Monday, November 2, 2015

Perkongsian...

Baru-baru ni seseorang share sesuatu dengan aku. Seorang wanita, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Ibunya meminta untuk dia menutup aurat dengan sempurna, berstokin. Tapi jadi kemusykilan bagi dia andai berada di rumah saudara mara. Perlu ke pakai stokin? Nanti apa saudara mara kata. Kalau tetamu datang kena sarung stokin jugak ke. Macam-macam persoalan di fikiran. Akhirnya dia bertanyakan pada aku.

"Diyana berstokin, kalau pegi rumah saudara mara, atau ada orang datang rumah, Yana pakai stokin jugak ke?"

Satu soalan yang sangat mencabar. Sebab utama, aku masih baru. Aku jujur dengan dia, aku kata "kak, saya baru start pakai stokin hujung tahun lepas kot."

Dia terkejut sebab dia kata dia nampak aku macam dah lama berjinak-jinak dengan stokin. Shawl aku semua labuh. Tak labuh macam ustazah tapi berjaya menutupi dada.

Aku rasakan aku tak layak ditanya sebegitu. Siapa aku? Tapi disebabkan terlalu banyak soalan bermain di minda dia, aku cuba menjawab sebaik mungkin.

"Kalau tetamu datang, kadang pakai kadang tak. Kalau saya tak pakai, saya habiskan banyak masa kat dapur atau duduk dalam bilik. Saya tak duduk sekali dengan tetamu. Kalau pegi rumah saudara mara, kalau setakat balik hari saya pakai. Tapi kalau tidur sana, memang susah sikit saya nak istiqamah. Saya pun baru lagi kak, masih dalam proses belajar."

Tu jawapan ringkas aku. Aku tak tau nak jawab macam mana lagi.

"Akak risau kalau ada saudara mara mengata akak ni macam alim sangat. Ikut hati memang nak pakai, mak akak asyik suruh tapi tu lah...Sampai sekarang tak pakai lagi."

"Pakai je kak. Memang susah. Kita perempuan, banyak kena jaga. Tapi try je dulu, lama-lama nanti biasa lah. Saya mula-mula pun macam tu jugak, tapi buat dek je. Diri kita kak. Yang penting istiqamah. Awal-awal ni akak pakai je dulu bila nak keluar rumah, lepas tu cuba pulak amalkan bila tetamu datang. Kita sama-sama belajar."

Beberapa hari lepas tu, dia start berstokin. Hari pertama dia pakai stokin, dia tunjuk pada aku sambil cakap "istiqamah istiqamah!" Hahaha!

Aku bukan sesiapa. Aku orang biasa je. Muslimah sejati jauh sekali. Ustazah yang penuh ilmu agama di dada lagilah bukan! Aku orang biasa yang cuba jadi lebih baik. Bila ada orang yang share cerita macam tu dengan aku, aku tak tahu nak suka atau sedih. Sebab aku tahu aku tak layak nak bercakap. Diri aku sendiri tak betul. Aku taknak orang lain pandang aku macam aku mulia, tapi di sisi Allah aku hamba hina! Aku takut.

Hakikatnya apa yang aku boleh share, aku share. Sama-sama kita belajar. TERLALU BANYAK aspek yang perlu aku perbaiki. Allahuakbar...

5 comments :

DYatie ABakar said...

Bab stoking ni plg sukar bila kita kena bertandang atau org bertandang yg bermalam huhuhu.

amira faqihah said...

xpe,,sama sama lah kita baiki :) insyaAllah

Melissa Muklis said...

Huhu Lissa lagi banyak benda kena ubah.. InShaaAllah perlahan-lahan :')

Ayu Farahana said...

selalu juga fikir benda benda camni risau saudaralah cakap macam macam.
jom join sini http://farahanasharif.blogspot.my/2015/10/jom-join-giveaway-dari-ourlovebondingcom.html :)

Mizz Aiza said...

alhamdulillah.. semoga beliau terus istiqamah dengan perubahan ini.. ;)

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol