Monday, January 4, 2016

Pesan Ibu...

Aku tak tahu pernah share atau tak pesan ibu yang ni. Seingat aku, aku cuma share dalam fb je. Takpe. Share banyak kali pun apa salahnya kan? :)

Pesan ibu...

Nanti kalau dah kawen, jangan gatal keluar dengan suami orang atau lelaki lain. Walaupun officemate, lunch berdua, jangan! Walaupun suami tahu dan bagi keizinan, jangan! Benda maccam ni tak manis orang tengok, boleh jadi fitnah. Elakkan berdua dengan lelaki lain. Sama jugak dengan lelaki, jangan saja keluar dengan isteri orang atau perempuan lain. Jangan baik hati nak dengar masalah perempuan lain. Kadang-kadang dari simpati terus bertukar sayang. Syaitan tu tunggu masa je nak cucuk jarum. Syaitan tu memang suka kalau dapat rosakkan rumahtangga orang. Pandai-pandai jaga diri. 

Setuju? Aku 200% setuju.

Tak kisahlah kau baik atau rapat macam mana pun dengan seseorang yang berlainan jantina, bila dah kawen buat cara dah kawen. Tak payah kau nak perasan diri bujang atau rasa kekonon kau boleh control diri daripada 'terjatuh' hati kat dia. Sama jugak dengan yang bujang. Dah tahu your so called best friend tu dah kawen, tak payah lah kau nak keluar berdua, lepak berdua, berjalan jauh bersama-sama tanpa ada isteri/suami dia. Tak manis orang tengok.

Bukanlah aku kata lepas kawen kau tak boleh berkawan. Tapi berpadalah. Contoh bagi yang perempuan. Kalau kawan lelaki kau ajak keluar, kau ajak suami kau sekali. Atau kalau kau belum kawen, dia dah kawen, make sure kau keluar dengan dia tu isteri dia ada sekali. 

Jaga diri. Jaga peribadi. Jaga hati.

7 comments :

Nur Amalina said...

saya setuju dengan post ni..^_^

Melissa Muklis said...

setujuuuuu sangat, kak ! sekarang ni macam-macam.. selalu dengar rumahtangga hancur sebab 'kawan' .. sebab tu Lissa takut kalau pikir pasal kawen. walaupun belum masanya lagi mau pikir. hahaha

Aqilah Azmi said...

Kadang-kadang dari simpati terus bertukar sayang.

Wow.
That line struck me so deep.

Betul lah. Lelaki selalu acah simpati simpati last last puih. Eh termarah pulak hahahah.
Thanks sis for the tips :(
Betul. Note toself betul ni huhu.

Hugs ibu ok utk qila hihi <3

Chan said...

Setuju setujuuu
Saya ada bestfriend laki gak
Now dia dah kahwin
Bini dia pun jadik bestfriend sy jugak
hahahha

TwentyTwo said...

Like sejuta kali!..suami or isteri masing2 kena sedar batas diri..isteri mencerminkan suami, suami mencerminkan isteri :)

Nur Najah said...

SETUJU ! betullah. kena pandai jaga diri. ^^

Cik Yaya said...

betul..even cuma kawan,bos sekalipun jgn lah keluar berdua je..
kita mmg kata xde apa2 dan mmg xde apa yg berlaku tp ianya perlu,tnggujwb kita utk elakkan diri dari fitnah..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol