Monday, November 30, 2015

Vape, Rokok, Arak

Entri pandangan dan pendapat peribadi. Sape tak suka, sila keluar dari blog aku ni. Haha! 

Vape, rokok & arak. Apa bezanya? Kenapa sekarang kecoh tentang vape haram, Johor haramkan vape, kedai vape diarah tutup.

Banyak spekulasi yang kaitkan semua ni dengan politik. Kerajaan tak dapat 'income' melalui vape. Sedangkan rokok....kerajaan kaya dengan 'hasil'nya.

Aku taknak ulas benda ni. Wallahualam. Kalau kerajaan haramkan vape dan larang penjualan vape atas sebab kepentingan peribadi, itu antara mereka yang terlibat dengan Allah s.w.t.

Cuma apa yang aku nak katakan kat sini....

Vape, rokok & arak, ketiga-tiganya BERBAHAYA untuk kesihatan diri sendiri dan orang sekeliling. Ada fatwa dari satu atau lebih negeri yang kata vape haram. Dan si penggemar tegar vape terus melatah, kaitkan itu ini. Kononnya kena haramkan rokok dan arak dulu. Bukan ke rokok dan arak memang HARAM??? Tak tahu lagi ke? Atau buat-buat tak tahu?

Bagi aku simple. Kalau sayangkan diri, dan orang tersayang, stop aje lah. Benda yang tak elok untuk kesihatan ni tinggalkan je. Sejujurnya vape tu merimaskan aku. Apatah lagi rokok dan arak. Entah apa benda yang ada dalam vape tu pun kita tak tahu. Tak payahlah kau nak kata stop smoking, start vaping. Kekonon vape ni boleh membantu stop smoking. Habis yang kau dok sedut hembus tu apa?
Jangan jadi jahil dalam menolak kemudaratan.

Sesuatu mudarat tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lain.

Sekarang tak perlu kita bertelagah sesama sendiri yang rokok tak elok tapi vape elok. Tak perlu kaitkan semuanya dengan isu politik atau kepentingan peribadi orang tertentu. Cukup kalau kita memahami konsep kemudaratan yang Allah tegah. 

Dalam bahasa mudah, apa-apa yang tak baik untuk kesihatan jiwa, rohani dan fizikal kita, tinggalkan aje lah. Tak payah buang masa keluarkan hujah yang seolah-olah menunjukkan kebodohan diri sendiri.

Artikel ni aku suka baca. Jemput baca jugak :)

Aktiviti Hujung Minggu

Alhamdulillah. Sabtu & Ahad lepas dah ke kursus kawen dengan si dia. Our first step. Moga dipermudahkan. Jauh sangat perjalanan....Moga diberkati. Taknak terlalu berharap, just go with the flow. Ada banyak ujian dan dugaan. Moga kami kuat.

Semalam lepas kursus, kitorang pegi birthday party anak kawan si dia. Pool side party. Aku dengan berbaju kurungnya. Hahaha!!! Belasah ajelah.

Dan semalam jugak first time aku jumpa dengan kawan-kawan sekelas si dia. Sporting je diorang. Kuat membahan! Sabor ajelah :P

Mohon korang semua doakan yang terbaik untuk aku dan si dia :)

Wednesday, November 25, 2015

#inspiredperfume....A Smell To Remember

Pernah dengar Inspired Perfume?

Inspired pefume ni sebenarnya wangian yang di inspirasikan dari jenama-jenama antarabangsa.
Ada 8 jenis wangian semuanya. Dan semua bau sangat best!

>>10 ML
>>Spray
>>Boleh dibawa solat
>>Wangian tahan lama
>>Poket saiz yang mudah dibawa ke mana-mana
>>Murah & mampu milik

Berapa murah tu? 
RM15 TAK TERMASUK POSTAGE
-RM6 (Semenanjung)
-RM9 (Sabah/Sarawak)

Aku guna Gucci Flora, sangat sangat sangat wangi weh!!!! Ada banyak lagi feedback positive dari pembeli.
Kalau berminat, boleh whatsapp nombor kat atas tu. Tak rugi try. RM15 je. Kecik comel jeee....kalau travel senang bawak, tak makan space pun. 

A SMELL TO REMEMBER...

Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta

Viral sekejap tentang post sorang ibu yang share pengalaman bersalin di sebuah hospital kerajaan. Agak menakutkan! Tapi aku lebih tertarik dengan komen ibu-ibu di post tu. Ada yang share pengalaman bersalin di hospital yang sama, memang lebih kurang dan scary.

Aku taknak jadi bias. Sekadar pendapat dari aku. Pengalaman bersalin memang aku takda, tapi aku bercakap ikut pandangan dan fikiran logik aku sendiri.

To be honest, tak perlu lah nak banding-bandingkan mana yang bagus. Ada yang kata hospital kerajaan bagus. Tak kurang jugak yang memuji service di hospital swasta. Benda ni subjektif. Boleh dikatakan ikut nasib lah. Ada ibu yang bersalin kat hospital swasta, tak kisah bayar mahal, tapi layanan kurang memuaskan. Ada jugak yang tak mampu, bersalin kat hospital kerajaan, tapi dapat layanan bagus sangat. Ikut nasib lah. Tak semestinya bayaran mahal tu menjamin service yang bagus.

Kalau dah doktor atau nurse tu garang, muka payah benor nak senyum, tak kisahlah dia kat mana sekalipun, perangai dia tetap macam tu. Ada je nurse hospital swasta yang berperangai biadap. Betul tak?

Majoriti komen yang aku baca kondem hospital kerajaan. Tak kurang yang kutuk ibu-ibu yang pegi bersalin kat hospital kerajaan. Kena ingat, jaga sensitiviti orang lain. Jaga hati orang. Mesti ada sebab kenapa ramai pilih hospital kerajaan. Dengan kos sara hidup sekarang tak ramai yang mampu nak pegi hospital swasta. 

Semuanya perancangan Allah. Kita ni sebagai manusia, ada untung nasib sendiri. Kita plan nak bersalin kat hospital swasta sebab mampu bayar dan rasa service bagus. Tapi end up doktor/nurse macam hampeh, asyik marah-marah. So???? Sendiri mau pikir. :P


Tuesday, November 24, 2015

Selamat Pagi

Alhamdulillah. 
Perasaan hari ni lebih tenang. Moga hari ni lebih baik dari semalam.
:)
Selamat pagi dunia!

Monday, November 23, 2015

Istighfar...Penenang Hati

Lately...entah kenapa hati rasa tak tenang. Rasa sayu, sedih, masalah datang bertimpa-timpa. Cepat terasa. Mudah menangis.

Lepas Subuh pagi tadi, menangis teresak-esak. Istighfar sebanyak mungkin. Menitik-nitik air mata. Sayu!
Mungkin ke aku alpa dengan dunia sampai Allah buat hati aku tak tenang supaya aku ingat balik pada Dia? Mungkin ke lidah aku kurang memuji nama Allah? Mungkin....

Moga Allah tenangkan hati aku. Bagi jalan keluar untuk setiap masalah. InsyaALLAH.... -_-

Thursday, November 19, 2015

Dah Setahun Jobless

Search keyword blog aku. Dah setahun aku jobless. Hmmm...

Aku pernah la buat entri motivasi khas buat adik-adik yang masih menganggur. Aku harap entri tu membantu.

It is not easy. Trust me. Tapi percayalah, ada hikmah. Sedangkan beberapa bulan pun dah rasa down, inikan pulak setahun menganggur. Kekal positif! Jangan putus asa. Allah akan beri rezeki tu tepat pada masa.
Jangan risau ok. Berdoa dan usaha sebanyak mungkin :)

Morning!

Wednesday, November 18, 2015

Security Alert!

Semalam aku berfikir panjang. Mungkin terkesan dengan kes pembunuhan seorang kerani di sekolah agama. Mangsa juga turut dirogol! Allah....

Lepas fikir panjang, aku tekad. Aku delete semua entri yang ada muka aku, family dan jugak si dia. Sebagai langkah berjaga-jaga. Tambahan pulak beberapa minggu lepas ada orang-orang yang request untuk follow aku di instagram. Bila aku delete request dia, dia request untuk follow lagi lagi dan lagi. Sampailah aku decide untuk block orang-orang tu. 

Aku ambil langkah berjaga-jaga. Penting untuk keselamatan diri aku, ibu ayah, adik-adik dan si dia. Dan aku tahu ada stalker di blog aku. Siapa, tak perlu aku sebut. Cuma aku tahu...ada! 

Gambar-gambar kat fb, instagram sikit-sikit aku akan delete insyaALLAH. 

So kaum sejenis aku kat luar sana, yang baca entri ni, yang follow blog aku ni, please alert! Tak perlu kot nak upload gambar sendiri, family, kawan-kawan selalu sangat. Dan 1 lagi, please jangan check-in! Jangan inform orang-orang kat fb di mana korang berada. Kalau nak sangat, bila dah balik rumah baru check-in ke mana korang pegi tadi. Zaman sekarang manusia semakin hilang akal!

Take care tau!

Tuesday, November 17, 2015

#girlsproblem


Solat Dhuha

Jom dhuha! 

Bagi yang mula berjinak-jinak dengan solat Dhuha, boleh bukak link ni.


Solat dhuha sangat mudah, ringkas dan menjanjikan pahala yang sangat besar!

Zikir Pagi

Selamat pagi.
Jom luangkan masa berzikir
:)

Friday, November 13, 2015

Salam Jumaat

Jangan bandingkan kebahagiaan orang lain dengan kebahagiaan kita. Allah dah kata rezeki setiap orang berlainan. Takkan sama. Mungkin kebahagiaan dia adalah kekurangan kita, dan kebahagiaan kita adalah kekurangan dia. Bahagia yang sebenar terletak di hati. Bukan bergantung pada manusia. Terpulang pada hati sendiri bagaimana kita tafsirkan makna kebahagiaan tu.

Ada orang rasa duit dia banyak dia bahagia. Ada orang pulak rasa bahagia bila suami/isteri/anak-anak ada di samping dia. Dan ada orang rasa bahagia walaupun belum berpasangan, cukup kalau mak ayah ada dengan dia. Semuanya terletak pada hati masing-masing.

Kalau hati selalu dengki kat orang lain, macam mana bahagia nak datang? 


Thursday, November 12, 2015

Kata Ustaz...

Jangan pernah timbul rasa rendah diri pada unsur keduniaan. Orang yang hebat adalah orang yang sentiasa memperbaiki diri demi menuju syurga Allah. Dunia hanya persinggahan, akhirat kekal selamanya.

Dia kurus aku gemuk. Dia cantik aku tak. Dia orang senang aku biasa-biasa je. Dia ada kereta besar, kereta aku kecik je. Blablabla!!! Hentikan semuanya! Cemburuilah akhlak dan amalan seseorang, bukan keduniaan semata-mata.


Wednesday, November 11, 2015

Monday, November 9, 2015

Timeless [Korea]

One of my favorite song.
Nice music, and nice MV too!

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah. Last week dan minggu sebelumnya memang mencabar. Hilang suara, batuk kering, hidung tersumbat. Sabtu baru ni demam, sengal badan. Aku selimut bagi berpeluh, biar kebah demam. Phew! Paling tak tahan batuk kering dan selesema. Nak bernafas pun susah.

Makan ubat batuk macam tak jadi apa. Aku decide makan madu. 
Aku jumpa dalam fridge. Rasanya kak ipar aku belikan untuk Iman masa Iman batuk dulu. Tengok expired date ada lagi. Makan sesudu kecik. Esoknya alhamdulillah batuk berkahak, hidung pun dah tak tersumbat. Lega sangat rasanya.

Masa makan selawat tau! Dengan izin Allah akan cepat sihat :)

Friday, November 6, 2015

Tak Sihat...

Dah seminggu tak sihat. Last week hilang suara, lepas dah ok sikit, batuk selesema pulak datang. Demam pun ada cuma tak teruk. Khamis lepas dah MC. Semalam pegi klinik dah taknak mintak MC sebab banyak keje kat ofis. Mengharapkan weekend je lah untuk rest....

Salam Jumaat

Thursday, November 5, 2015

Wednesday, November 4, 2015

#wellsaid

Well said. I'm sorry, no more love for you. Nothing left! Zero! But you should thank me for not hate you too. Thank you for giving me chance to know other guy which much more better than you, insyaALLAH ^_^

You chose to dump me almost 5 years ago! :) So please move on.

Top Commentator October!

Terima kasih semua!
Kesudian korang untuk datang menjenguk, baca & komen entry dalam blog ni sangat sangat dihargai.
Moga segala apa yang baik dapat dijadikan amalan dan disampaikan kepada yang lain.
Thanks!!!
Muahciked ;)

Tuesday, November 3, 2015

Sorry...

Lega bila dah minta maaf pada yang sepatutnya. Segala salah faham sebelum ni, insyaALLAH dah selesai. Walaupun melalui si dia je aku mohon maaf, tapi the fact that 'mereka' sudi approve friend request aku semula dah cukup jadi petanda baik bagi aku.

Belajar dari kesilapan. Kadang-kadang apa yang kita baca tak semestinya ditujukan buat kita. Hati aku memang sensitif, pantang diusik. Lepas ni lebih berhati-hati. ^^ Mujur ada si dia yang banyak bagi nasihat walaupunnnnn kadang-kadang nasihat dia berlalu bak angin je kat telinga aku. Hahaha!!! 

Tapi lepas lepas tu, aku start berfikir balik lah. So takda lah membaziaqqq ayaqq liuq dia nasihatkan aku. Kehkeh!

Petua Senang Hati

:)

Istiqamah

Monday, November 2, 2015

Perkongsian...

Baru-baru ni seseorang share sesuatu dengan aku. Seorang wanita, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Ibunya meminta untuk dia menutup aurat dengan sempurna, berstokin. Tapi jadi kemusykilan bagi dia andai berada di rumah saudara mara. Perlu ke pakai stokin? Nanti apa saudara mara kata. Kalau tetamu datang kena sarung stokin jugak ke. Macam-macam persoalan di fikiran. Akhirnya dia bertanyakan pada aku.

"Diyana berstokin, kalau pegi rumah saudara mara, atau ada orang datang rumah, Yana pakai stokin jugak ke?"

Satu soalan yang sangat mencabar. Sebab utama, aku masih baru. Aku jujur dengan dia, aku kata "kak, saya baru start pakai stokin hujung tahun lepas kot."

Dia terkejut sebab dia kata dia nampak aku macam dah lama berjinak-jinak dengan stokin. Shawl aku semua labuh. Tak labuh macam ustazah tapi berjaya menutupi dada.

Aku rasakan aku tak layak ditanya sebegitu. Siapa aku? Tapi disebabkan terlalu banyak soalan bermain di minda dia, aku cuba menjawab sebaik mungkin.

"Kalau tetamu datang, kadang pakai kadang tak. Kalau saya tak pakai, saya habiskan banyak masa kat dapur atau duduk dalam bilik. Saya tak duduk sekali dengan tetamu. Kalau pegi rumah saudara mara, kalau setakat balik hari saya pakai. Tapi kalau tidur sana, memang susah sikit saya nak istiqamah. Saya pun baru lagi kak, masih dalam proses belajar."

Tu jawapan ringkas aku. Aku tak tau nak jawab macam mana lagi.

"Akak risau kalau ada saudara mara mengata akak ni macam alim sangat. Ikut hati memang nak pakai, mak akak asyik suruh tapi tu lah...Sampai sekarang tak pakai lagi."

"Pakai je kak. Memang susah. Kita perempuan, banyak kena jaga. Tapi try je dulu, lama-lama nanti biasa lah. Saya mula-mula pun macam tu jugak, tapi buat dek je. Diri kita kak. Yang penting istiqamah. Awal-awal ni akak pakai je dulu bila nak keluar rumah, lepas tu cuba pulak amalkan bila tetamu datang. Kita sama-sama belajar."

Beberapa hari lepas tu, dia start berstokin. Hari pertama dia pakai stokin, dia tunjuk pada aku sambil cakap "istiqamah istiqamah!" Hahaha!

Aku bukan sesiapa. Aku orang biasa je. Muslimah sejati jauh sekali. Ustazah yang penuh ilmu agama di dada lagilah bukan! Aku orang biasa yang cuba jadi lebih baik. Bila ada orang yang share cerita macam tu dengan aku, aku tak tahu nak suka atau sedih. Sebab aku tahu aku tak layak nak bercakap. Diri aku sendiri tak betul. Aku taknak orang lain pandang aku macam aku mulia, tapi di sisi Allah aku hamba hina! Aku takut.

Hakikatnya apa yang aku boleh share, aku share. Sama-sama kita belajar. TERLALU BANYAK aspek yang perlu aku perbaiki. Allahuakbar...

Syukur & Bahagia

InsyaALLAH..
Alhamdulillah..
:)

A Bag of Charcoal

1 paket/1 keluarga = RM15

Tarikh tutup: 20 November 2015

Untuk maklumat lanjut, klik facebook saudara Asri Ismail
 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol