Monday, October 12, 2015

Mereka Sudah...Kita???

Jumaat lalu aku dan officemate menziarah keluarga seorang staff yang kehilangan bapa mertuanya. Kami cuma ke rumah staff tu. Plan asal untuk ke tanah perkuburan dibatalkan sebab hujan lebat. Aku pun kurang pasti punca sebenar, arwah memang ada sakit jantung tapi dikatakan arwah jatuh kat rumah. Bawak ke hospital, tak sempat dimasukkan ke ICU...malaikat dah cabut nyawanya....

Dan pagi ni, kami dikejutkan lagi dengan berita sedih. Seorang staff kehilangan bonda tercinta. Hilangnya doa seorang ibu. Allah! Lebih menyedihkan bila staff tersebut kehilangan ibu tersayang secara tiba-tiba.

Malam tadi arwah ibunya minta dibawa ke klinik. Si anak dah start enjin kereta tapi arwah ibunya kata nak ke toilet dulu. Dalam toilet, arwah ibunya jatuh dan terus......Aku tahu si anak merasa ralat sebab tak sempat bawa ibu tersayang ke klinik. Tapi Allah lebih sayangkan ibunya.

Aku dan officemate tiba di tanah perkuburan saat jenazah diturunkan ke liang lahad. Si anak menangis. Dek kerana dia anak bongsu, perempuan, dan hanya dia yang belum berkahwin dan dia saja yang tinggal bersama ibu ayahnya, dia nampak lost. Bila bersalaman dengan kami, dia pasti menangis.Ada 1 ketika ketika dia bersalam dengan seorang rakannya, dia peluk erat rakannya tu dan menangis teresak-esak sambil kata "mak saya dah takda....."

Allah! Sebak. Sedih. Bergenang air mata aku. Masa mereka sudah tiba. Kita?? Bagaimana cara kita diambil nyawa?

3 comments :

Maria Firdz said...

Takziah untuk mereka.. Kematian untuk peringatan kita yang hidup..

Mizz Aiza said...

Tiba-tiba kak aiza rasa sedih pula.. Al-fatihah kepada arwah.. Semoga rohnya dicucuri Allah swt dan ditempatkan di kalangan orang beriman..

Melissa Muklis said...

Lissa yang baca pun sudah rasa sebaknya.. sedih. rasa tak kuat kalau sendiri yang mengalam.. huhu T_T

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol