Saturday, October 3, 2015

Syndrom Mak Mak

Umur macam aku ramai dah jadi mak orang. Tapi aku? Its ok. Aku percaya saat bahagia aku akan tiba. Walaupun aku tak kawen lagi, tapi aku dah ada syndrom mak mak. Haaaa....nampak tak betapa bertuahnya bakal laki dan anak-anak aku nanti? Ibu mithali ni. Kah!

Kat rumah, aku kakak sulung, anak perempuan sulung. Jadinya segala benda memang aku buat. Masak je ibu aku buat. Basuh baju, sidai baju, lipat baju (sementara je sebab adik aku tengah sakit kan...), mengemas sikit sikit, aku buat. 

Kat ofis pulak, dari barang pantry, stationery, memang bawah kuasa aku. Kuasa kau! Gila kuasa sangat :P So bila ada barang pantry habis, nama aku akan dipanggil. 

"Kak yana! Nak susu!" 
"Yana, gula dah habis." 
"Akak, milo dah takde ea?" 
"Yana, nak tisu toilet please" 
"Akak.....nak file."

Nampak tak kepentingan aku kat situ? Perasan! Disebabkan benda-benda ni aku ada fefeeling yang aku ada syndrom mak mak. Kat ofis aku rajin sangat bukak fridge tengok ada air kotak ke tak. Cukup barang ke tak. Pastu tetiba aku shopping groceries. Eh?!

Korang? Ada syndrom mak mak tak? *Ala walaupun benda biasa, aku tetap rasa tu syndrom mak mak. Tambahan pulak si cinonet anak buah aku, manja dengan aku. Bak kata ibu, "Iman overly attached dengan makngah dia" Makanya, aku ada sifat keibuan itu. 

Ini entry perasan. Sekian terima kasih kerana membaca. Tata!

6 comments :

yoorin melacolea said...

hehehe.. dah ada bakat tuuu...

Farrah MF said...

Memang orang penting dalam keluarga ni :)

Azlinda Azman said...

Wah..ada sifat ibu..

hehehe ..tira..ada 5 orang la AF2015 tu masuk peringkat akhir..
.
.
.
.
1 darinya akk hehehehe

Mizz Aiza said...

Bagus macam tu.. Persedian sebelum jadi isteri& mak nanti..

Maria Firdz said...

Bagus ni.. Pengalaman awal..

noorhaidaz eyda said...

Hehehe..tp dh kawin pun belum tentu dpt rase babak Mak Mak ni...kite 8 thn dh..kite jugak yg jd kanak2nye..hehehe...

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol