Wednesday, November 25, 2015

Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta

Viral sekejap tentang post sorang ibu yang share pengalaman bersalin di sebuah hospital kerajaan. Agak menakutkan! Tapi aku lebih tertarik dengan komen ibu-ibu di post tu. Ada yang share pengalaman bersalin di hospital yang sama, memang lebih kurang dan scary.

Aku taknak jadi bias. Sekadar pendapat dari aku. Pengalaman bersalin memang aku takda, tapi aku bercakap ikut pandangan dan fikiran logik aku sendiri.

To be honest, tak perlu lah nak banding-bandingkan mana yang bagus. Ada yang kata hospital kerajaan bagus. Tak kurang jugak yang memuji service di hospital swasta. Benda ni subjektif. Boleh dikatakan ikut nasib lah. Ada ibu yang bersalin kat hospital swasta, tak kisah bayar mahal, tapi layanan kurang memuaskan. Ada jugak yang tak mampu, bersalin kat hospital kerajaan, tapi dapat layanan bagus sangat. Ikut nasib lah. Tak semestinya bayaran mahal tu menjamin service yang bagus.

Kalau dah doktor atau nurse tu garang, muka payah benor nak senyum, tak kisahlah dia kat mana sekalipun, perangai dia tetap macam tu. Ada je nurse hospital swasta yang berperangai biadap. Betul tak?

Majoriti komen yang aku baca kondem hospital kerajaan. Tak kurang yang kutuk ibu-ibu yang pegi bersalin kat hospital kerajaan. Kena ingat, jaga sensitiviti orang lain. Jaga hati orang. Mesti ada sebab kenapa ramai pilih hospital kerajaan. Dengan kos sara hidup sekarang tak ramai yang mampu nak pegi hospital swasta. 

Semuanya perancangan Allah. Kita ni sebagai manusia, ada untung nasib sendiri. Kita plan nak bersalin kat hospital swasta sebab mampu bayar dan rasa service bagus. Tapi end up doktor/nurse macam hampeh, asyik marah-marah. So???? Sendiri mau pikir. :P


8 comments :

yaya cendana said...

salammm...saya singgah sini...
mohon komen di sini... tq... :)
http://www.yayacendana.com/2015/11/makan-makan-pretz-n-beanz.html

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui stuju dgn entry ni..

mana2 kt p, ada baik buruk. ikut nsb juga kdg2.. dtp ok, oklah dia.. x ok, byr mahal pun tetap tak ok =)

Mizz Aiza said...

tak dinafikan layanan di beberapa klinik atau hospital kerajaan memang kurang memuaskan.. antara hospital kerajaan yang kak aiza rasa paling ok setakat ini di putrajaya.. kalau kat hospital kerajaan lain doktor dan jururawat kurang mesra, kita tengah sakit boleh bertambah sakit..

Athirah Zain said...

betol, ramai yg kondem spital gov...

sya mimie said...

Actually mmng krjn ni nmpk sngt lyanannya buruk. Sbb majoriti pergi ke sana kn. Tp mcm kira hritu syukur sngt, walaupun ada msa kna jgk lynan yng bruk, tp dpt bersalin dgn semua yng hndle tu ppuan.

Pha Is said...

betol2...

Nabila Syifa said...

my sis ada bad experience bersalin di hospital kerajaan.Kes kecuaian.n gagal detect symptom penyakit

Cik Yaya said...

lau tnye yaya 2-2 pon same..kena dgn org yg pyh nk snyum mmg jumpela xkire krjaan or swasta..huhu

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol