Thursday, October 29, 2015

Planning

Dah hujung tahun ni kemain busy aku. Dengan keje kat ofis, budgeting 2016 tak prepare lagi hoi! Dengan aktiviti bersama family, kawan-kawan. Pastu wedding invitation merata.

Sabtu ni insyaALLAH celebrate birthday aku dengan si dia. Dia hutang aku belanja makan. Haha! Ahad pulak adik aku ajak buat mani-pedi. Kemain kau kan! Ni lah first time nak buat, nak belanja ibu. 
Bulan 11 pun, boleh kata agak busy. Attend kenduri kawen officemate, dak Iqbal bertunang pulak. Pastu aku & si dia plan nak pegi kursus kawen (insyaALLAH...) Ada jugak terselit plan nak pegi makan kat Wong Solo branch Shah Alam dengan officemate. Celebrate birthday Sha dan farewell untuk Zaimah, student practical kat department aku.
Bulan 12 dak Iqbal nikah. Kena pegi jugak tu. Sesambil tu kumpul duit sebab 1 Januari 2016 nak ke Terengganu. Si Tirah pulak nikah. Kemain korang kan langkah bendul! Hahaha!!!

Biasalah, dah hujung tahun ramai berebut nak langsungkan perkahwinan. Aku? InsyaALLAH tak lama lagi. Doakan segala urusan dipermudahkan. Date semua takda lagi, tapi niat ke arah tu dah bertahun ada. Cuma urusan jodoh ni kita serah pada Allah. Dia tahu hati kita macam mana, Dia tahu kita dah ready ke belum. 

Aku simple je. Ada jodoh, ada. Kadang-kadang segala persiapan dah settle tapi kalau Allah dah takdirkan jodoh tu takda, makanya takda lah. Betul? Serahkan semuanya pada Allah. Usaha, doa dan bertawakal. Moga semua berjalan lancar :)

Hope semua plan terlaksana. Pada Allah aku berserah sebab Dia sebaik-baik perancang ^^


9 comments :

sofie adie said...

busynya hadir kenduri kahwin...

Farrah MF said...

Wah, dah bersusun aktiviti hujung minggu Thirah! :)

Puan Wawa said...

salam singgah follow..")

Melissa Muklis said...

Banyakk nya kenduri kawin. Hehe
Semoga semuanya dipermudahkan, kak.. Teringin tengok akak naik pelamin. Heeee ;D

Maisarah Humaira said...

semoga dipermudahkan segala urusan sis :)

Maria Firdz said...

Moga dipermudahkan urusan...

Cahaya Farah said...

sedapnya makanan kat wong solo tu Athirah.
moga urusan pernikahan Athirah di permudahkan dan diberkati Allah dunia akhirat

Elya Roza said...

alaaa rindu nk makan wong solo bila nmpak entry awak ni...

Mizz Aiza said...

semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah swt..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol