Saturday, October 17, 2015

Nak Berubah?

Salam hujung minggu semua!

Pagi tadi lepas Subuh bercita-cita taknak tido. Nak berubah. Sebelum ni kalau weekend je confirm tido lepas Subuh. Macam mana rezeki nak masuk kalau kita sombong dengan Allah? Pagi-pagi Allah turunkan rahmat, nak bagi rezeki tapi aku? Menyombong! Membuta tak sedar diri! Biasanya kalau weekend je gitu. Weekdays kan keje jadi tak dan nak tido lepas Subuh.

Tu yang berazam nak berubah. Biar weekend pun jadi macam weekdays. Jadinya pagi tadi lepas Subuh, mengaji kejap pastu mata dah segar dah. Tapi salah pegi baring atas katil yang empuk tu. Makanya tido jugak. Cis! 

Pukul 8.30 terjaga sebab nak kena ke ofis. Aduhai! Masa mandi terasa menyesal dan rugi sebab tido. Hmm....

Nak berubah itu payah. Tapi istiqamah itu 10x ganda payah! Moga aku dapat ubah habit tido lepas Subuh ni -_- Nak berubah? Semuanya bermula dengan diri sendiri.

5 comments :

Mizz Aiza said...

jangan berubah secara mendadak.. berubah secara berperingkat dan insyaAllah terus istiqamah..

Shila Azizi said...

Utk berubah kita iena istiqamah selama 40hari. InsyaAllah lepas tu akan jadi rutin.

rubiah kadir said...

salam hjg minggu thirah..

berubah sikit2 tapi yg penting istiqomah :)

Elya Roza said...

setuju sis....
:)
waktu subuh tu ..kite kene cepat2 bangun kan...

Melissa Muklis said...

sama macam Lissa. selalu bertarung dengan diri sendiri xmau tidur lepas subuh. lepas subuh duduk dekat lantai, hujung katil baca novel. tapi last-last terlentok hujung katil. T_T

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol