Tuesday, October 13, 2015

Takkan Jatuh Miskin Jika Bersedekah

Setuju? Meh nak share 1 story. Cerita sebuah kedai makan di Taman Selaseh, Gombak yang selalu aku, ibu dan ayah breakfast sama-sama.

Semalam, macam biasa kami akan ke kedai makan ni. Aku perasan ada 2 orang lelaki yang kurang akal fikirannya selalu datang makan kat kedai ni. Sorang India dan sorang lagi Melayu. Yang Melayu tu, kalau tak makan ubat maka perangai kurang akalnya akan datang. Yang India pulak aku tahu dia kurang akal bila dia selalu tersengih kat semua orang, pastu ada beberapa habit yang buat kita sekali tengok je dah tahu dia tak sihat.

Pastu lelaki India ni, memang duduk kat 1 meja ni. Tapi semalam ada orang kat situ. Dia ambik makanan dan terus duduk dengan 2 orang wanita Melayu yang duduk kat meja tu, padahal banyak lagi meja kosong. Tapi takpelah, kita tahu dia macam mana. Masa ayah nak bayar harga makanan kami, 2 orang wanita tadi pun nak bayar.

Customer: Akak makan blablabla. Kira sekali dengan lelaki India tu ye dik.
Cashier: Takpe kak. Dia memang kita bagi makan free kat sini.

Tu yang ayah dengar.

Bayangkan...hampir setiap hari lelaki India tu datang makan kat situ. Dan rupanya setiap hari dia makan free. Kami yakin lelaki Melayu tu pun dapat makan free jugak.

Berkat sedekah. Takkan papa kedana bak kata ibu. Sebab tu setiap hari pelanggan ramai je kat kedai makan tu. Regular customer ramai. Nak pulak adik cashier tu peramah. Memang Allah murahkan rezeki orang yang suka bersedekah ni.

Jom sedekah! :)

4 comments :

Melissa Muklis said...

betul ! sedikit kita sedekah, berganda pahala + rezeki Allah bagi kita :D

noorhaidaz eyda said...

Setuju sangat..dgn sedekah Allah lipat gandakan rezeki kita...

Hakak Manes said...

alhamdulillah kan..syukur masih wujud mereka yg punya hati kemanusiaan..moga Allah murahkan rezeki pemilik restoran tersebut :)

Mizz Aiza said...

semakin kita memberi semakin banyak Allah menambah rezeki kita.. jangan kedekut.. salam maal hijrah didiey.. ;)

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol