Thursday, December 31, 2015

#throwback 4 [2015]

Sorang adik perempuan aku terpaksa operate lutut sebab alignment tulang lutut dia dah lari. Lutut berbunyi, dan dia rasa sakit bila turun & naik tangga. Bertambah teruk masa operation tu doctor tengok urat kaki dia putus! Allah....

Jadinya operation tu makan masa lagi lama dari jangkaan. Sekarang masih dalam proses recovery. Hari tu operate kaki kiri, inshaALLAH Khamis depan operate kaki kanan pulak. Aku decide untuk cuti masa second operation dia nanti. Sebab masa first operation hari tu, aku nak cuti tapi tak dapat sebab ada training.

Makan masa yang lama untuk dia pulih. Awal-awal memang bertongkat. Lepas tu kena pakai menda alah apa tah kat kaki dia untuk bantu dia berjalan. Dia cuti dekat 2 bulan kalau tak salah. Memang kitorang tak ke mana lah masa dia sakit tu. Nak jalan jauh tak boleh sebab dia tak boleh duduk lama-lama. 

Risau. Tapi aku yakin Allah akan permudahkan semuanya. Doakan adik aku ye!

No comments :

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol