Tuesday, February 2, 2016

Aturan Hidup ^_^

Setiap dari kita Allah dah tentukan jalan hidup, jalan cerita atas muka bumi ni. Dan semestinya aturan tu yang paling cantik dan terbaik.

Sekadar berkongsi aturan hidup aku....

Sejak bertahun sudah aku niat nak beli kereta. Tapi hati macam berat, seakan ada yang menghalang. Bukan soal duit, tapi 'something' yang aku sendiri tak tahu apa. Masa aku mula-mula niat tu, aku masih kerja kat company lama. Kuasa Allah, tak lama lepas tu ayah suruh aku resign atas sebab company tu sendiri. Management tak betul, owner Islam tapi ajaran-ajaran Islam tak dipegang erat. Lepas resign aku menganggur hampir 4 bulan.

Bila dapat kerja lain aku niat sekali lagi. Nak beli kereta. Tapi tak beli jugak. Entah kenapa. Bila lama-lama di company baru, rupanya lebih kurang je dengan company lama. Bos yang...hmmm....Susah nak kata. Bukan aku tak boleh tahan cabaran, di push macam-macam, dimaki hamun..tapi aku rasa itu tak professional. 

So aku decide untuk resign. Dan aku terfikir, ada hikmah kenapa aku tak beli kereta lagi even dah niat lama. 'Something' yang menghalang tu rupanya petunjuk dari Allah. Bayangkan kalau aku beli kereta, siapa nak tanggung bayar sementara aku dapat kerja lain? Takkan aku nak harap ibu ayah lagi. Takkan nak guna saving setiap masa. Lama-lama akan habis jugak kan?

So dari situ aku belajar. Aturan dari Allah ni dah cukup cantik. Terbaik! Jangan kau mengeluh bila kau tak dapat apa yang kau nak dalam hidup ni. InshaALLAH sampai masa, Dia akan bagi. Cuma kena sabar & redha. 

Selamat menempuh aturan hidup yang cantik wahai pembaca sekalian ^_^

5 comments :

Siti Rohaida Yusof said...

setuju

Munirah Mustafar said...

saya pernah alami macam awk...
patutlah rasa berat je hati tapi Alhamdulillah...ada sebab kenapa Allah s.w.t berbuat begitu...
kita mohon yang terbaik utk diri kt & keluarga, Allah s.w.t makbulkan doa kita tanpa kita sendiri sedar

nuyui a.k.a miss YUI said...

semuanya ada hikmah kan..

Aqilah Azmi said...

betul2, hv faith and berserah je dkt allah kan hihi <3

Cik Yaya said...

xpe..tunggu kerja yg btul2 ok..bila dpt..tgu 2-3 tahun dlm mse yg sma kumpul uet..nti uet bnyk,wat downpayment tgi..bln2 xdela byr bnyk nti..kita sdri bole byr,xde nk sshkan parents.kan =)

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol