Wednesday, January 27, 2016

Agent/Dropship Wanted! #inspiredperfume

Alhamdulillah....Melangkah setapak lagi. Sekarang aku dah bergelar stokis untuk produk #inspiredperfume. Jadi, aku tengah cari AGENT & DROPSHIP untuk #inspiredperfume.

AGENT lain, DROPSHIP lain ye. Of course ada syarat-syarat tertentu yang aku letakkan. Sebab aku taknak ada agent/dropship yang main-main, takda inisiatif, pemalas!

Awal-awal memang susah, bukan sekali promote boleh dapat customer beribu. Sebab tu aku letakkan syarat buat bakal agent/dropship aku. 

-GAMBAR UNTUK PROMOTE DISEDIAKAN
-TIPS CARI SALES
-TIPS MURAH REZEKI
-SEGALA PERSOALAN/INFO TENTANG PRODUK DISEDIAKAN
-GROUP SANTAI

Ni semua aku bagi. Aku suap. Jadi takda alasan nak malas-malas. Kena rajin usaha, rajin promote, kreatif sikit, tak mudah putus asa.

Siapa yang berminat, boleh tinggalkan email. Nanti aku email sorang-sorang tentang syarat-syarat untuk jadi agent/dropship.

XOXO

Motivasi Pagi

Hye! Morning!

Lama bak anggg tak update blog! Busy lah kekonon. Puih! Hahaha...Takda idea lah. Plus malas menaip. So dibiarkan je blog ni ha.

So, motivasi pagi ni...
Nak berjaya ke nak gagal? Kalau nak berjaya, usaha! Kalau nak gagal, usaha jugak. Usaha dalam memberi alasan ;)

Thursday, January 14, 2016

Dah Boleh Discharge Dah

Hari ni adik kita dah boleh discharge. Yeay!!!!!!!!
Alhamdulillah....
Terima kasih atas doa semua
:)

Ok tu je.
Kbai!

Tuesday, January 12, 2016

Perkembangan Terkini Adik

Alhamdulillah, adik aku semakin pulih. Cuma kaki dia bengkak sikit kat bahagian peha. Doktor kata mungkin sebab masa operate, diorang block darah dari mengalir. Tambahan pulak masa operation yang dijangka selama 2 jam jadi 5 jam sebab doktor tak dapat cari urat kaki dia. Kebiasaannya, proses tu cuma makan masa 10-15minit je, tapi masa operation doktor perlukan masa selama 40minit untuk cari urat kaki adik aku. 

Keadaan kaki adik aku kali ni lebih serius berbanding sebelum ni. Lepas operation tempoh hari doktor arahkan dia baring selama 72 jam. Pastu doktor bagi epidural dan morfin sebab adik aku sakit sangat. Morfin dicucuk di dada every 6 hours. epidural pulak continuously dimasukkan dalam badan. Bila habis nurse datang ganti.

Lately dia bersemangat sikit. Hari tu mintak bawakkan keropok ikan yang aku bawak balik dari Terengganu. So petang tu aku goreng banyak giler! Pastu malamnya bawak 2 tupperware ke wad. Nak keropok + sos cili thai katanya.
There you go! :)

Semalam pulak, request nak seketul ayam goreng KFC. Ibu belikan.
Dia betul-betul makan seketul je ayam goreng tu. Memang takda selera lagi tapi dia teringin. Cheezy fries tu dia cuit sikit je. Yang banyak makan si kakak dia ni ha dengan adik-adik. Haha!

Doakan adik aku cepat sembuh ye :)

Monday, January 11, 2016

Pick a Boss, Not Job

Kalau bos dah tak suka kau, tak guna kau stay. Nanti macam-macam masalah akan timbul. Banyak benda serba tak kena. Dan paling penting, kau takkan dihargai pun. Kau buat keje, dia kata kau tak buat. Kau buat benda betul dia kata salah. Dan! Kau akan berada kat takuk tu je sampai bila-bila. Kau takkan ada opportunities to grow.

Mungkin ramai yang tak setuju, tapi bagi aku ada betulnya sebab 2 kali aku terkena. Kat 2 company yang berbeza.

Setakat pengalaman aku bekerja, aku sangat ingat dan sangat suka sorang bos Cina aku, lelaki. Bila aku buat salah dia tegur direct, dia marah, maki direct! Lama-lama aku improve. Dia siap cakap nanti dah habis study boleh keje dengan dia (sebab time tu aku cuti sem dalam 6-7bulan kot, so aku decide buat keje temporary). Paling aku respect, bila dia marah dia takkan tengking aku depan staff lain. Dia panggil aku masuk bilik, cakap dengan aku personally. Kalau dia maki pun, dia tak menjerit sampai orang kat luar bilik boleh dengar.

Berbeza dengan bos Melayu...Cakap belakang, campak aku sana sini, takda tegur apa-apa, tapi sampai masa aku dikata tak buat keje, takda skill itu ini. Senyum je lah. Dia bos, kau sape??? Kuli batak dia je. Kalau marah, depan staff lain dimakinya kau. Kalau kena marah dalam bilik pun, suara macam petir! Habis 1 ofis boleh dengar. Serupa je kalau dia maki aku depan staff lain, tak payah panggil masuk bilik pun takpe kan?

Pengalaman mendewasakan. Aku dah buat keputusan muktamad. Mungkin ni yang terbaik. InshaALLAH. Moga terbuka rezeki di tempat yang lebih baik.

Friday, January 8, 2016

Selepas 5 Jam...

Alhamdulillah semalam berkesempatan ambik cuti dan temankan ibu yang menunggu adik kat hospital. Dari pagi sampai malam kat sana. Adik start operate dalam pukul 2 petang. Lepas 5 jam, alhamdulillah adik keluar dari OT.

Wayar berselirat sana sini. Sebelumnya, setiap kali aku nak ke surau, aku akan jenguk OT dulu. Walaupun tak nampak apa-apa, cuma nampak pintu je, tapi tetap nak jenguk. Terfikir bila lah adik aku nak habis operation...

Masa aku merayau-rayau area wad, sorang nurse India senyum pada aku dan kata "Kita dah nak ambik patient ye"

Aku senyum. Aku jalan tunggu depan OT lagi. Sampailah 2 orang nurse India bawak keluar adik aku. Ibu ayah dan sorang lagi adik perempuan aku tunggu dalam bilik wad. Aku tengok keadaan dia, tiba-tiba sebak. Ya, ini 2nd operation dia. Tapi masa first time hari tu, aku tak dapat cuti dan tak dapat tengok keadaan 'fresh' dia lepas keluar OT. 

Allah...lega, sebak, sedih...perasaan bercampur-baur. Dalam hati berdoa supaya Allah bagi kekuatan untuk dia lalui kesakitan tu. 

Terima kasih pada semua yang komen dan bagi kata-kata positif pada entri yang lepas. Tak kurang yang berdoa untuk adik aku. Terima kasih banyak-banyak. Moga doa-doa & kata-kata positif tu berbalik pada anda semua. :)

Wednesday, January 6, 2016

Check-in Hospital

Hari ni adik aku 'check-in' hospital. Second operation untuk lutut dia. Beberapa bulan lepas dah buat first operation. Dah sampai masa untuk yang kedua.

Hari ni 'check-in', esok maybe pagi dia operate. So aku ambik cuti untuk temankan dia kat hospital. Memang swasta, nurse akan jaga tapi lebih selesa kalau aku dapat bersama-sama ibu tunggu sampai operation tamat.

Hopefully kali ni takda sebarang komplikasi. Last time, masa tengah operation doktor tengok urat kaki dia putus. Jadi timing operation tu jadi lebih dari yang dijangka.

Tolong doakan adik aku cepat sembuh. InshaALLAH ini ujian serta penghapus dosa-dosa dia. Aamiin...

Tuesday, January 5, 2016

Money vs Happiness

Setuju? Ada benda yang tak boleh beli dengan duit. 

Money can't buy happiness.
Money can't buy life.
Money can't buy family & best friends.

Ada sesetengah orang yang rasa duit boleh beli kebahagiaan. Sebab definisi kebahagiaan bagi dia mungkin berlainan. Bahagia itu subjektif. 

Bahagia bila dapat shopping. Bahagia bila dapat bercuti. Jadi mereka perlukan duit. 

Tapi definisi kebahagiaan aku adalah apabila aku melihat keluarga aku bahagia. Bila family & sahabat ada di samping aku. Itu kebahagiaan aku. Jadi aku tak perlukan duit untuk semua tu. Melihat ibu, ayah tersenyum gembira, dah cukup membahagiakan. 

Tapi kalau bagi ibu ayah duit, lagi lebar senyum diorang kot?? Lagi bahagia lah hati aku. Hahaha!!!

So jangan condemn orang-orang yang kata duit boleh beli kebahagiaan. Ingat! Bahagia itu subjektif :)

Monday, January 4, 2016

Pesan Ibu...

Aku tak tahu pernah share atau tak pesan ibu yang ni. Seingat aku, aku cuma share dalam fb je. Takpe. Share banyak kali pun apa salahnya kan? :)

Pesan ibu...

Nanti kalau dah kawen, jangan gatal keluar dengan suami orang atau lelaki lain. Walaupun officemate, lunch berdua, jangan! Walaupun suami tahu dan bagi keizinan, jangan! Benda maccam ni tak manis orang tengok, boleh jadi fitnah. Elakkan berdua dengan lelaki lain. Sama jugak dengan lelaki, jangan saja keluar dengan isteri orang atau perempuan lain. Jangan baik hati nak dengar masalah perempuan lain. Kadang-kadang dari simpati terus bertukar sayang. Syaitan tu tunggu masa je nak cucuk jarum. Syaitan tu memang suka kalau dapat rosakkan rumahtangga orang. Pandai-pandai jaga diri. 

Setuju? Aku 200% setuju.

Tak kisahlah kau baik atau rapat macam mana pun dengan seseorang yang berlainan jantina, bila dah kawen buat cara dah kawen. Tak payah kau nak perasan diri bujang atau rasa kekonon kau boleh control diri daripada 'terjatuh' hati kat dia. Sama jugak dengan yang bujang. Dah tahu your so called best friend tu dah kawen, tak payah lah kau nak keluar berdua, lepak berdua, berjalan jauh bersama-sama tanpa ada isteri/suami dia. Tak manis orang tengok.

Bukanlah aku kata lepas kawen kau tak boleh berkawan. Tapi berpadalah. Contoh bagi yang perempuan. Kalau kawan lelaki kau ajak keluar, kau ajak suami kau sekali. Atau kalau kau belum kawen, dia dah kawen, make sure kau keluar dengan dia tu isteri dia ada sekali. 

Jaga diri. Jaga peribadi. Jaga hati.

Pembuka Tirai 2016

Tahun 2016 aku rasmikan dengan short vacation bersama officemate. Eceh! Vacation sangattt..... Actualy kitorang ke sana sebab nak attend wedding sorang lagi officemate, Athirah. Hah! Kembar sama nama dengan aku. Aku, Yat, Tiqah, Sha & Haziq naik 1 kereta. Of course Haziq jadi driver merangkap bodyguard hakak2 dia ni. Hehe...

Destinasi: Terengganu

Jumaat (1/1/2016)
Kitorang gerak Jumaat pagi. Sampai Dungun petang. Menyewa homestay tepi pantai. RM150/malam, berbaloi sangat sebab ada 3 bilik. Master room ada air-cond. Rehat sekejap, ada yang take a nap. Pastu masa aku solat, si Iqbal & wife, Boy & Ain sampai. Terus kitorang keluar pegi melepak tepi pantai. Pantai ni depan UiTM Dungun je. Beli snek, makan, bergambar tu wajib!

Pastu balik homestay, mandi & bersiap. Masa aku nak solat, tetiba Shazanan a.k.a. BFF aku dari zaman study kat UIA call. Kebetulan rumah Sa ni sekampung dengan Athirah. Dia pun dapat invitation untuk ke wedding Athirah. Rupanya Sa dah ada kat luar homestay. Datang semata-mata nak melepas rindu. Yelah, sejak habis study tak jumpa weh! Aku keje KL, dia terus balik Dungun keje kat sana. Aku solat dulu then baru borak dengan dia. Lepas Isyak, Sa balik sebab aku kena bersiap-siap nak pegi nikah Athirah. 

Alhamdulillah...dengan sekali lafaz, Athirah dah jadi isteri orang. Status bertukar :D Kitorang bergambar bagai nak gila dengan pengantin, pastu feeling2 atas pelamin. Haha! Stay kat rumah dia sampai pukul 12 tengah malam! Tak pernah aku buat gitu. Semua tetamu dah balik, halaman rumah yang awal-awal tadi penuh dengan kereta, tinggal kereta kitorang je. Sungguh laaa....anak sape buat perangai macam tu tak tau! :P

Sabtu (2/1/2016)
Pukul 11 pagi kitorang gerak pegi rumah Athirah. Kenduri pulak. Selfie, wefie macam biasa....macam orang tak pernah dapat camera! Kihkihkih...Lepas kenduri, Iqbal & wife, Boy & Ain, shoot ke Besut sebab diorang ada wedding lain nak kena attend. Tinggal kami berlima je. Kitorang terus pegi pantai sekali lagi. Si Yat nak bergambar dengan baju kurung kat tepi pantai katanya. Hahaha....Layankan je. 

Petang sikit, kitorang gerak ke Kuala Terengganu. Tiqah nak cari bantal penyu kat Pasar Payang. Kat situ aku borong kopok keping. Diorang pun sama! Memasing memborong macamlah banyak sangat space dalam kereta. Otw balik homestay, singgah beli kopok lekor kat Kelulut. Haaaa kat sini memborong lagi. Alahaiiii.... 

Malamnya kitorang keluar makan. Tapi sebelum tu singgah rumah Athirah lagi sebab aku lupa bawak hadiah masa kenduri dia. Bongok kan? Haha! Kitorang gamble je berhenti makan kat mana-mana kedai tepi pantai. Agak-agak ramai orang, kitorang masuk :)

Ahad (3/1/2016)
Pagi-pagi lagi kitorang gerak. Kira check out lah ni. Hehe...Singgah makan nasi dagang di tepi pantai sambil hirup udara segar. Lepas makan gerak balik KL. Tapi korang ingat kitorang nak direct balik?? Memang tak lah! Haha! Kitorang menyinggah dulu kat Pantai Kemasek.
Aku paling suka kat sini! View sangat cantik!!!!! Kitorang siap panjat batu semata-mata nak rakamkan keindahan ciptaan Allah. Fuh! Memang rugi kalau tak singgah.

Lepas Pantai Kemasek, kitorang teruskan perjalanan ke Teluk Chempedak.
Subhanallah.... Cantik kan? Lepak makan buah, makan aiskrim kat sini. 

Teruskan lagi perjalanan ke Tg. Lumpur. Singgah lunch kat Kedai Makan Mokna. Ada makanan celup tepung yang superb!! Seafood fresh! Berbaloi sesangat :D

Dah kenyang, moh ler kita balik KL :') Sayangnya nak stop bercuti, malasnya nak keje. Haha! Alhamdulillah trafik lancar. Ingatkan jem, tapi tak pulak. Nasib baik :) Sampai KL dalam pukul 6 petang. 

So hari ni mood takda sebab mengantuk + malas. 

Friday, January 1, 2016

Welcome 2016!!!

Alhamdulillah....2016 menjelma. Pelbagai kenangan suka duka berlaku sepanjang tahun 2015. Aku ada buat throwback dalam post sebelum ni. Rajinkan diri membaca ye :)

Tak banyak aku mintak untuk tahun baru. Cukup kalau aku masih diberi pinjaman nyawa oleh Allah s.w.t. Moga Allah sudi pinjamkan ibu, ayah, adik-beradik, kakak ipar, & anak buah, untuk aku lagi. Moga aku masih ada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi cerita gembira dan sedih bersama. Mereka kekuatan aku.

Aku doakan agar tahun 2016 ni aku diberi nikmat rezeki yang berkat, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa diberkati oleh Allah. Aku usaha, aku cuba istiqamah untuk berubah, inshaALLAH.

Seperkara lagi....moga 2016 aku diberi kesempatan untuk bergelar seorang isteri kepada si dia. Mohon dipermudahkan segala urusan. Aamiin....

Untuk pembaca yang setia dengan blog aku sepanjang 2015, terima kasih sangat sangat sangat!!! Moga ukhuwah kita di alam maya dapat diteruskan :) Maaf andai ada ayat-ayat aku yang pernah buat korang terasa. 

Have a wonderful year everybody!! 

XOXO
 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol