Thursday, October 1, 2015

Alahai Handphone!

Sob sob sob! Pepagi dah nak nangis. Handphone oh handphone! Dah dekat sebulan virus bermaharajalela. Mungkin sebab aku charge handphone guna USB masa kat office, cucuk kat pc. Aku perasan ada virus sebab tetiba ada apps yang aku tak pernah tahu pun wujud, meng-install-kan dirinya sendiri. Termasuklah apps lucah! Pastu kekadang time aku tengah menaip kat whatsapp, keyboard hilang pastu keluar blank page tulis Android System. Aduh!

Memula plan nak beli handphone baru. Tapi tengok bajet, tangguhlah dulu ke hujung tahun. Tup tup kelmarin gaji masuk, semalam terus jahanam handphone aku!! Sebelum ni dah format 2x, pastu semalam aku format lagi sekali. 

Sepatutnya after format, apps yang kita install macam instagram, whatsapp sume akan hilang. Tapi semalam boleh pulak semua apps tu tercongok lagi dalam phone. Parah dah ni! Parah! Bajet lari nak beli handphone baru weh....

Mood kelaut hari ni. Nanti aku balas jejak korang bila mood dah ok sikit ye. :(

4 comments :

Lissa LaLissa said...

hihi. sabar... Lissa pernah rasa macam tu. 1st gaji terus handphone rosak langsung tak dapat on. haha lagi parah. terus korban gaji pertama beli handphone. T_T

Eintan Nurfuzie said...

kena beli tepon baru tu.. beli lah oppooo.. ahhha

Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

Aisya Ahamad said...

Adoyai sabar je la kan. Huhu

Mizz Aiza said...

Kena beli fon baru kalau dah tak boleh dibaiki..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol