Tuesday, January 12, 2016

Perkembangan Terkini Adik

Alhamdulillah, adik aku semakin pulih. Cuma kaki dia bengkak sikit kat bahagian peha. Doktor kata mungkin sebab masa operate, diorang block darah dari mengalir. Tambahan pulak masa operation yang dijangka selama 2 jam jadi 5 jam sebab doktor tak dapat cari urat kaki dia. Kebiasaannya, proses tu cuma makan masa 10-15minit je, tapi masa operation doktor perlukan masa selama 40minit untuk cari urat kaki adik aku. 

Keadaan kaki adik aku kali ni lebih serius berbanding sebelum ni. Lepas operation tempoh hari doktor arahkan dia baring selama 72 jam. Pastu doktor bagi epidural dan morfin sebab adik aku sakit sangat. Morfin dicucuk di dada every 6 hours. epidural pulak continuously dimasukkan dalam badan. Bila habis nurse datang ganti.

Lately dia bersemangat sikit. Hari tu mintak bawakkan keropok ikan yang aku bawak balik dari Terengganu. So petang tu aku goreng banyak giler! Pastu malamnya bawak 2 tupperware ke wad. Nak keropok + sos cili thai katanya.
There you go! :)

Semalam pulak, request nak seketul ayam goreng KFC. Ibu belikan.
Dia betul-betul makan seketul je ayam goreng tu. Memang takda selera lagi tapi dia teringin. Cheezy fries tu dia cuit sikit je. Yang banyak makan si kakak dia ni ha dengan adik-adik. Haha!

Doakan adik aku cepat sembuh ye :)

15 comments :

Aisya Ahamad said...

Kesian dia. Insyaallah mudahan cepat sembuh.

Cik Pa'in said...

Semoga cepat sembuh ye wahai adik kepada Athirah Diyana :) Cik Pa'in blogwalking , done follow here . .

Mila Hilas said...

x gatal ke mkn benda2 tu??

Aqilah Azmi said...

alahai comel je cravings hihihi.
dia girl ke boy kak T_T
huhuhuhu may allah sihatkan dia secepat yg mungkin <3

ckp dkt dia qila ckp STAY STRONG!!!
Kalau dia girl hugs dia ok!!!! <3
hihihi

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga cpt sihat dia..

Melissa Muklis said...

kalau tak sihat memang macam-macam request nak makan kan.. hee semoga adik akak cepat sembuh :D

Munirah Mustafar said...

Insya Allah, kami doa kan adik awak cepat & beransur-ansur sembuh.
Selalu mohon pada Allah s.w.t
Allah s.w.t Maha Mendengar setiap doa & rayuan hambaNya

~Admin : My New Blogger~
http://munirahmustafar84.blogspot.my

Izz Latif said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

kak gojes said...

klu anak2 KG pun biasa abis seketul aje..heheh

kak gojes said...

apapun semoga adik cepat sembuh

adiba rusli said...

aamiin:)

Shahida Dzulkafli said...

Semoga adik kembali sihat dan bersemangat..

Dewi Aja said...

Hello!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Eintan Nurfuzie said...

hihi.. klu sakit mmg dorg akan jaga kita btul2

Cik Yaya said...

sakit apa...

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol