Wednesday, May 4, 2016

Kenapa Perlu Bayar Yuran Untuk Jadi Agent/Dropship?

Beberapa bulan lepas, aku ada publish 1 post berkenaan pencarian agent/dropship #inspiredperfume. Dan seingat aku ramai jugak yang berminat. Maka aku email kan syarat-syarat untuk jadi agent/dropship. Tapi dalam ramai-ramai tu, cuma 2 3 orang je yang respon. Ramai tetiba jadi tak berminat lepas tengok syarat-syarat tu. Sebab apa???

Sebab....

KENA BAYAR YURAN.

Kenapa aku letak syarat kena bayar yuran?

1) Ramai....terlalu ramai yang 'berminat' untuk jadi agent/dropship sebab MEREKA NAK BELI DENGAN HARGA MURAH. SELF INTEREST! Mereka ni tak promote pun, dan dalam sebulan cuma order 1-2 pcs je. Untuk siapa? Untuk diri sendiri. Aku nak elakkan benda ni dari berlaku. Aku taknak agent/dropship yang selfish dan suka ambil kesempatan macam ni.

2) Simple. Dalam dunia ni dik, takda jalan singkat untuk berjaya. Hakak kau ni bermula sebagai agent #inspiredperfume pun sampai sekarang dah jadi stokis, mula-mula dulu bayar yuran jugak. Yuran tu dipanggil sebagai duit komitmen kita. Manusia, kalau keluarkan duit untuk sesuatu perkara, baru bersungguh. Kalau tak??? Sambil lewa. Ibarat kau beli baju guna duit sendiri dengan duit orang lain, mana lebih kau hargai? Macam tu lah lebih kurang...

3) Duit tu sebagai security buat aku. Andai kata korang bayar yuran dan takda inisiatif langsung untuk berniaga, at least aku tak rugi apa-apa. Korang lah rugi sebab duit bayar tapi pulangan tak dapat. Kalau korang bayar, then promote, ada customer, lama-lama dapat cover yuran yang korang keluarkan mula-mula tu. Faham tak?

Berapa yuran kena bayar?

Tak sampai RM50 pun. To be more specific, tak sampai RM30 pun. Plus aku bagi FREE PERFUME! Diulangi, FREE PERFUME!
#inspiredperfume ni memang founder, agent dan stokis semua tengah usaha nak up kan. Nak produk ni dikenali. Jadi kami cuma perlukan orang-orang yang rajin, boleh bagi komitmen, jujur, ikhlas & amanah je dalam team kami. Bukan senang nak berjaya dik oi! Diri sendiri nak berjaya pun kena berkorban sikit.

Yuran tu tak mahal sebenarnya. Meh nak cerita, kisah benar. Alkisah sorang adik ni dah transfer yuran kat aku, ok aku check memang ada. Then aku suruh pilih perfume bau apa dia nak. Aku whatsapp berkali-kali, tak reply. Aku minta alamat, tak bagi. Aku tunggu sebulan, whatsapp lagi. No reply. Duit dah bayar, perfume free takmau ke? Masuk bulan kedua, senyap aje adik ni. Fb dia, dia update pasal personal life dia, tapi whatsapp tak respon. Sampailah sekarang, dah berbulan still takda respon. 

Rezeki aku mungkin, atau adik ni kaya nak sedekah duit kat aku. Jadinya moral of the story is, yuran tu serius tak mahal. Dan bayangkan kalau lepas bayar yuran pun boleh buat perangai macam tu, apatah lagi kalau aku bagi orang register jadi agent/dropship secara free je. Kau rasa???? 

Ok penat aku bebel. Sorry ek kalau terasa atau tak setuju. Sape berminat nak jadi agent/dropship, boleh Whatsapp aku kat nombor dalam gambar tu. Kbai!

1 comment :

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg bgs pun ada yuran..baru tau komitmen. mmg ramai saja suka join tp sbnrnya nak beli utk diri sndiri. Konon dpt hrga lebih murah

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol