Wednesday, November 18, 2015

Security Alert!

Semalam aku berfikir panjang. Mungkin terkesan dengan kes pembunuhan seorang kerani di sekolah agama. Mangsa juga turut dirogol! Allah....

Lepas fikir panjang, aku tekad. Aku delete semua entri yang ada muka aku, family dan jugak si dia. Sebagai langkah berjaga-jaga. Tambahan pulak beberapa minggu lepas ada orang-orang yang request untuk follow aku di instagram. Bila aku delete request dia, dia request untuk follow lagi lagi dan lagi. Sampailah aku decide untuk block orang-orang tu. 

Aku ambil langkah berjaga-jaga. Penting untuk keselamatan diri aku, ibu ayah, adik-adik dan si dia. Dan aku tahu ada stalker di blog aku. Siapa, tak perlu aku sebut. Cuma aku tahu...ada! 

Gambar-gambar kat fb, instagram sikit-sikit aku akan delete insyaALLAH. 

So kaum sejenis aku kat luar sana, yang baca entri ni, yang follow blog aku ni, please alert! Tak perlu kot nak upload gambar sendiri, family, kawan-kawan selalu sangat. Dan 1 lagi, please jangan check-in! Jangan inform orang-orang kat fb di mana korang berada. Kalau nak sangat, bila dah balik rumah baru check-in ke mana korang pegi tadi. Zaman sekarang manusia semakin hilang akal!

Take care tau!

7 comments :

Shikin Razali said...

Semoga kita suma dilindungi oleh Allah... trima kasih sbb bagi alert..

Melissa Muklis said...

menakutkan zaman sekarang ni kan kak.. huhu macam-macam..

Ana Fatihah said...

Betul sangat tu. Saya pun memang jenis tak berani nak upload gambar. Nak update status pun, pikir dua tiga kali.
Moga kita dalam lindungan Allah.

Maria Firdz said...

Bagus tu.. Delete je biar orang tak kenal..

Cikna said...

Adik mangsa bgtau kes ni xde kena m'gena dgn sosial media.... Tp kn mmg patut security alert ni utk semua pihak

Mizz Aiza said...

kena berhati-hati zaman sekarang.. terima kasih kerana mengingatkan kak aiza..

sya mimie said...

Erm..tkut jgk kn skrng ni..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol