Friday, May 27, 2016

Syukur Selalu

Hari tu, aku craving nak makan marble cake & butter cake. Dulu-dulu kat 7E ada jual marble cake, aku selalu beli 1 slice. Sekarang susah nak jumpa. Sedap giler kot kek tu! Butter cake pulak, aku selalu nampak hakak2 yang rajin mem-baking tu, buat buat butter cake. Ewah, musim orang buat butter cake ke hape ni sampai penuh timeline aku dengan kek tu je. Maka aku pun terus tak keruan.

Nak baking sendiri, aku risau dapur ibu aku terbakar. Ceh! Sebenarnya dasar pemalas!

So aku tahan. Sampailah Selasa lepas, aku teman adik aku checkup kat hospital. Masa aku dengan family nak lunch, dalam chiller ada marble cake & butter cake! Perghhh!!! Tapi disebabkan aku lapar nasi, yelah dah pukul 3 lebih baru terhegeh-hegeh nak lunch. Takpe, isi perut dulu. Nanti beli kek tu.

Lepas makan, aku lepak2 tunggu adik aku habis buat MRI test. Ingat nak beli lepas habis test tu. Alahaiii lama bebenor MRI test ye. Sebelah kaki ambik masa 45 minit, dia kena buat test untuk dua belah kaki. 

Menjelang dia datang kat kitorang, aku usha cafe. Alaaa....chiller dah kosong. Diorang dah simpan semuanya. Uhuk! Aku fikir takpelah, bukan rezeki aku. Aku pun rileks je. One thing, aku bukan jenis nak emo bila aku tak dapat makan apa aku nak. Alhamdulillah la...Jenis tak kisah. Bagi aku kalau dapat, dapatlah. Kalau tak maknanya bukan rezeki aku. Sama macam hal kek tu, bagi aku rezeki aku hari tu cuma nasi. Bukan kek. Lain kali Allah bagi.

Tapi korang mesti pernah baca ni kan...
Hari ni...adik aku balik dan hulurkan sesuatu untuk aku. Dia cakap "akak belikan untuk kau. Marble butter cake."

Allahuakbar! Alhamdulillah....Sebijik kek dia belikan untuk aku. Puas aku makan, siap dapat makan dengan family lagi. Alhamdulillah. 

Nak katanya kat sini, syukur je dengan apa yang ada. Kalau benda yang korang nak tak dapat dalam masa terdekat, Allah bagi lain masa. Macam aku, kalau aku beli mungkin aku beli 1 slice je. Tapi Allah gerakkan hati adik aku, dia belikan sebijik kek terus. :)

Allah tu Maha Adil. Siapa sabar dan bersyukur, Dia bagi lebih :)

-XOXO-

3 comments :

nuyui a.k.a miss YUI said...

kt nak beli xdpt tp ALLAH dtgknyg lain pd kt..pakej leh kgsi ramai lg tu.. alhamdulillah.

Salam Jumaat ya.

yanie yusuf said...

insya-Allah moga semua diberkati oleh Allah SWT aamin.. salam blogwalking.. www.yanieyusuf.com

AinAthirah Anuar said...

Allahu sweetnya :) Puaskan dpt makan benda yang kita craving !

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol