Saturday, March 12, 2016

Movie Review: Munafik

Tertarik dengan positive feedback untuk filem Munafik ni, maka aku pun join tengok. Seriously, filem melayu terbaik setakat ni. Kalah Polis Evo!

Munafik...

Bukan sekadar filem seram. Tapi ianya mengajak kita berfikir secara mendalam, bermuhasabah diri. Kita mengaku sebagai Islam, tapi setinggi mana kebergantungan kita pada Allah. Kita diuji tapi seringkali kita mengeluh, menyalahkan takdir. Kita ingin hati tenang, tapi adakah kita ikhlas memaafkan kesalahan orang lain? Hati kita sifatnya berbolak balik. Jadi jaga baik-baik. Jangan lepaskan Quran & Sunnah walau sesaat. Percayalah dalam hidup kita, kita akan merasai nikmat dan musibah. Dari situ kita belajar erti hidup. Dari situ kita harus yakin bahawa Allah Maha Mengetahui.
Tahniah Syamsul Yusof & team! Bukan sekadar hiburan tapi sarat dengan mesej yang ingin disampaikan.

Wednesday, March 9, 2016

Jodoh vs Ajal

Jika nak berubah, berubahlah...Jangan tunggu ada suami baru nak berubah. Buatnya tak sempat nikah???? Macam mana?

Konon nak tunggu suami bimbing. Tapi tengok2 ajal menjemput dulu. Dah tak boleh buat apa kan? Jadinya, nak jadi solehah tu tak perlu ada suami pun. Time bujang kalau nak jadi solehah, usaha! Istiqamah! 

Katakan kau dah usaha, makin banyak perubahan dalam diri, umur pulak panjang. Nikah. Suami pulak biasa-biasa je. Kau boleh bimbing suami kau. Bagi aku hidup berumahtangga perlu ada kerjasama. Isteri kurang bab agama, suami bimbing. Macam tu lah sebaliknya. 

Jadi sesiapa yang masih bujang, tak kira wanita mahupun lelaki, berubah dari sekarang. Ada jodoh, sama-sama hidup berlandaskan Islam. Kalau jodoh dengan ajal sampai dulu, ada bekalan yang dibawa. 

Peringatan buat diri aku juga.

Monday, March 7, 2016

Korean Drama: Obstetrics and Gynecology Doctors

Ok sape sini peminat korean drama? Kali ni aku nak share 1 drama yang bagi aku ada banyak info dalam tu, then menarik.
Kalau pernah tengok Emergency Couple lakonan Song Jihyo, ha cerita ni lebih kurang. Cuma focus pada doktor sakit puan & pakar kanak-kanak.

Tengok kat link ni ye.

Wednesday, March 2, 2016

5 Things I Hate The Most

Ada adik manis comel lotey tagged aku untuk join 5 Things I Hate the Most.
Bukti! Haha...Tapi kecik lah pulak. Apesal taktau! Thanks AIN sebab tagged, ni akak buat baca tau :)

So here we go...
1) SI PENIPU, SI GILA KUASA, SI SOMBONG
Well, obviously...ramai yang tak suka orang macam ni. Kan? Siapa je suka kena tipu? Pastu aku pantang orang gila kuasa. Disebabkan aku dah 2x dapat bos gila kuasa, so aku rasa macam that's it! Aku tak boleh blah dengan orang macam ni. Lagi 1 aku tak suka orang bajet bagus, pastu sombong. Aku senyum tau kat kau, sedekah ni. Tapi kau buat dekkkk je. Heh! Mencik mencik!

2) REPLY MSG LAMBAT
Hahaha!!! Ni selalu dengan si dia lah. Lewat 2 minit pun aku bising. Kau dah kenapa Athirah oi!

3) ORANG TAK PUNCTUAL
Ni memang kepantangan aku. Aku memang sejak azali tak suka orang lambat. Anything yang berkaitan dengan lewat, lambat, aku cukup tak suka. Sebab aku dibesarkan dengan penuh disiplin. Ibu ayah, terutama ayah, kalau kata nak keluar pukul 10, tapi pukul 10 beliau tak nampak batang hidung kau kat pintu, siap! Memang kena marah. Aku dah terbiasa, aku tak suka tunggu orang. Rimas! Melainkan kalau betul-betul ada emergency, yang menyebabkan kau lewat then itu takpelah. Kalau aku kena tunggu orang sampai setengah jam pun, dah boleh buat aku moody sehari.

4) DRIVE LAJU LAJU MACAM ORANG GILA
Kehkeh....Benci woo! Kadang tengok orang drive mencelah sana sini kat highway, macam kena kejar dengan jembalang mana entah. Tak suka! Kalau accident, dia sorang je terlibat takpe. Ni nanti sebab dia, orang lain jadi mangsa. Lu nak mati lu pegi mati sorang sorang la. *Kasar! Tapi ada betulnya. Jangan selfish, nanti sebab kau sorang anak hilang mak ayah, orang tua hilang anak tempat bergantung. Nak? Suka?

5) SIDAI KAIN
Kah kah kah! Dasar pemalas kan. Tapi sebagai perempuan ingat boleh lari dari tugas ni? Dalam pada tak suka, hari-hari aku buat. Takkan dah besar gedabak gini nak harapkan ibu ayah lagi. Matured! :)

Ok done! 

Aku tak tau nak tagged sape. Sape rasa nak buat, buatlah ye. Jangan malau segan.
 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol