Tuesday, October 27, 2015

Hargai Setiap Detik Bersama Orang Tersayang

Hari tu aku ada training, dan trainer ada sebut sesuatu berkenaan masa. Bukan tentang punctuality, tapi something yang aku tak fikir pun sebelum ni.

"Our time is cross to each other"

"Bila kita jumpa seseorang, kita takkan tahu samada itu mungkin itu kali terakhir kita jumpa dia."

"Pagi tadi kita keluar pegi keje, mungkin tu kali terakhir kita tengok mak ayah kita, adik beradik kita, mungkin tu kali terakhir kita cium anak kita."

"Semalam anak kita nak main dengan kita, tapi sebab terlalu penat kita tak endahkan dia. Entah-entah itulah kali terakhir dia ajak kita main dengan dia."

"Mak kita call, tapi sebab busy kita suruh mak kita call balik. Kita jamin ke yang kita dapat cakap lagi dengan mak kita?"

"Sekarang kita sama-sama dalam bilik ni untuk training. Tapi takda siapa pun tahu bahawa ini mungkin the last time you'll see me."

Kita anggap benda ni remeh. Tapi sebenarnya bagi impak yang sangat besar. Hargai setiap detik bersama orang tersayang. Layan mereka sebaiknya, cakap perkara yang baik-baik je. 

Renungkan...

5 comments :

AinAthirah Anuar said...

Btul tu :') lumrah manusia bila dah takda depan mata baru nk cari hm

Eintan Nurfuzie said...

kan.. mm.. kdg3 bl kita x hargai dorg da jd sesuatu mula rasa lain

Jom terjah Blog Nurfuzie.com
Mencuba nasib di Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
dan sudi2 lah join Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

Melissa Muklis said...

betul tu, kak.. hargai setiap masa sebab kadang-kadang terlalai sikit, kita akan kehilangan sesuatu yang besar.. huhu

Abam Kie said...

Masa itu emas...

Mizz Aiza said...

jangan persiakan masa bersamaorag tersayang..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol