Wednesday, March 2, 2016

5 Things I Hate The Most

Ada adik manis comel lotey tagged aku untuk join 5 Things I Hate the Most.
Bukti! Haha...Tapi kecik lah pulak. Apesal taktau! Thanks AIN sebab tagged, ni akak buat baca tau :)

So here we go...
1) SI PENIPU, SI GILA KUASA, SI SOMBONG
Well, obviously...ramai yang tak suka orang macam ni. Kan? Siapa je suka kena tipu? Pastu aku pantang orang gila kuasa. Disebabkan aku dah 2x dapat bos gila kuasa, so aku rasa macam that's it! Aku tak boleh blah dengan orang macam ni. Lagi 1 aku tak suka orang bajet bagus, pastu sombong. Aku senyum tau kat kau, sedekah ni. Tapi kau buat dekkkk je. Heh! Mencik mencik!

2) REPLY MSG LAMBAT
Hahaha!!! Ni selalu dengan si dia lah. Lewat 2 minit pun aku bising. Kau dah kenapa Athirah oi!

3) ORANG TAK PUNCTUAL
Ni memang kepantangan aku. Aku memang sejak azali tak suka orang lambat. Anything yang berkaitan dengan lewat, lambat, aku cukup tak suka. Sebab aku dibesarkan dengan penuh disiplin. Ibu ayah, terutama ayah, kalau kata nak keluar pukul 10, tapi pukul 10 beliau tak nampak batang hidung kau kat pintu, siap! Memang kena marah. Aku dah terbiasa, aku tak suka tunggu orang. Rimas! Melainkan kalau betul-betul ada emergency, yang menyebabkan kau lewat then itu takpelah. Kalau aku kena tunggu orang sampai setengah jam pun, dah boleh buat aku moody sehari.

4) DRIVE LAJU LAJU MACAM ORANG GILA
Kehkeh....Benci woo! Kadang tengok orang drive mencelah sana sini kat highway, macam kena kejar dengan jembalang mana entah. Tak suka! Kalau accident, dia sorang je terlibat takpe. Ni nanti sebab dia, orang lain jadi mangsa. Lu nak mati lu pegi mati sorang sorang la. *Kasar! Tapi ada betulnya. Jangan selfish, nanti sebab kau sorang anak hilang mak ayah, orang tua hilang anak tempat bergantung. Nak? Suka?

5) SIDAI KAIN
Kah kah kah! Dasar pemalas kan. Tapi sebagai perempuan ingat boleh lari dari tugas ni? Dalam pada tak suka, hari-hari aku buat. Takkan dah besar gedabak gini nak harapkan ibu ayah lagi. Matured! :)

Ok done! 

Aku tak tau nak tagged sape. Sape rasa nak buat, buatlah ye. Jangan malau segan.

5 comments :

nuyui a.k.a miss YUI said...

hehe yg last tuuu.. hihih

Maria Firdz said...

Best pe sidai.. Lipat kain akk pun hate juga..

AinAthirah Anuar said...

orang tak puntual tu betul. ain ada kawan yang dia punya OTW still baing ats katil bla bla. kurang asam betoi. hahahaha
btw thank you buat <3

Siti Nurzafirah said...

yang last tu kelakar.. haha

Cik Yaya said...

salam thirah..
aloo no 4 tu yaya selalu wat..hikhik..
nak test power kete katenyer..hihkihk =p
#jgnkecamsaya ^o^

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol