Sunday, February 14, 2016

Resepi: Sotong Goreng Kunyit Pedas

Hari tu aku masakkan untuk adik-adik sotong goreng kunyit pedas. Meh nak share resepi.
Sebelah kiri tu sotong ye. Malas aku nak crop gambar. Hehe... Aku masak versi kering, sebab aku suka. Ada orang suka berkuah sikit kan, ikut suka memasing ye.

Bahan-bahan:
Sotong
Serbuk kunyit
Kacang buncis (dipotong serong)
Carrot (potong suka hati. hihi!)
Cili padi (diblend)
Bawang kecik 2 ulas (ditumbuk)
Bawang kecik 3 ulas (diblend)
Bawang putih (ditumbuk)
Bawang holland (dihiris)
Garam
Minyak masak

Cara-cara:
1) Gaul sotong dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
2) Panaskan minyak, tumis bawang yang ditumbuk tadi, dan masukkan jugak sikit bawang holland yang dihiris. Lagi separuh biar dulu tau.
3) Bila dah naik bau, masukkan terus sotong.
4) Biarkan sotong keluarkan semua airnya, sesekali kacau kalau tak berkerak kat bawah nanti.
5) Bila dah kering sikit, masukkan sayur. Campak sekali bawang holland lebihan tadi.
6) Gaul semuanya biar sebati. Rasa sikit, kalau kurang masin tambah garam. Pepandai lah tau :)
7) Bila sayur hampir empuk, curahkan cili api + bawang kecik yang diblend tadi. Sebab nak pedas sikit. 
8) Gaul rata, tunggu dalam 5-10 minit, sampai cili tadi masak.

Siap!

Selamat mencuba :)

4 comments :

Munirah Mustafar said...

terus rasa nak beli sotong!

amira faqihah said...

sedapnya sotong,,duduk jauh ni susah sikit nak dpt jumpa sotonggg

Maria Firdz said...

dua menu ni memang saya selalu saya masak masa zaman anak dara... hehe.. dah jadi mak dara lain dah menunya...

Cik Yaya said...

pergh sedap tgok..!
pndai nyerrrr dier msakk ^,^

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol