar, ada macam tembok kecik bersimen, ha itu tempat ambik wuduk. Part yang korang nampak tu tempat wuduk lelaki, belakang tu tempat ambik wuduk wanita. Terbuka. Yes, memang malam dan orang mungkin kata tak nampak pun sebab gelap kan. Tapi aku perhati ada lelaki-lelaki yang bila kat tempat wuduk dia full, dia akan berjalan pegi ke tempat wuduk wanita. Selangkah je dah sampai, takpun jenguk kepala je dah nampak. Alahaii~~~

Bagi aku tempat wuduk wanita perlu diasingkan dan tertutup. Sediakan tempat yang lebih selesa. Kita perempuan nak kena bukak tudung, sinsing lengan baju dan seluar, takkan nak tunjuk terang-terangan depan lelaki. Betul?

Overall, Restoran Istana Bambu ni ok. Makanan memang sedap, berbaloi dengan harga. Cuma boleh perbaiki apa yang aku komen kat atas, especially part surau. Tak salah buat 1 tempat tertutup untuk wanita berwuduk. Lebih berkat kot.
Bagi korang yang nak try Buffet Ramadhan di Restoran Istana Bambu ni, harga untuk dewasa RM55.60 (Dewasa) & RM28.35 (Kanak-kanak).

Dari segi makanan, aku tak fikir banyak kali untuk pegi makan kat sana lagi. Tapi dari segi lain, mungkin aku akan fikir 2 3 kali. Nak2 bab surau, melainkan kalau aku 'bendera merah' masa tu, aku ok aje. Sebab tak payah fikir nak ambik wuduk dan solat kan.

3 comments :

Melissa Muklis said...

Cantiknyaaaaa tempat tu! hehe tapi betul tu, surau tu kena perbaiki lagi untuk keselesaan semua pengguna :)

* lama tak singgah blog akak. hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

kiranya service tu tak brape sgtla ea.
xpttulah xde kipas.. haruu

Sya Chot .. said...

lama xmenyinggah sini..hee tempat makan ni nice la sis, tapi tu la..tempat surau tu yg masalah plak...Untungla sis,ada org belnja,klw sya la..utk g situ, dgn harga g tu..maw 2,3,4,5,6x pk.hehehe

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol