Monday, November 30, 2015

Vape, Rokok, Arak

Entri pandangan dan pendapat peribadi. Sape tak suka, sila keluar dari blog aku ni. Haha! 

Vape, rokok & arak. Apa bezanya? Kenapa sekarang kecoh tentang vape haram, Johor haramkan vape, kedai vape diarah tutup.

Banyak spekulasi yang kaitkan semua ni dengan politik. Kerajaan tak dapat 'income' melalui vape. Sedangkan rokok....kerajaan kaya dengan 'hasil'nya.

Aku taknak ulas benda ni. Wallahualam. Kalau kerajaan haramkan vape dan larang penjualan vape atas sebab kepentingan peribadi, itu antara mereka yang terlibat dengan Allah s.w.t.

Cuma apa yang aku nak katakan kat sini....

Vape, rokok & arak, ketiga-tiganya BERBAHAYA untuk kesihatan diri sendiri dan orang sekeliling. Ada fatwa dari satu atau lebih negeri yang kata vape haram. Dan si penggemar tegar vape terus melatah, kaitkan itu ini. Kononnya kena haramkan rokok dan arak dulu. Bukan ke rokok dan arak memang HARAM??? Tak tahu lagi ke? Atau buat-buat tak tahu?

Bagi aku simple. Kalau sayangkan diri, dan orang tersayang, stop aje lah. Benda yang tak elok untuk kesihatan ni tinggalkan je. Sejujurnya vape tu merimaskan aku. Apatah lagi rokok dan arak. Entah apa benda yang ada dalam vape tu pun kita tak tahu. Tak payahlah kau nak kata stop smoking, start vaping. Kekonon vape ni boleh membantu stop smoking. Habis yang kau dok sedut hembus tu apa?
Jangan jadi jahil dalam menolak kemudaratan.

Sesuatu mudarat tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lain.

Sekarang tak perlu kita bertelagah sesama sendiri yang rokok tak elok tapi vape elok. Tak perlu kaitkan semuanya dengan isu politik atau kepentingan peribadi orang tertentu. Cukup kalau kita memahami konsep kemudaratan yang Allah tegah. 

Dalam bahasa mudah, apa-apa yang tak baik untuk kesihatan jiwa, rohani dan fizikal kita, tinggalkan aje lah. Tak payah buang masa keluarkan hujah yang seolah-olah menunjukkan kebodohan diri sendiri.

Artikel ni aku suka baca. Jemput baca jugak :)

3 comments :

Melissa Muklis said...

betul kak.. ramai melatah sebab ni.. sebenarnya dorang hendak menafikan ja.. sedangkan mereka tau hukum yang sebenarnyaa.. huhu

Fatimah Maqsurah said...

Patutnya dah tau x baik untuk kesihatan, berhenti je la. Huhu.. Tapi, tu lah. .. Dunia skrg mcm2..

Cik Yaya said...

vape sibuk nk hram..
rokok tu cmne..arak lagi?
haih..
mls nk pikirkan..huuu

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol