Sunday, October 4, 2015

Cerita Semalam

Alhamdulillah semalam dapat jugak jejak ke rumah Along dan kak ipar kat Rawang. Bawak si dia sekali sebab si dia rindu si cinonet anak buah tersayang. Lama tak jumpa katanya. Lepas pegi wedding kawan si dia, terus shoot pegi Rawang. Agak rushing. Tapi redah je lah.

Sempat jugak aku tarik muka semalam sebab air cond kereta si dia rosak. Tak sejuk. Aku jenis tak boleh panas. Bukan menggedik. Tapi aku jadi tak selesa sebab aku memang jenis kuat berpeluh, pastu bila berpeluh atau panas, muka aku akan naik merah merah macam kena gigit nyamuk. Tak tahu kenapa tapi dari dulu lagi. Bayangkan aku pegi kedai yang jauhnya cuma 5 minit dari rumah pun, bila balik, bukak tudung, rambut aku basah macam baru lepas mandi. Tapi bergantung kepada keadaan. Macam semalam aku hangen sebab aku nak sejuk, nak pegi rumah Along takkan nak berpeluh-peluh. Pastu bukak tingkap kereta sedut asap jerebu -_- Tu yang aku tarik muka. Si dia sabar je, melayan je sebab tau aku macam mana. *sorry awak!

Pastu nak ke sana, sesat!!!! Bertambah panas hati aku. Haha! Tapi aku style marah, diam. Tak bebel, tak cakap pape. Last-last sampai Rawang pukul 5 petang. Makan-makan, borak-borak. Si cinonet buat perangai. Menangis sebab takutkan si dia. Hahaha!! Kemain melalak. Nak dukung dengan mama dia je.

Tapi lama-lama dia ok lah. Boleh cakap sikit-sikit dengan si dia. Pastu sebelum balik, dia bye bye. Hug si dia pastu dapatlah si dia cium bakal anak buah dia tu. Eh??!! Puas hati lettew!

5 comments :

Farrah MF said...

Athirah macam kawan baik akak. Jenis kuat berpeluh & tak tahan panas. Tension jadinya kalau tak de aircond/kipas.

Aisya Ahamad said...

Sama la kita takleh nak berpanas. Sy pulak muka takde la naik ruam2 kt muka, tapi badan. Start la garu sana garu sini, gatal2 kena peluh. Huhu.

Eintan Nurfuzie said...

hihi.. pns boleh buat org lost control
Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

Mizz Aiza said...

Kak aiza pun tak tahan panas.. Cepat je baik angin..

Maria Firdz said...

Nasib marah diam.. Kesian kalau marah bising.. Mesti dia lari.. Haha

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol