Sunday, May 15, 2016

Iman Dah Ada Adik!!!

Alhamdulillah. 6 Mei yang lepas, kak ipar aku dah selamat melahirkan seorang baby boy. Anak kedua mereka dan adik kepada Iman. Yeay!! Iman dah jadi kakak. Weehooo!!!!
Irfan Daniyal nama diberi. 

Dari apa yang aku tahu, Irfan bermaksud kebijaksanaan, kesyukuran, pengetahuan. Dan Daniyal tu nama Nabi Allah swt. 

Kecik cinonet aje budak ni. 2.5 kg je. Kak ipar aku terpaksa ceaser sebab BP high. Sama kes macam lahirkan Iman dulu. Takpelah, tak kisah normal atau ceaser, yang penting kedua-duanya selamat dan sihat :)

Dah ada sepasang dah anak Along. Alhamdulillah...

Iman? Masa melawat mama dia kat wad kemain jadi attention seeker. Siap buat-buat jatuh masa kitorang semua main dengan Irfan. Tapi bila Irfan balik rumah, dia jadi kakak yang sangat penyayang. Bila adik nangis, dia tepuk-tepuk. Kejap kang diciumnya adik tu. Dah boleh harap ambikkan pampers adik. Paling win, bila adik menangis tengah malam dia pun bangun sekali pujuk adik. Haha!

Irfan setakat ni tak banyak ragam. Asek membuta je kejenya. Haha! Bangun betul-betul untuk mandi. Menyusu....kena kejutkan. Tu pun ambik masa setengah jam jugak nak tunggu dia bukak mata. Kelmarin Along cukur rambut dia. Along kata dari start cukur sampai ke sudah dia tidur tak bangun. Senangnyaaaa nak jaga budak cinonet ni!

Moga Irfan Daniyal jadi anak yang soleh ye. Yang baik, taat pada agama, dengar kata mama papa. Makngah doakan Iman & Irfan dalam lindungan Allah selalu.

^_^

No comments :

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol