Sunday, February 28, 2016

Movie Review: Zootopia

Tadi pegi tengok movie dengan ibu dan adik-adik perempuan aku. As usual, girls day out. Hehe...Movie pilihan kitorang kali ni, ZOOTOPIA. Tengok trailer macam best, so melonjak lah hati nak tengok.

Overall, aku bagi 4/5 bintang!!! 

Bukan sekadar kartun yang menghiburkan, kasi korang gelak gelak tak hengat dunia, tapi penuh dengan nilai murni dan pengajaran.

Salah satu nya, tak kisahlah apa tanggapan orang pada kita, jangan pedulikan! Hakikatnya orang-orang tu semua hanya menilai dari luaran je. Ada yang akan menilai kita melalui saiz badan. Ingat orang saiz kecik ni tak boleh diharap blablabla. Pedulikan! Buktikan yang korang boleh!

Then, jangan putus asa! Kalau korang impikan sesuatu, usaha sampai dapat biar apapun halangan, dugaan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi.

Banyak lagiiiii pengajaran dalam movie ni. Memang sesuai ditonton oleh segenap lapisan umur.

Thursday, February 18, 2016

Tolong Jangan Kejam...

Aku takut pada kucing.
Aku menjerit seolah nampak si belang bila nampak kucing.
Tapi aku rasa bertanggungjawab.
Aku ambil peduli.

Guys,
Kalau korang cat lovers,
Ada banyak kucing kat rumah,
Tolonglah mandulkan diorang.
Jangan bagi beranak banyak-banyak.
Sebab nanti ada yang akan buang kucing-kucing ni di jalanan.
Bila pihak berkuasa tangkap,
Kucing-kucing ni akan di PTS (Put to Sleep)
Bermakna mereka dibunuh!
Tolong jangan jadi kejam.....

Kalaupun kucing tu tak ditangkap pihak berkuasa,
mungkin kucing-kucing tu mati dilanggar, kena pukul, kena sepak terajang...
Dek kerana meminta belas ihsan demi mendapatkan makanan.

Tolong....
Aku takut..
Tapi aku tak kejam.

Sunday, February 14, 2016

Resepi: Sotong Goreng Kunyit Pedas

Hari tu aku masakkan untuk adik-adik sotong goreng kunyit pedas. Meh nak share resepi.
Sebelah kiri tu sotong ye. Malas aku nak crop gambar. Hehe... Aku masak versi kering, sebab aku suka. Ada orang suka berkuah sikit kan, ikut suka memasing ye.

Bahan-bahan:
Sotong
Serbuk kunyit
Kacang buncis (dipotong serong)
Carrot (potong suka hati. hihi!)
Cili padi (diblend)
Bawang kecik 2 ulas (ditumbuk)
Bawang kecik 3 ulas (diblend)
Bawang putih (ditumbuk)
Bawang holland (dihiris)
Garam
Minyak masak

Cara-cara:
1) Gaul sotong dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
2) Panaskan minyak, tumis bawang yang ditumbuk tadi, dan masukkan jugak sikit bawang holland yang dihiris. Lagi separuh biar dulu tau.
3) Bila dah naik bau, masukkan terus sotong.
4) Biarkan sotong keluarkan semua airnya, sesekali kacau kalau tak berkerak kat bawah nanti.
5) Bila dah kering sikit, masukkan sayur. Campak sekali bawang holland lebihan tadi.
6) Gaul semuanya biar sebati. Rasa sikit, kalau kurang masin tambah garam. Pepandai lah tau :)
7) Bila sayur hampir empuk, curahkan cili api + bawang kecik yang diblend tadi. Sebab nak pedas sikit. 
8) Gaul rata, tunggu dalam 5-10 minit, sampai cili tadi masak.

Siap!

Selamat mencuba :)

Thursday, February 11, 2016

I'm Done!


Resepi: Ikan Masak Kicap

Resepi ikan masak kicap pun nak share? 

Eh? Suka hati aku lah, blog aku. Kot berguna ke untuk adik-adik yang baru nak belajar masak. Kan kan??? :)
Focus kat ikan masak kicap tu je ye. Yang satu lagi tu, sotong goreng kunyit, nanti aku share kat next entri.

Lets go!

Bahan-bahan:
Ikan selar, gaulkan dengan serbuk kunyit & garam. (boleh apa-apa jenis ikan ikut kesukaan korang)
Bawang holland (dihirs, bawang besar pun boleh)
2 inci halia (ditumbuk)
Bawang kecil (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Cili padi (diketuk)
Kicap masin
Kicap manis
Sedikit air
Minyak masak

Cara-cara:
1) Goreng ikan sampai garing. Asingkan.

2) Guna minyak goreng ikan tadi, tumis bawang kecil & bawang putih serta halia yang ditumbuk.
3) Dah naik bau, masukkan kicap manis & kicap masin. Ikut suka. Agak-agak lah, pepandai sendiri.
4) Tambah air. Ni pun ikut suka, kalau nak berkuah macam aku, letak air lebih sikit tapi janganlah cair sangat.
5) Masukkan bawang holland dan cili padi.
6) Biar sampai mendidih, siap!

Nanti bila nak makan, curah je atas ikan.

*Aku tak letak garam sebab kicap dah masin kan :)

Selamat mencuba!

Wednesday, February 10, 2016

Resepi: Popia Goreng

Hari tu aku kebosanan. Kalau aku bosan, otak aku ligat berfikir. Berfikir pasal makanan. Tu bahaya kalau aku bosan. Haha! 

Setelah puas berfikir, tetiba teringin popia goreng. Kalau beli tak puas, inti secoet je! Maka aku gigih paksa adik aku teman aku ke kedai untuk beli barang-barang. Tapi aku buat vege popia tau. Kalau korang nak tambah ayam ke, kentang ke, silakan :) Ni aku share resipi vege popia macam yang aku buat ok.

Bahan-Bahan:
Kulit popia (aku beli yang sepaket ada 50 helai)
Carrot (disagat)
Sengkuang (disagat)
Kacang panjang (dipotong serong)
Udang kering (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Bawang merah (ditumbuk)
Serbuk lada sulah
Garam
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1) Tumis bawang putih, bawang merah & udang kering.
2) Bila dah naik bau, masukkan semua sayur yang dah disagat tadi.
3) Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah.
4) Agak-agak sayur dah layu sikit (jangan layu sangat, biar kerangupan still ada), tutup api dan toskan sayur tadi. Tujuan tos supaya minyak dan air sayur tu keluar. Tos sampai kering tau.

5) Bila sayur tadi dah kering boleh start gulung popia korang tu :)
Ni hasilnya!
Bila dah siap gulung semuanya, masukkan dalam tupperware. Buat banyak-banyak senang, frozen kan. Bila nak makan, goreng aje. Simple kan :)

*Aku tak guna taugeh, timun, dll sebab tak suka. Hehe!
**Goreng popia ni jangan lama-lama sebab kulit popia nipis, nanti rentung pulak popia korang. Lagipun sayur tu kan kita dah goreng dulu.
***Maaflah kalau sayur tu semua nampak kasar, disebabkan rumah aku takda penyagat, maka aku gigih hiris halus semua sayur tu. Konon halus tapi.....hehehe

Selamat mencuba!

Wednesday, February 3, 2016

BACKOUT BUYER

Term yang cukup sinonim dengan para peniaga online. Order itu ini last sekali cancel.

Maaf ye. Saya bercakap bagi pihak peniaga. Kalau awak dah plan untuk beli satu barang tu, tolong simpan duit untuk bayar. Jangan bila disuruh buat payment baru bagitau duit tak cukup so terpaksa cancel. Dan jangan cancel sesuka hati tanpa sebab. Order main-main, tak serius. Kalau duit tu terpaksa guna untuk benda lebih penting, then inform seller. Biasanya seller ni faham. InshaAllah barang tu akan di booked untuk korang dalam 1 tempoh masa.

Korang mudahkan urusan seller, Allah permudahkan urusan korang. Korang susahkan diorang, esok lusa Allah sulitkan keadaan korang. Sama-sama kita beringat.

Sepanjang saya jual #inspiredperfume, beberapa kali terkena. Memula saya boleh berkompromi, tapi sekarang tak lagi. BACKOUT BUYER WILL BE BLACKLISTED!

Perkahwinan, Jodoh...

Beberapa hari lepas aku terbaca di fb tentang umur sesuai untuk berkahwin. Kalau tak salah aku, dalam lingkungan 20-24 tahun kot. Tak sure, tak ingat. Statement tu diberi dalam bentuk gambar, biasalah orang edit kan. Buat cecomel. Tapi aku lupa pulak nak save gambar tu, but it's ok.
Maaf aku kurang setuju dengan statement tu. Aku tak pasti dalam Islam ada atau tidak umur sesuai untuk berkahwin, aku kurang arif, ilmu agama aku cetek. Kalau ada sesiapa tahu, boleh share di ruangan komen ok :)

Cuma sekadar logik akal aku...Perlu ke statement macam tu? Bagi aku semuanya bergantung kepada rezeki...Rezeki jodoh. Andai kata jodoh kita belum tiba, nak buat macam mana? Nak menangis meratap meraung??? Dan seperkara lagi, tak kira lah kita umur berapa pun, kalau kita dah bersedia tentu Allah datangkan jodoh. Kadang-kadang kita rasa kita dah bersedia tapi hakikatnya kita belum. Allah Maha Mengetahui.

Perkahwinan, jodoh tak bergantung pada soal umur. Semuanya takdir. Kalau Allah kata ada, maka ada lah. Kalau Allah kata kau akan kahwin umur 29 maka umur 29 lah kau kahwin. Ehh??? Macam refer kat diri sendiri je. Haha!!!

Ya. Aku 29 tahun, masih bujang. Maka perlu aku menangis?? Tak. Sebab aku yakin Allah hadirkan jodoh aku tepat pada masanya. Mungkin dalam masa terdekat *wink wink* :) 
Antara jodoh perkahwinan atau jodoh ajal, mana yang akan tiba dulu buat kita???

Renungkan...

Tuesday, February 2, 2016

Aturan Hidup ^_^

Setiap dari kita Allah dah tentukan jalan hidup, jalan cerita atas muka bumi ni. Dan semestinya aturan tu yang paling cantik dan terbaik.

Sekadar berkongsi aturan hidup aku....

Sejak bertahun sudah aku niat nak beli kereta. Tapi hati macam berat, seakan ada yang menghalang. Bukan soal duit, tapi 'something' yang aku sendiri tak tahu apa. Masa aku mula-mula niat tu, aku masih kerja kat company lama. Kuasa Allah, tak lama lepas tu ayah suruh aku resign atas sebab company tu sendiri. Management tak betul, owner Islam tapi ajaran-ajaran Islam tak dipegang erat. Lepas resign aku menganggur hampir 4 bulan.

Bila dapat kerja lain aku niat sekali lagi. Nak beli kereta. Tapi tak beli jugak. Entah kenapa. Bila lama-lama di company baru, rupanya lebih kurang je dengan company lama. Bos yang...hmmm....Susah nak kata. Bukan aku tak boleh tahan cabaran, di push macam-macam, dimaki hamun..tapi aku rasa itu tak professional. 

So aku decide untuk resign. Dan aku terfikir, ada hikmah kenapa aku tak beli kereta lagi even dah niat lama. 'Something' yang menghalang tu rupanya petunjuk dari Allah. Bayangkan kalau aku beli kereta, siapa nak tanggung bayar sementara aku dapat kerja lain? Takkan aku nak harap ibu ayah lagi. Takkan nak guna saving setiap masa. Lama-lama akan habis jugak kan?

So dari situ aku belajar. Aturan dari Allah ni dah cukup cantik. Terbaik! Jangan kau mengeluh bila kau tak dapat apa yang kau nak dalam hidup ni. InshaALLAH sampai masa, Dia akan bagi. Cuma kena sabar & redha. 

Selamat menempuh aturan hidup yang cantik wahai pembaca sekalian ^_^
 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol