Thursday, October 8, 2015

Kucing oh Kucing

Kat depan ofis aku ada seekor kucing hitam, agak garang. Kalau nampak orang kucing tu tak mengiau manja, tapi kucing tu keluarkan suara macam marah. Takut weh! Dah lah aku memang seorang Ailurophobia!!!

Pagi tadi masa aku nak turun dari kereta, aku ternampak kucing tu kat tepi pintu tengah tidur. Aku duduk dalam kereta taknak keluar sampai ibu tanya "dah kenapa duduk je kat situ tak turun?"

Aku jawab "tu ada kucing tu, dia garang."

Ibu ayah terbahak-bahak gelakkan aku. Dek kerana aku tak gerak turun, ayah pun turun temankan aku. Ayah hantar aku sampai depan pintu ofis. Kahkahkah!!! 

Masa aku dah selamat masuk ofis, aku dengar ayah gelak lagi. Ha tu masuk kereta confirm mengutuk aku dengan ibu. Cet! :P

3 comments :

Melissa Muklis said...

kalau macam tu, x boleh la masuk rumah Lissa.. baaaanyaaakkk kucingg. hehehe

Mizz Aiza said...

memang ada kucing yang garang.. tangan kak aiza pernah dicakarnya.. tapi setakat ni kak aiza tak fobia dengan kucing..

Siti Yang Menaip said...

bila nampak kucing prasaan jadi macam mane eh ? seram sejukye..
CT ada kawan yg smpai gigil2..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol