Wednesday, February 10, 2016

Resepi: Popia Goreng

Hari tu aku kebosanan. Kalau aku bosan, otak aku ligat berfikir. Berfikir pasal makanan. Tu bahaya kalau aku bosan. Haha! 

Setelah puas berfikir, tetiba teringin popia goreng. Kalau beli tak puas, inti secoet je! Maka aku gigih paksa adik aku teman aku ke kedai untuk beli barang-barang. Tapi aku buat vege popia tau. Kalau korang nak tambah ayam ke, kentang ke, silakan :) Ni aku share resipi vege popia macam yang aku buat ok.

Bahan-Bahan:
Kulit popia (aku beli yang sepaket ada 50 helai)
Carrot (disagat)
Sengkuang (disagat)
Kacang panjang (dipotong serong)
Udang kering (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Bawang merah (ditumbuk)
Serbuk lada sulah
Garam
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1) Tumis bawang putih, bawang merah & udang kering.
2) Bila dah naik bau, masukkan semua sayur yang dah disagat tadi.
3) Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah.
4) Agak-agak sayur dah layu sikit (jangan layu sangat, biar kerangupan still ada), tutup api dan toskan sayur tadi. Tujuan tos supaya minyak dan air sayur tu keluar. Tos sampai kering tau.

5) Bila sayur tadi dah kering boleh start gulung popia korang tu :)
Ni hasilnya!
Bila dah siap gulung semuanya, masukkan dalam tupperware. Buat banyak-banyak senang, frozen kan. Bila nak makan, goreng aje. Simple kan :)

*Aku tak guna taugeh, timun, dll sebab tak suka. Hehe!
**Goreng popia ni jangan lama-lama sebab kulit popia nipis, nanti rentung pulak popia korang. Lagipun sayur tu kan kita dah goreng dulu.
***Maaflah kalau sayur tu semua nampak kasar, disebabkan rumah aku takda penyagat, maka aku gigih hiris halus semua sayur tu. Konon halus tapi.....hehehe

Selamat mencuba!

6 comments :

Farahain ZFA said...

perghh terliurrr nengokkk...

Aqilah Azmi said...

Why no ayam :((( hihi thanks for sharing! Nak popiaaaaa memalam buta ni hahahahaa kak ni ish

nuyui a.k.a miss YUI said...

buat sndiri mmg puas hati..inti pun byk..hihi

Munirah Mustafar said...

nampak macam best...maknanya insya ALLAH akan buat nnt

jemput singgah di Blog kita tau, kita ada buat GA...
jangan lupe join, support & tolong sebarkan (^_^)

Maria Firdz said...

sedapnya.. boleh buat ni...

Cik Yaya said...

macam senang...
ala lauk dlm tu nk buh apa pun boleh kan..ikut suka kita..
hehe
boleh la nk try nti... =D

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol