Thursday, December 10, 2015

Lelaki Curang?

Seorang rakan aku break up dengan boyfriend dia baru-baru ni. Sebabnya lelaki tu kantoi curang. Hahaha! Dah la buat jahat, pastu kantoi pulak. Apa lah malang nasib lelaki tu kan? 

Kawan aku of course sedih. 2 tahun ditipu. Menangis, rindu, marah. Pelbagai perasaan yang sukar ditafsirkan, bercampur aduk.

Satu benda aku nak pesan, kalau lelaki tu curang, tinggalkan aje lah. Ya, semua manusia melakukan kesilapan, mereka perlu diberi peluang untuk berubah. Tapi bila melibatkan soal ni, aku tak ada kompromi. Menulis dari pengalaman, sekali lelaki curang, dia akan curang untuk kali kedua, ketiga dan mungkin lebih. 

Lelaki ada 1 je nafsu, dan nafsu dia memang ke arah tu je. Perempuan, seks. Boleh kira berapa ramai je yang akan betul-betul berubah lepas kantoi. 

Kawan aku dah fikir samada nak balik ke tak kat lelaki tu, sebab lelaki tu contact dia macam biasa. Sebagai kawan aku nasihat apa yang patut. Seeloknya, bagi ruang pada hati sendiri untuk pulih. Kalau dia nak berubah, biar dia berubah dulu. Tak payah terhegeh-hegeh kat lelaki macam tu. He don't deserve you! 

Kalau kita boleh setia dan jujur, kenapa tidak dia? Kita kaum perempuan kena buktikan yang kita tak kisah dia takda. Jangan meleleh air mata, merayu-rayu depan dia. Nanti dia naik lemak. Esok-esok dia akan fikir "ala kalau aku buat lagi pun, dia tetap terima aku. Sebab dia tak boleh hidup tanpa aku."

Jangan! Tunjuk kita kuat! Ajar sikit lelaki tak sedar dek untung macam tu. 
Kita memang kaum yang lemah, tapi hati kita kuat! Kita mampu menanggung segala jenis kesakitan. Kita layak dihargai. Be strong!

2 comments :

Sanisah eeiyss said...

seram sangat baca tajuk tu (T____T)

Cik Yaya said...

xperlu nk sedih bagai kalo laki tu da curang..
rmai lg llaki yg ada.kne pndai pilh la..huhu
dan bnykkan doa minta dtemukan org yg btul..
ye tak cik thirah? ^,^

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol