Thursday, February 11, 2016

Resepi: Ikan Masak Kicap

Resepi ikan masak kicap pun nak share? 

Eh? Suka hati aku lah, blog aku. Kot berguna ke untuk adik-adik yang baru nak belajar masak. Kan kan??? :)
Focus kat ikan masak kicap tu je ye. Yang satu lagi tu, sotong goreng kunyit, nanti aku share kat next entri.

Lets go!

Bahan-bahan:
Ikan selar, gaulkan dengan serbuk kunyit & garam. (boleh apa-apa jenis ikan ikut kesukaan korang)
Bawang holland (dihirs, bawang besar pun boleh)
2 inci halia (ditumbuk)
Bawang kecil (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Cili padi (diketuk)
Kicap masin
Kicap manis
Sedikit air
Minyak masak

Cara-cara:
1) Goreng ikan sampai garing. Asingkan.

2) Guna minyak goreng ikan tadi, tumis bawang kecil & bawang putih serta halia yang ditumbuk.
3) Dah naik bau, masukkan kicap manis & kicap masin. Ikut suka. Agak-agak lah, pepandai sendiri.
4) Tambah air. Ni pun ikut suka, kalau nak berkuah macam aku, letak air lebih sikit tapi janganlah cair sangat.
5) Masukkan bawang holland dan cili padi.
6) Biar sampai mendidih, siap!

Nanti bila nak makan, curah je atas ikan.

*Aku tak letak garam sebab kicap dah masin kan :)

Selamat mencuba!

4 comments :

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedap ni..

Munirah Mustafar said...

insya ALlah esk bleh masak menu ni...
hari ni husband dah request asam pedas..

Maria Firdz said...

sedapnya...

Cik Yaya said...

wuhuuu...
xpela..share je apa pun..amat berguna utk org xreti msak yg bru nak blaja cam yaya ni..hikhik. =p

sedap ni..fevret! ^_^

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol