Thursday, December 31, 2015

#throwback 6 [2015]

Sedikit pahit, tapi aku mampu hadapi.

Sekarang aku kenal siapa kawan siapa lawan. Depan aku beria dikutuknya 'orang tu'. Tapi bila depan-depan suruh bagitau apa yang tak puas hati, jawapan positif giler dari mulut dia. Omakaih! Sangatlah hipokrit!

Heart-to-heart session kau taknak jujur. Belakang 'orang tu' kau mengata. Jadi kesimpulannya aku takkan percaya kat dia lagi. Sebab kalau dia boleh berkelakuan macam tu depan 'orang tu', tak mustahil depan 'orang tu' dia boleh kutuk aku macam-macam.

#throwback 5 [2015]

Rezeki lebih tahun ni, dapatlah kami sekeluarga bercuti ke Sabah awal tahun ni. First time sampai sana, jatuh cinta dengan bumi di bawah bayu tu ^_^
Memula kitorang duduk kat KK. Lepas tu off to Kundasang. Ya Allah.....Kundasang sangat best!!!! Banyak tempat kitorang pegi. Kalau korang pegi Sabah, kira macam wajib lah pegi ke Kundasang sekali. Banyak tempat menarik! 

Sebelum ni banyak post pasal Sabah, aku sertakan nama tempat dan gambar-gambar sepanjang kitorang kat sana. Tapi aku dah delete sebab aku taknak ada walau sekeping pun gambar aku dan family dalam blog. Blog ni public jadi korang faham-fahamlah ye ;)

KK pun best tau. Seafood dia memang mabeles! Murah pulak tu. Ibu dah sebut nak pegi Sabah lagi. Ibu betul-betul jatuh cinta dengan Kundasang. Hihi!

Kalau ada rezeki lebih inshaALLAH boleh pegi lagi :)

#throwback 4 [2015]

Sorang adik perempuan aku terpaksa operate lutut sebab alignment tulang lutut dia dah lari. Lutut berbunyi, dan dia rasa sakit bila turun & naik tangga. Bertambah teruk masa operation tu doctor tengok urat kaki dia putus! Allah....

Jadinya operation tu makan masa lagi lama dari jangkaan. Sekarang masih dalam proses recovery. Hari tu operate kaki kiri, inshaALLAH Khamis depan operate kaki kanan pulak. Aku decide untuk cuti masa second operation dia nanti. Sebab masa first operation hari tu, aku nak cuti tapi tak dapat sebab ada training.

Makan masa yang lama untuk dia pulih. Awal-awal memang bertongkat. Lepas tu kena pakai menda alah apa tah kat kaki dia untuk bantu dia berjalan. Dia cuti dekat 2 bulan kalau tak salah. Memang kitorang tak ke mana lah masa dia sakit tu. Nak jalan jauh tak boleh sebab dia tak boleh duduk lama-lama. 

Risau. Tapi aku yakin Allah akan permudahkan semuanya. Doakan adik aku ye!

#throwback 3 [2015]

Ramai kawan aku kawen tahun ni! Tumpang happy untuk diorang :D

Nadia, Aizat, Aida, Iqbal, Syai, Dayah, sape lagi ek? Ramai jadi aku lupa. Haha! Ada yang aku attend, ada yang tak dapat attend. Wani dah bertunang, majlis next year kot inshaALLAH.

Nadia tu tengah menunggu hari. Muka dah bengkak dah. Hihi...Comel! 
Moga diorang berbahagia hingga akhir hayat. Dikurniakan anak-anak soleh solehah, diberi kesabaran dalam menempuh alam rumahtangga dan sentiasa dalam lindungan Allah :)

#throwback 2 [2015]

24 April 2015...

Genap 4 tahun perkenalan kami. Si dia yang sangat memahami, bertanggungjawab dan sangat caring. 

1 tempoh yang agak lama. Kalau kawen dah 2 orang anak kot. Hahaha! Tak banyak yang boleh aku katakan. Semuanya soal jodoh. Siapa taknak kawen? Kami usaha, kami merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. He knows best.
Dulu aku sedih, terlalu memikirkan soal jodoh. Tapi aku ambil kata-kata seorang rakan merangkap kakak angkat aku..."Redha. Bila kita redha Allah permudahkan semuanya."

Moga kami kuat hadapi dugaan dan rintangan bersama. Penat jawab soalan orang sekeliling tentang kawen. Rasa marah, sedih bila ditanya soalan sensitif tu. Tapi sekarang aku lebih relax. Moga Allah berkati dan akhiri hubungan ni dengan ikatan yang suci. Mohon doa yang baik-baik dari pembaca semua :)

#throwback 1 [2015]

Hari terakhir di tahun 2015. Setahun telah berlalu. Terasa cepat masa berlalu kan? Banyak kenangan pahit, suka, duka sepanjang tahun 2015. Jadi aku decide untuk buat throwback untuk kisah 2015 aku. Tak semua, cuma apa yang mampu diingati je. Haha!

#throwback 1

Berbulan aku menunggu, akhirnya dengan izin Allah, aku berjaya tamatkan zaman menganggur. 1 April 2015 aku diterima bekerja di sebuah syarikat. 
Segalanya nampak indah di permulaan. Aku bahagia kat sini, kawan-kawan teramat sporting. Geng 1 kepala! Tapi politik kuat. Berhati-hati... Lepas 6 bulan, jujur aku kurang happy. Sesuatu berlaku. Aku cuba untuk kuat & positif. Dan akhirnya lepas 9 bulan, kegembiraan tu hilang. Dan aku dapat rasa keikhlasan bekerja jugak hilang entah ke mana. 

Sampai bila aku kat sini? Wallahualam...Allah Maha Mengetahui.

Wednesday, December 30, 2015

Lapar!!!!

Kelaparan! Sekarang 12.45pm. Lunch hour pukul 1. Huarghh!!! Cepatlah pukul 1!!! Lapor bebenau ni..

Hari ni plan nak makan nasi ayam penyet. 
Yummy!

Luar Biasa

Nak jadi luar biasa?
Mudah.
Jangan putus asa.
Teruskan berusaha.
Jangan mengalah.
Baru anda jadi manusia luar biasa.

Selamat pagi semua!

Monday, December 28, 2015

Tuesday, December 22, 2015

...

Hectic week. Minggu yang tak berapa best. Minggu yang serabutkan kepala otak aku.

Maaf kalau kurang aktif di blog. Few things kena diberi perhatian. Rasa diri dianiaya. Ditindas. I will fight till the end. Fullstop!

Friday, December 18, 2015

#inspiredperfume SALE

Alhamdulillah... #inspiredperfume semakin mendapat tempat di hati ramai orang. Tak sepopular brand perfume lain tapi alhamdulillah. Sehingga sekarang, aku dah ambik order untuk Batch 2. Batch 3 akan dibuka sedikit masa lagi :)

Sekarang dah ada #inspiredperfumeForMen tau! 
Packaging dia of course lah lain dari yang perempuan punya. Haha! Kang bagi sticker sama kau ingat lelaki nak???
Ha.....Kacak bergaya tak? Kehkeh... Kalau nak beli untuk ayah, suami, adik lelaki, abang atau si dia, aku recommend Legend & Boss Signature. Wangissss~~~~~

Oh ya! Sekarang ada SALE tau!
Bolehlah try beli 1 untuk diri sendiri, 1 lagi untuk pasangan ;) Whatsapp nombor kat dalam gambar tu kalau nak order k.

-XOXO-

Salam Jumaat

Salam Jumaat!

Pecah record aku kali ni, bukan setakat tak update blog lebih seminggu, aku tak bukak langsung blog aku! Hahah! Bajet kau busy sangat kan Athirah. :p

Few things happened. Cuma aku tak rasa perlu berkongsi kat sini. :)
Semoga hari ni lebih baik dari semalam. Moga kita menggembirakan hati kita dan orang-orang sekeliling kita. InshaAllah...

Thursday, December 10, 2015

Lelaki Curang?

Seorang rakan aku break up dengan boyfriend dia baru-baru ni. Sebabnya lelaki tu kantoi curang. Hahaha! Dah la buat jahat, pastu kantoi pulak. Apa lah malang nasib lelaki tu kan? 

Kawan aku of course sedih. 2 tahun ditipu. Menangis, rindu, marah. Pelbagai perasaan yang sukar ditafsirkan, bercampur aduk.

Satu benda aku nak pesan, kalau lelaki tu curang, tinggalkan aje lah. Ya, semua manusia melakukan kesilapan, mereka perlu diberi peluang untuk berubah. Tapi bila melibatkan soal ni, aku tak ada kompromi. Menulis dari pengalaman, sekali lelaki curang, dia akan curang untuk kali kedua, ketiga dan mungkin lebih. 

Lelaki ada 1 je nafsu, dan nafsu dia memang ke arah tu je. Perempuan, seks. Boleh kira berapa ramai je yang akan betul-betul berubah lepas kantoi. 

Kawan aku dah fikir samada nak balik ke tak kat lelaki tu, sebab lelaki tu contact dia macam biasa. Sebagai kawan aku nasihat apa yang patut. Seeloknya, bagi ruang pada hati sendiri untuk pulih. Kalau dia nak berubah, biar dia berubah dulu. Tak payah terhegeh-hegeh kat lelaki macam tu. He don't deserve you! 

Kalau kita boleh setia dan jujur, kenapa tidak dia? Kita kaum perempuan kena buktikan yang kita tak kisah dia takda. Jangan meleleh air mata, merayu-rayu depan dia. Nanti dia naik lemak. Esok-esok dia akan fikir "ala kalau aku buat lagi pun, dia tetap terima aku. Sebab dia tak boleh hidup tanpa aku."

Jangan! Tunjuk kita kuat! Ajar sikit lelaki tak sedar dek untung macam tu. 
Kita memang kaum yang lemah, tapi hati kita kuat! Kita mampu menanggung segala jenis kesakitan. Kita layak dihargai. Be strong!

Wahai Kaum Hawa...

Khamis. Esok Selangor cuti. Aku pun cuti. Yeay!!! :D

Bersambung pulak dengan Sabtu & Ahad. Syiokkk woo!
Peringatan untuk kaum Hawa hari ni. Sama-sama kita muhasabah diri, usaha jadi yang lebih baik. Moga Allah permudahkan segala urusan kita dunia akhirat. In sha Allah...

Wednesday, December 9, 2015

Morning!

"There are so many beautiful reasons to be happy"

Jangan sedih-sedih. Hidup ni ada up & down. Sesekali ujian datang menimpa, itu perkara biasa. Jangan ikutkan hati, jangan kusutkan fikiran. Walau seberat mana pun ujian korang, percayalah Allah takkan uji hamba-Nya melebihi kemampuan kita. So sabar, tabah dan kuatkan semangat. Dalam hidup ni, ada banyak perkara yang boleh buat kita senyum dan gembira. Muhasabah diri. Antara gembira dan sedih mana yang jadi pilihan? All the best semua! ;)

Tuesday, December 8, 2015

Tuesday, December 1, 2015

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol