Tuesday, May 31, 2016

AGENT/DROPSHIP WANTED!

Minat bisnes? Tapi tak tahu nak berniaga apa? 
Atau kekurangan modal?

Aku nak tawarkan sesuatu untuk korang yang berminat.
Pilih nak jadi AGENT atau DROPSHIP.

Bagi yang baru nak mencuba, aku suggest untuk start dengan dropship. Tak perlu simpan stok. Korang cuma perlu promote sahaja. Submit order pada aku setiap hari Rabu. Packing, postage semua aku handle. 

Modal dropship. RM20. Ni adalah yuran seumur hidup. Dan akan dapat 1 perfume percuma! One day bila korang nak upgrade jadi agent, tak perlu bayar yuran dah.

Agent. Yuran sama macam dropship. RM20 (free 1 perfume). Tapi agent wajib beli stok minimum 6 pcs.

Banyak ke modal nak pakai?

Tak. Korang cuma perlu keluarkan modal RM98 sahaja untuk jadi agent.

Macam menarik. Tapi jual apa?

Ni dia... #pocketperfume_byKhadijahIbrahim

Macam mana? Berminat?

Kalau berminat, boleh Whatsapp aku kat nombor dalam gambar tu ye. Atau email ke athirahdee@gmail.com.

-XOXO-

Friday, May 27, 2016

Syukur Selalu

Hari tu, aku craving nak makan marble cake & butter cake. Dulu-dulu kat 7E ada jual marble cake, aku selalu beli 1 slice. Sekarang susah nak jumpa. Sedap giler kot kek tu! Butter cake pulak, aku selalu nampak hakak2 yang rajin mem-baking tu, buat buat butter cake. Ewah, musim orang buat butter cake ke hape ni sampai penuh timeline aku dengan kek tu je. Maka aku pun terus tak keruan.

Nak baking sendiri, aku risau dapur ibu aku terbakar. Ceh! Sebenarnya dasar pemalas!

So aku tahan. Sampailah Selasa lepas, aku teman adik aku checkup kat hospital. Masa aku dengan family nak lunch, dalam chiller ada marble cake & butter cake! Perghhh!!! Tapi disebabkan aku lapar nasi, yelah dah pukul 3 lebih baru terhegeh-hegeh nak lunch. Takpe, isi perut dulu. Nanti beli kek tu.

Lepas makan, aku lepak2 tunggu adik aku habis buat MRI test. Ingat nak beli lepas habis test tu. Alahaiii lama bebenor MRI test ye. Sebelah kaki ambik masa 45 minit, dia kena buat test untuk dua belah kaki. 

Menjelang dia datang kat kitorang, aku usha cafe. Alaaa....chiller dah kosong. Diorang dah simpan semuanya. Uhuk! Aku fikir takpelah, bukan rezeki aku. Aku pun rileks je. One thing, aku bukan jenis nak emo bila aku tak dapat makan apa aku nak. Alhamdulillah la...Jenis tak kisah. Bagi aku kalau dapat, dapatlah. Kalau tak maknanya bukan rezeki aku. Sama macam hal kek tu, bagi aku rezeki aku hari tu cuma nasi. Bukan kek. Lain kali Allah bagi.

Tapi korang mesti pernah baca ni kan...
Hari ni...adik aku balik dan hulurkan sesuatu untuk aku. Dia cakap "akak belikan untuk kau. Marble butter cake."

Allahuakbar! Alhamdulillah....Sebijik kek dia belikan untuk aku. Puas aku makan, siap dapat makan dengan family lagi. Alhamdulillah. 

Nak katanya kat sini, syukur je dengan apa yang ada. Kalau benda yang korang nak tak dapat dalam masa terdekat, Allah bagi lain masa. Macam aku, kalau aku beli mungkin aku beli 1 slice je. Tapi Allah gerakkan hati adik aku, dia belikan sebijik kek terus. :)

Allah tu Maha Adil. Siapa sabar dan bersyukur, Dia bagi lebih :)

-XOXO-

Sunday, May 15, 2016

Iman Dah Ada Adik!!!

Alhamdulillah. 6 Mei yang lepas, kak ipar aku dah selamat melahirkan seorang baby boy. Anak kedua mereka dan adik kepada Iman. Yeay!! Iman dah jadi kakak. Weehooo!!!!
Irfan Daniyal nama diberi. 

Dari apa yang aku tahu, Irfan bermaksud kebijaksanaan, kesyukuran, pengetahuan. Dan Daniyal tu nama Nabi Allah swt. 

Kecik cinonet aje budak ni. 2.5 kg je. Kak ipar aku terpaksa ceaser sebab BP high. Sama kes macam lahirkan Iman dulu. Takpelah, tak kisah normal atau ceaser, yang penting kedua-duanya selamat dan sihat :)

Dah ada sepasang dah anak Along. Alhamdulillah...

Iman? Masa melawat mama dia kat wad kemain jadi attention seeker. Siap buat-buat jatuh masa kitorang semua main dengan Irfan. Tapi bila Irfan balik rumah, dia jadi kakak yang sangat penyayang. Bila adik nangis, dia tepuk-tepuk. Kejap kang diciumnya adik tu. Dah boleh harap ambikkan pampers adik. Paling win, bila adik menangis tengah malam dia pun bangun sekali pujuk adik. Haha!

Irfan setakat ni tak banyak ragam. Asek membuta je kejenya. Haha! Bangun betul-betul untuk mandi. Menyusu....kena kejutkan. Tu pun ambik masa setengah jam jugak nak tunggu dia bukak mata. Kelmarin Along cukur rambut dia. Along kata dari start cukur sampai ke sudah dia tidur tak bangun. Senangnyaaaa nak jaga budak cinonet ni!

Moga Irfan Daniyal jadi anak yang soleh ye. Yang baik, taat pada agama, dengar kata mama papa. Makngah doakan Iman & Irfan dalam lindungan Allah selalu.

^_^

Wednesday, May 11, 2016

Haiiii lah Iman..

Iman: Ni apa? (tunjuk pada betik)
Aku: Papaya
Iman: Ha? Papa aya?
Aku: Papaya
Iman: Papa Adam, Mama Dayah

Sungguh aku blur! Tak tahu nak ketawa atau marah atau sedih atau kecewa. Hahaha!

Bila kau buat conversation dengan budak umur 3 tahun, bersedialah dengan macam-macam ayat/perkataan yang tak disangka.

Thursday, May 5, 2016

#MissPerfume by Khadijah Ibrahim

Founder #inspiredperfume akhirnya berjaya menghasilkan 1 signature perfume keluaran sendiri. Alhamdulillah. Betapa bertungkus lumus beliau from A to Z. Pemilihan bau, material, packaging...Semua!

Serasa aku dah hampir sebulan signature perfume ni launch. 

#MissPerfume by Khadijah Ibrahim.
"Sesuatu yang Manis untuk Diingati"

Wangian yang bertemakan 'Fruity Sence' dengan kesegaran manis dan kepekatan buah ceri. Memiliki bau yang manis, halus, fruity, sensual, energetic & feminin.

Didatangkan khas dengan bekas baldu custom made, #MissPerfume ni sangat sesuai dijadikan hadiah buat yang tersayang ^_^

  • 10ml/Spray
  • Pocket Size (Mudah dibawa)
  • Mesra Solat
  • Non-Alcohol
Berapa harga ni?

RM22 tak termasuk postage ye ^^ 

Berbaloi! Bau tahan lama gilozzzz~~~
Nak try? Boleh DM aku kat instagram @kakngahperfume

Wednesday, May 4, 2016

Kenapa Perlu Bayar Yuran Untuk Jadi Agent/Dropship?

Beberapa bulan lepas, aku ada publish 1 post berkenaan pencarian agent/dropship #inspiredperfume. Dan seingat aku ramai jugak yang berminat. Maka aku email kan syarat-syarat untuk jadi agent/dropship. Tapi dalam ramai-ramai tu, cuma 2 3 orang je yang respon. Ramai tetiba jadi tak berminat lepas tengok syarat-syarat tu. Sebab apa???

Sebab....

KENA BAYAR YURAN.

Kenapa aku letak syarat kena bayar yuran?

1) Ramai....terlalu ramai yang 'berminat' untuk jadi agent/dropship sebab MEREKA NAK BELI DENGAN HARGA MURAH. SELF INTEREST! Mereka ni tak promote pun, dan dalam sebulan cuma order 1-2 pcs je. Untuk siapa? Untuk diri sendiri. Aku nak elakkan benda ni dari berlaku. Aku taknak agent/dropship yang selfish dan suka ambil kesempatan macam ni.

2) Simple. Dalam dunia ni dik, takda jalan singkat untuk berjaya. Hakak kau ni bermula sebagai agent #inspiredperfume pun sampai sekarang dah jadi stokis, mula-mula dulu bayar yuran jugak. Yuran tu dipanggil sebagai duit komitmen kita. Manusia, kalau keluarkan duit untuk sesuatu perkara, baru bersungguh. Kalau tak??? Sambil lewa. Ibarat kau beli baju guna duit sendiri dengan duit orang lain, mana lebih kau hargai? Macam tu lah lebih kurang...

3) Duit tu sebagai security buat aku. Andai kata korang bayar yuran dan takda inisiatif langsung untuk berniaga, at least aku tak rugi apa-apa. Korang lah rugi sebab duit bayar tapi pulangan tak dapat. Kalau korang bayar, then promote, ada customer, lama-lama dapat cover yuran yang korang keluarkan mula-mula tu. Faham tak?

Berapa yuran kena bayar?

Tak sampai RM50 pun. To be more specific, tak sampai RM30 pun. Plus aku bagi FREE PERFUME! Diulangi, FREE PERFUME!
#inspiredperfume ni memang founder, agent dan stokis semua tengah usaha nak up kan. Nak produk ni dikenali. Jadi kami cuma perlukan orang-orang yang rajin, boleh bagi komitmen, jujur, ikhlas & amanah je dalam team kami. Bukan senang nak berjaya dik oi! Diri sendiri nak berjaya pun kena berkorban sikit.

Yuran tu tak mahal sebenarnya. Meh nak cerita, kisah benar. Alkisah sorang adik ni dah transfer yuran kat aku, ok aku check memang ada. Then aku suruh pilih perfume bau apa dia nak. Aku whatsapp berkali-kali, tak reply. Aku minta alamat, tak bagi. Aku tunggu sebulan, whatsapp lagi. No reply. Duit dah bayar, perfume free takmau ke? Masuk bulan kedua, senyap aje adik ni. Fb dia, dia update pasal personal life dia, tapi whatsapp tak respon. Sampailah sekarang, dah berbulan still takda respon. 

Rezeki aku mungkin, atau adik ni kaya nak sedekah duit kat aku. Jadinya moral of the story is, yuran tu serius tak mahal. Dan bayangkan kalau lepas bayar yuran pun boleh buat perangai macam tu, apatah lagi kalau aku bagi orang register jadi agent/dropship secara free je. Kau rasa???? 

Ok penat aku bebel. Sorry ek kalau terasa atau tak setuju. Sape berminat nak jadi agent/dropship, boleh Whatsapp aku kat nombor dalam gambar tu. Kbai!
 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol