Wednesday, February 3, 2016

Perkahwinan, Jodoh...

Beberapa hari lepas aku terbaca di fb tentang umur sesuai untuk berkahwin. Kalau tak salah aku, dalam lingkungan 20-24 tahun kot. Tak sure, tak ingat. Statement tu diberi dalam bentuk gambar, biasalah orang edit kan. Buat cecomel. Tapi aku lupa pulak nak save gambar tu, but it's ok.
Maaf aku kurang setuju dengan statement tu. Aku tak pasti dalam Islam ada atau tidak umur sesuai untuk berkahwin, aku kurang arif, ilmu agama aku cetek. Kalau ada sesiapa tahu, boleh share di ruangan komen ok :)

Cuma sekadar logik akal aku...Perlu ke statement macam tu? Bagi aku semuanya bergantung kepada rezeki...Rezeki jodoh. Andai kata jodoh kita belum tiba, nak buat macam mana? Nak menangis meratap meraung??? Dan seperkara lagi, tak kira lah kita umur berapa pun, kalau kita dah bersedia tentu Allah datangkan jodoh. Kadang-kadang kita rasa kita dah bersedia tapi hakikatnya kita belum. Allah Maha Mengetahui.

Perkahwinan, jodoh tak bergantung pada soal umur. Semuanya takdir. Kalau Allah kata ada, maka ada lah. Kalau Allah kata kau akan kahwin umur 29 maka umur 29 lah kau kahwin. Ehh??? Macam refer kat diri sendiri je. Haha!!!

Ya. Aku 29 tahun, masih bujang. Maka perlu aku menangis?? Tak. Sebab aku yakin Allah hadirkan jodoh aku tepat pada masanya. Mungkin dalam masa terdekat *wink wink* :) 
Antara jodoh perkahwinan atau jodoh ajal, mana yang akan tiba dulu buat kita???

Renungkan...

3 comments :

nuyui a.k.a miss YUI said...

ALLAH pasti ada perncgn terbaik buat umatnya =)

Munirah Mustafar said...

insya Allah rezeki jodoh tu akan datang dengan sendirinya tetapi tuan punya badan perlu usaha juga...

Cik Yaya said...

yaya 27 tahun ni..
calon?mmg xdak..
serah bulat2 kat DIA..
DIA je tahu apa,siapa yg tbaik utk kita kan ^_^
chill je..jgn bhenti doa je..InsyaAllah

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol