Saturday, April 16, 2016

Takdir Boleh Diubah?

Sebulan mendiamkan diri. Bila penyakit M bertandang, maka aku pun apa lagi.....Langsung tak on blog. Haha! Terima kasih pada yang masih setia tinggalkan komen di setiap entri aku. InshaALLAH aku balas jejak korang.

Siang tadi aku terbaca 1 post di facebook. Berkenaan jodoh. Dan ada sedikit perbalahan di ruangan komen. Ada yang kata jodoh dan ajal dah ditakdirkan Allah, maka kita tak boleh ubah. Dan ada yang kata takdir boleh diubah dengan cara berdoa. Sesetengah dari diorang pulak komen, ada yang takdir yang boleh diubah, ada yang tidak. Dan lebih buat aku terkejut, ajal boleh diubah dengan doa kepada Allah.

Aku tak pasti. Ada sesiapa yang sudi berkongsi ilmu yang korang ada? Sama-sama kita belajar. InshaALLAH...

3 comments :

nana liena said...

tapi menurut apa yg kita pernah baca kan,kita tak tahu lagi takdir kita macam mana,jadi kena la usaha baik-baik mcm yg kita nak,selebihnya tawakal saja. Jangan la kita malas berusaha ,lepas tu bulat-bulat serahkan pada Allah ,padahal usaha pun tidak,bila tak dapat mcm yg kita nk kita salahkan takdir. (*terbuka utk isu jodoh etc..)
lebih kurang macam itulah,dah lupa yg selebihnya.. huhu..
kita mungkin kena banyakkan baca buku agama o rapat dgn orang yg alim2 ni,mana la tahu,kekadang persoalan yg muncul dlm hidup kita,Allah datangkan dlm byk cara.

Maria Firdz said...

Insha Allah.. Bg topik menarik ni utk dibincangkan..

Cik Yaya said...

SALAM..

buat masa ni xpernah dengar pula psal tu..
boleh ke..?

boleh laaa klo keadaan mcm ni..contoh, seorang perokok,kalo terus mrokok mmg xkan hdup lama kalo ikut dari sudut kesihatan,contoh mungkin cuma ada ms lagi 5tahun..tapi bila dia bhenti merokok,amal hidup sihat,wktu hidup dia boleh brubh mungkin 10thun..contoh la ni..hehe

tapi pendek kate la..takdir Allah tu semua da tertulis sejak azali..kita yang tak tahu bila masa itu akan tiba..tak kira la dari segi ajal, jodoh atau rezki sekalipun..kan
^_^

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol