Thursday, October 29, 2015

Planning

Dah hujung tahun ni kemain busy aku. Dengan keje kat ofis, budgeting 2016 tak prepare lagi hoi! Dengan aktiviti bersama family, kawan-kawan. Pastu wedding invitation merata.

Sabtu ni insyaALLAH celebrate birthday aku dengan si dia. Dia hutang aku belanja makan. Haha! Ahad pulak adik aku ajak buat mani-pedi. Kemain kau kan! Ni lah first time nak buat, nak belanja ibu. 
Bulan 11 pun, boleh kata agak busy. Attend kenduri kawen officemate, dak Iqbal bertunang pulak. Pastu aku & si dia plan nak pegi kursus kawen (insyaALLAH...) Ada jugak terselit plan nak pegi makan kat Wong Solo branch Shah Alam dengan officemate. Celebrate birthday Sha dan farewell untuk Zaimah, student practical kat department aku.
Bulan 12 dak Iqbal nikah. Kena pegi jugak tu. Sesambil tu kumpul duit sebab 1 Januari 2016 nak ke Terengganu. Si Tirah pulak nikah. Kemain korang kan langkah bendul! Hahaha!!!

Biasalah, dah hujung tahun ramai berebut nak langsungkan perkahwinan. Aku? InsyaALLAH tak lama lagi. Doakan segala urusan dipermudahkan. Date semua takda lagi, tapi niat ke arah tu dah bertahun ada. Cuma urusan jodoh ni kita serah pada Allah. Dia tahu hati kita macam mana, Dia tahu kita dah ready ke belum. 

Aku simple je. Ada jodoh, ada. Kadang-kadang segala persiapan dah settle tapi kalau Allah dah takdirkan jodoh tu takda, makanya takda lah. Betul? Serahkan semuanya pada Allah. Usaha, doa dan bertawakal. Moga semua berjalan lancar :)

Hope semua plan terlaksana. Pada Allah aku berserah sebab Dia sebaik-baik perancang ^^


Be Happy!

Things to do for today.
Stay happy readers!

Tuesday, October 27, 2015

Hargai Setiap Detik Bersama Orang Tersayang

Hari tu aku ada training, dan trainer ada sebut sesuatu berkenaan masa. Bukan tentang punctuality, tapi something yang aku tak fikir pun sebelum ni.

"Our time is cross to each other"

"Bila kita jumpa seseorang, kita takkan tahu samada itu mungkin itu kali terakhir kita jumpa dia."

"Pagi tadi kita keluar pegi keje, mungkin tu kali terakhir kita tengok mak ayah kita, adik beradik kita, mungkin tu kali terakhir kita cium anak kita."

"Semalam anak kita nak main dengan kita, tapi sebab terlalu penat kita tak endahkan dia. Entah-entah itulah kali terakhir dia ajak kita main dengan dia."

"Mak kita call, tapi sebab busy kita suruh mak kita call balik. Kita jamin ke yang kita dapat cakap lagi dengan mak kita?"

"Sekarang kita sama-sama dalam bilik ni untuk training. Tapi takda siapa pun tahu bahawa ini mungkin the last time you'll see me."

Kita anggap benda ni remeh. Tapi sebenarnya bagi impak yang sangat besar. Hargai setiap detik bersama orang tersayang. Layan mereka sebaiknya, cakap perkara yang baik-baik je. 

Renungkan...

Monday, October 26, 2015

Love Yourself.

Jangan sibuk menyayangi orang lain sehingga lupa untuk menyayangi diri sendiri...

Nasihat


Sunday, October 25, 2015

Happy Birthday to Me!

Alhamdulillah...23 Oktober 2015 genaplah usia aku 28 tahun. Selama itu Allah bagi pinjaman nyawa, dan Dia masih izinkan aku bernafas. InsyaALLAH more years to come, dengan izinNya...

Maaf aku tak sempat nak update entry since Jumaat lepas sebab aku ada HSEMS Training. Baru berkesempatan mengadap laptop hari ni. 
Hari Jumaat malam, celebrate birthday kat rumah je dengan kek tajaan adik aku. Sedap! Kek yang kaya buah-buahan. Memang mewah giler lah! Then dapat hadiah dari ibu ayah. Sebentuk cincin emas. This year memang ibu ayah bagi hadiah tu je untuk puteri-puteri diorang. Jadi tak surprise la sebab kitorang dah tahu awal-awal lagi. Kehkehkeh!! Pernah satu tahun tu, tahun bear yang gedabak gila. Habis semua dapat bear :D

Malam semalam pulak, kitorang celebrate kat Seoul Garden. Adik aku jugak belanja. Dah jadi trend family kitorang, kalau ada birthday mesti keluar makan. Dulu-dulu ibu ayah bayar, tapi sejak aku dan adik aku dah keje, kitorang pulak yang bayar. Cuma kali ni sebab birthday aku kan, so dia sorang bayar :P

Thanks pada semua yang wish. Sahabat, kawan-kawan, kawan facebook, kawan instagram, followers blog. Terutama family tersayang. Moga doa-doa kalian diperkenankan Allah.

Impian aku? Aku harap aku jadi hamba Allah yang lebih baik. Bertambah setahun usia kita bermakna makin dekat kita dengan ajal. Betul?? Jadi aku cuba sehabis baik untuk jadi hamba yang beriman dan bertakwa insyaALLAH. Doakan aku. Selain tu, aku harap di usia 28 tahun ni, rezeki aku semakin murah (harap 'masalah tu' dapat diselesaikan macam yang aku nak), dapat berbakti pada ibu ayah dan family aku, dan jadi anak, kakak, adik & sahabat yang baik. Dan....insyaALLAH di usia 28 tahun ni jugak, aku harap dan terus berdoa agar aku bergelar isteri kepada si dia. Moga dipermudahkan segalanya. Aamiin....

Thursday, October 22, 2015

...

Semalam kesabaran sampai ke penghujungnya. Aku dah tak boleh terima perangai 'dia'. Such a bad attitude! Dan aku dah cakap dengan ibu ayah tentang 'masalah' aku. Ayah nampak tak puas hati & marah. Of course! Macam aku ni teruk sangat pulak nak buat macam tu. 

Hari ni aku harap aku diberi kesabaran. Semalam aku dah buat karangan panjang berjela dalam whatsapp group. Meluahkan segalanya. So today....ya. Aku masih harap keajaiban berlaku dan aku tak perlu nak marah orang hari ni. Hopefully!

Wednesday, October 21, 2015

Coretan Pagi

Morning. Mood hari ni tak dapat ditafsirkan. Aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa sebenarnya. Perihal semalam masih terbayang, masih di fikiran. Sedih, sebak, rasa tak percaya, kecewa, tak puas hati, rasa dianiaya, tertipu...Semua rasa!

Aku asyik persoalkan kenapa kenapa kenapa. Apa salah aku. Teruk sangat ke aku? 

Atau aku yang take it negatively? Do I? Tapi aku cuba dapatkan pandangan kawan-kawan, ada yang kata "kalau saya pun, saya akan rasa macam yang akak rasa."

Officemate antara yang bagi semangat. Si dia dan kak Zura jugak bantu tenangkan aku. Aku nak bincang dengan ibu ayah tapi masih takda kekuatan. Aku akan try untuk bincang dengan mereka yang sepatutnya yang mungkin boleh membantu. Lepas dari tu baru aku akan bincang dengan ibu ayah. 

I really hope everything goes well. Moga aku masih kuat dan tabah. Mungkin bagi sesetengah orang benda ni tak besar mana. Tapi bagi aku, 6 bulan yang penuh harapan akhirnya disia-siakan secara unprofessional!

Tuesday, October 20, 2015

Senyum Hadapi Dugaan

Kebetulan pagi tadi aku post sesuatu tentang dugaan. Dan tadi aku betul-betul berdepan dugaan. Dapat berita 'itu' buat aku tergamam sekejap. Lunch hour, aku menangis depan kawan-kawan. Menangis sepuas hati dalam kereta. 

Takpe. Bukan rezeki aku. InsyaALLAH ada rezeki aku kat tempat lain. InsyaALLAH. Sesungguhnya Allah jua Maha Pemberi Rezeki. 
Dia menguji sebab Dia sayang. Mungkin dugaan ni sebagai balasan dosa-dosa aku. 

Ujian...

Reminder for me.
Reminder for all of us.

Monday, October 19, 2015

Cerita Semalam...

Aktiviti hujung minggu semalam :) Bawak ibu dan adik-adik jalan-jalan kat Wangsa Walk. Memenuhi permintaan ibu untuk tengok wayang. Ibu nak tengok movie Everest, jadi aku dengan adik-adik turutkan je ^^

Aku share duit dengan sorang lagi adik aku untuk aktiviti semalam. Window shopping, jalan-jalan, makan, tengok wayang. Pastu menggila selfie kat tangga, mana-mana port asalkan dapat selfie. Orang tengok? Pedulikan! Bahahaha!!!

Bila sampai rumah ibu cakap "Thanks for today ya. I really enjoy."

Tersengih sampai telinga kitorang adik beradik :D
Review movie Everest ni nanti aku buat post lain ye. 

Salam Isnin :)

Salam Isnin semua :)

Ramai yang tak suka hari Isnin sebab kena start keje bali, start kelas. Permulaan minggu kata orang. Sepatutnya hari Isnin yang kita kena suka. Tak ramai sedar bahawasanya pada hari Isnin lahir seorang pemimpin yang dikagumi oleh semua orang Islam, Nabi Muhammad pesuruh Allah....
Masa baca post ni, harap korang dapat berselawat ke atas Nabi. Moga beroleh syafaat di akhirat kelak.

Say NO to Monday blues!!!

Saturday, October 17, 2015

Nak Berubah?

Salam hujung minggu semua!

Pagi tadi lepas Subuh bercita-cita taknak tido. Nak berubah. Sebelum ni kalau weekend je confirm tido lepas Subuh. Macam mana rezeki nak masuk kalau kita sombong dengan Allah? Pagi-pagi Allah turunkan rahmat, nak bagi rezeki tapi aku? Menyombong! Membuta tak sedar diri! Biasanya kalau weekend je gitu. Weekdays kan keje jadi tak dan nak tido lepas Subuh.

Tu yang berazam nak berubah. Biar weekend pun jadi macam weekdays. Jadinya pagi tadi lepas Subuh, mengaji kejap pastu mata dah segar dah. Tapi salah pegi baring atas katil yang empuk tu. Makanya tido jugak. Cis! 

Pukul 8.30 terjaga sebab nak kena ke ofis. Aduhai! Masa mandi terasa menyesal dan rugi sebab tido. Hmm....

Nak berubah itu payah. Tapi istiqamah itu 10x ganda payah! Moga aku dapat ubah habit tido lepas Subuh ni -_- Nak berubah? Semuanya bermula dengan diri sendiri.

Friday, October 16, 2015

Aurat

Ayah, anak lelaki, suami, abang, adik lelaki...ini tanggungjawab anda. Tanggungjawab untuk mendidik dan menasihati. Gunakanlah kata-kata hikmah agar wanita kesayangan anda menjaga segala yang perlu dijaga. 

Dan kita sebagai wanita...sentiasa muhasabah diri. Ianya juga tanggungjawab kita untuk menjaga aurat. Jangan kerana kita, lelaki tersayang dihumban ke neraka!

Jom Dhuha!

Salam Jumaat semua. Salam sayyidul ayyam :)

Jom niatkan dalam hati "hari ni aku nak solat Dhuha" Moga perjalanan hidup kita diberkati, dilimpahkan rezeki yang berkat dan halal. Aamiin..

Thursday, October 15, 2015

Jom!

Jom malam ni baca surah Yasin.
:)
Esok kita baca surah Kahf pulak.
InsyaALLAH
^^

Morning!


Wednesday, October 14, 2015

Tuesday, October 13, 2015

Takkan Jatuh Miskin Jika Bersedekah

Setuju? Meh nak share 1 story. Cerita sebuah kedai makan di Taman Selaseh, Gombak yang selalu aku, ibu dan ayah breakfast sama-sama.

Semalam, macam biasa kami akan ke kedai makan ni. Aku perasan ada 2 orang lelaki yang kurang akal fikirannya selalu datang makan kat kedai ni. Sorang India dan sorang lagi Melayu. Yang Melayu tu, kalau tak makan ubat maka perangai kurang akalnya akan datang. Yang India pulak aku tahu dia kurang akal bila dia selalu tersengih kat semua orang, pastu ada beberapa habit yang buat kita sekali tengok je dah tahu dia tak sihat.

Pastu lelaki India ni, memang duduk kat 1 meja ni. Tapi semalam ada orang kat situ. Dia ambik makanan dan terus duduk dengan 2 orang wanita Melayu yang duduk kat meja tu, padahal banyak lagi meja kosong. Tapi takpelah, kita tahu dia macam mana. Masa ayah nak bayar harga makanan kami, 2 orang wanita tadi pun nak bayar.

Customer: Akak makan blablabla. Kira sekali dengan lelaki India tu ye dik.
Cashier: Takpe kak. Dia memang kita bagi makan free kat sini.

Tu yang ayah dengar.

Bayangkan...hampir setiap hari lelaki India tu datang makan kat situ. Dan rupanya setiap hari dia makan free. Kami yakin lelaki Melayu tu pun dapat makan free jugak.

Berkat sedekah. Takkan papa kedana bak kata ibu. Sebab tu setiap hari pelanggan ramai je kat kedai makan tu. Regular customer ramai. Nak pulak adik cashier tu peramah. Memang Allah murahkan rezeki orang yang suka bersedekah ni.

Jom sedekah! :)

Happy Tuesday!


Monday, October 12, 2015

Mereka Sudah...Kita???

Jumaat lalu aku dan officemate menziarah keluarga seorang staff yang kehilangan bapa mertuanya. Kami cuma ke rumah staff tu. Plan asal untuk ke tanah perkuburan dibatalkan sebab hujan lebat. Aku pun kurang pasti punca sebenar, arwah memang ada sakit jantung tapi dikatakan arwah jatuh kat rumah. Bawak ke hospital, tak sempat dimasukkan ke ICU...malaikat dah cabut nyawanya....

Dan pagi ni, kami dikejutkan lagi dengan berita sedih. Seorang staff kehilangan bonda tercinta. Hilangnya doa seorang ibu. Allah! Lebih menyedihkan bila staff tersebut kehilangan ibu tersayang secara tiba-tiba.

Malam tadi arwah ibunya minta dibawa ke klinik. Si anak dah start enjin kereta tapi arwah ibunya kata nak ke toilet dulu. Dalam toilet, arwah ibunya jatuh dan terus......Aku tahu si anak merasa ralat sebab tak sempat bawa ibu tersayang ke klinik. Tapi Allah lebih sayangkan ibunya.

Aku dan officemate tiba di tanah perkuburan saat jenazah diturunkan ke liang lahad. Si anak menangis. Dek kerana dia anak bongsu, perempuan, dan hanya dia yang belum berkahwin dan dia saja yang tinggal bersama ibu ayahnya, dia nampak lost. Bila bersalaman dengan kami, dia pasti menangis.Ada 1 ketika ketika dia bersalam dengan seorang rakannya, dia peluk erat rakannya tu dan menangis teresak-esak sambil kata "mak saya dah takda....."

Allah! Sebak. Sedih. Bergenang air mata aku. Masa mereka sudah tiba. Kita?? Bagaimana cara kita diambil nyawa?

Choc Cheese Berries

My new favorite cake! Choc Cheese Berries from Secret Recipes.

Kek ni aku beli masa birthday celebration staff hari tu. Gamble je sedap ke tak ke. Tapi bila rasa, perghhhh!!!!! Walahhh! Rasa coklat, biskut, cheese dan buar berry memang mengancam. Takdalah muak sangat berbanding makan cheese cake sesaje. Gabungan rasa tu mantop! ;)

All the Best!

All the best to all PT3 candidates!
May Allah ease everything :)
Special wishes to my sister.
I know you can do it!
You go girl!

Happy Monday Guys!


Sunday, October 11, 2015

Eating Colors For Health


Nasihat

Kita perlukan nasihat. Dan kita suka menasihati. Tapi kena berhati-hati. Dalam pada menasihati, kita lupa menjaga aib orang. Kita tegur mereka di khalayak ramai. Kita tinggikan suara. Kita guna bahasa kasar/kurang sopan. Kalau kita dinasihati dengan cara macam tu pun kita tak suka kan? Terasa kan? Sama-sama muhasabah diri. 

Salam Ahad semua.

Saturday, October 10, 2015

I Love Inspiration

Yes I do! Aku sukakan motivasi dan inspirasi. Aku suka baca dan dengar ayat-ayat yang boleh membuat aku berfikir dan bagi aku semangat. Sebab tu boleh kata setiap hari aku akan share gambar berserta quotes menarik yang boleh memotivasikan diri. Aku harap korang pun suka baca dan dapat semangat yang sama! :)

Aku suka bila orang kata blog aku positif. Aku pernah dapat pujian tu dalam salah 1 komen. Alhamdulillah. Moga kita semua kekal positif, bermotivasi dan berinspirasi :)

Friday, October 9, 2015

Happy Weekend!

Happy weekend! Aku happy sebab esok cuti dan handphone baru dah dapat. Yeay!!!! Alhamdulillah :D

Lepas ni boleh contact kengkawan macam biasa. Kalau tak nak jawab call pun tak dapat. pfffttt~~~~

Salam Jumaat

Thursday, October 8, 2015

Muhasabah

Muhasabah diri.

Kucing oh Kucing

Kat depan ofis aku ada seekor kucing hitam, agak garang. Kalau nampak orang kucing tu tak mengiau manja, tapi kucing tu keluarkan suara macam marah. Takut weh! Dah lah aku memang seorang Ailurophobia!!!

Pagi tadi masa aku nak turun dari kereta, aku ternampak kucing tu kat tepi pintu tengah tidur. Aku duduk dalam kereta taknak keluar sampai ibu tanya "dah kenapa duduk je kat situ tak turun?"

Aku jawab "tu ada kucing tu, dia garang."

Ibu ayah terbahak-bahak gelakkan aku. Dek kerana aku tak gerak turun, ayah pun turun temankan aku. Ayah hantar aku sampai depan pintu ofis. Kahkahkah!!! 

Masa aku dah selamat masuk ofis, aku dengar ayah gelak lagi. Ha tu masuk kereta confirm mengutuk aku dengan ibu. Cet! :P

Smile!

Dalam hidup kita, tak semua akan sukakan kita dan apa jugak yang kita buat. Let them be. Diorang suka ke tak, lantak pi lah kat diorang. Asalkan kita tak kacau diorang dan tak buat sesuatu yang salah then it is ok. 

Pedulikan kata-kata jahat orang macam tu, jangan ambik port sangat nanti sakit hati. Teruskan positif, kuatkan semangat, lakukan yang terbaik dan terus TERSENYUM!

Wednesday, October 7, 2015

Motivation

People will always say something about you, either good or bad. The matter is how you deal with it. Keep positive, be encourage. That's the only way to be BETTER!

Monday, October 5, 2015

Handphone + Dugaan + Pengajaran

Phone kesayangan buat hal. Makin teruk. Alahai handphone! 

Sabtu lepas aku pegi Wangsa Walk, tempat aku beli phone ni lebih kurang 2 tahun yang lepas. Aku mintak tukar software baru. Kena charge RM30 patutnya. Ok. Cina tu kata lepas 20minit datang balik untuk ambik phone. Ok lah. Aku pegi makan blablabla, lepas 20minit aku pegi balik. Tapi Cina tu kata hardware rosak. Sebab lepas dia tukar software pun still benda sama jadi. Too many advertisement. Dan banyak apps yang install diri sendiri.

Aku tanya berapa harga tukar software baru. Dia kata RM180. Aku tanya lagi confirm ke lepas tukar hardware akan elok. Cina tu kata yes. Sebab memang hardware problem. Aku pun suruh je proceed. Kata lepas 2 jam datang balik. 

Lepas 2 jam, aku pun pegi lah ke kedai tu balik dengan penuh harapan. Sekali Cina tu kata board problem. Macam motherboard la. Time tu aku tak fikir pape pun. Otak aku kosong! Aku bayar RM180. Bila balik rumah, handphone sama je macam tak tukar pape.

Kat rumah aku terfikir, kenapa aku bayar buta-buta je?! Kenapa aku tak argue dengan Cina tu. Yelah, patutnya dia boleh detect dari awal apa yang problem. Ni memula kata software, pastu hardware pastu board pulak. Hmm....Aku pulak? Memang tak fikir pape masa tu. Apesal lah bodoh sangat!!!!!!!

Entah Cina tu kelentong aku ke apa. Silap haribulan dia tak tukar pun hardware. Aduhai! Pengajaran sungguh. Sekarang tengah survey handphone baru. RM180 tu? Tak sure nak buat macam mana. Nak report? Sape suruh aku bayar gitu je, langsung tak argue. Nak pegi balik kedai tu? Banyak pulak masa aku nak pegi sana balik. Aduh!

Buat masa sekarang aku guna je lah phone lama ni. Sabar je dengan apps yang entah pape tu. Huhu....

Sunday, October 4, 2015

Cerita Semalam

Alhamdulillah semalam dapat jugak jejak ke rumah Along dan kak ipar kat Rawang. Bawak si dia sekali sebab si dia rindu si cinonet anak buah tersayang. Lama tak jumpa katanya. Lepas pegi wedding kawan si dia, terus shoot pegi Rawang. Agak rushing. Tapi redah je lah.

Sempat jugak aku tarik muka semalam sebab air cond kereta si dia rosak. Tak sejuk. Aku jenis tak boleh panas. Bukan menggedik. Tapi aku jadi tak selesa sebab aku memang jenis kuat berpeluh, pastu bila berpeluh atau panas, muka aku akan naik merah merah macam kena gigit nyamuk. Tak tahu kenapa tapi dari dulu lagi. Bayangkan aku pegi kedai yang jauhnya cuma 5 minit dari rumah pun, bila balik, bukak tudung, rambut aku basah macam baru lepas mandi. Tapi bergantung kepada keadaan. Macam semalam aku hangen sebab aku nak sejuk, nak pegi rumah Along takkan nak berpeluh-peluh. Pastu bukak tingkap kereta sedut asap jerebu -_- Tu yang aku tarik muka. Si dia sabar je, melayan je sebab tau aku macam mana. *sorry awak!

Pastu nak ke sana, sesat!!!! Bertambah panas hati aku. Haha! Tapi aku style marah, diam. Tak bebel, tak cakap pape. Last-last sampai Rawang pukul 5 petang. Makan-makan, borak-borak. Si cinonet buat perangai. Menangis sebab takutkan si dia. Hahaha!! Kemain melalak. Nak dukung dengan mama dia je.

Tapi lama-lama dia ok lah. Boleh cakap sikit-sikit dengan si dia. Pastu sebelum balik, dia bye bye. Hug si dia pastu dapatlah si dia cium bakal anak buah dia tu. Eh??!! Puas hati lettew!

Saturday, October 3, 2015

Syndrom Mak Mak

Umur macam aku ramai dah jadi mak orang. Tapi aku? Its ok. Aku percaya saat bahagia aku akan tiba. Walaupun aku tak kawen lagi, tapi aku dah ada syndrom mak mak. Haaaa....nampak tak betapa bertuahnya bakal laki dan anak-anak aku nanti? Ibu mithali ni. Kah!

Kat rumah, aku kakak sulung, anak perempuan sulung. Jadinya segala benda memang aku buat. Masak je ibu aku buat. Basuh baju, sidai baju, lipat baju (sementara je sebab adik aku tengah sakit kan...), mengemas sikit sikit, aku buat. 

Kat ofis pulak, dari barang pantry, stationery, memang bawah kuasa aku. Kuasa kau! Gila kuasa sangat :P So bila ada barang pantry habis, nama aku akan dipanggil. 

"Kak yana! Nak susu!" 
"Yana, gula dah habis." 
"Akak, milo dah takde ea?" 
"Yana, nak tisu toilet please" 
"Akak.....nak file."

Nampak tak kepentingan aku kat situ? Perasan! Disebabkan benda-benda ni aku ada fefeeling yang aku ada syndrom mak mak. Kat ofis aku rajin sangat bukak fridge tengok ada air kotak ke tak. Cukup barang ke tak. Pastu tetiba aku shopping groceries. Eh?!

Korang? Ada syndrom mak mak tak? *Ala walaupun benda biasa, aku tetap rasa tu syndrom mak mak. Tambahan pulak si cinonet anak buah aku, manja dengan aku. Bak kata ibu, "Iman overly attached dengan makngah dia" Makanya, aku ada sifat keibuan itu. 

Ini entry perasan. Sekian terima kasih kerana membaca. Tata!

Friday, October 2, 2015

Happy Weekend!

Weekend datang lagi. Alhamdulillah. Yeehaaa!!!! Apa aktiviti korang this weekend? Aku esok insyaALLAH attend wedding kawan si dia, pastu bawak si dia ke rumah Along. Nak jumpa si cinonet tu. Hihi! Si dia dah rindu kat si cinonet. InsyaALLAH....

Giveaway Nurfuzie Dot Com #1


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Give Away yang ditunggu tunggu oleh cik en dan sponsar sponsar cik en akan bermula pada 1/10/2015 sehingga 30/10/2015
Hadiah bernilai lebih dari RM 1000 boleh dimenangi dengan penyertaan 18 sponsar untuk 28 orang peserta yang bertuah. Mungkin anda salah seorangnnya. Jadi apa tunggu lagi, mari mencuba dengan join Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 ini dengan syarat yang sangat mudah.
Kalau sertai Insyallah rezeki itu ada, Kalau tidak sertai sudah tentu rezekinya tiada
Ini syarat yang perlu untuk menjadikan rezeki itu jadi kenyataan


1. Buat satu entry bertajuk " Giveaway Nurfuzie Dot Com #1"

2. Follow  dan like semua sponsar dibawah ini  dan copy html dan paste di HTML entri korang :

Follow Blog
Nurfuzie , Julia Jamaludin , Lisa Hlovate , Along , MrsYatie , KhalidKyle , Shad , Nona , Farah , Athirah Diyana , Ejulz , Addin , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Emy Amelia , Irrayyan , Sporting Mummy , SayidahNapisah

Follow Instagram
Nurfuzie , Lisa Hlovate , Along , Shad , KhalidKyle , Athirah Diyana , Ejulz , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Nona , Emy Amelia , Marsha farprettybylh

Follow Twitter


Follow Google+


Masukkan Dalam Bloglist
Farah , MrsYatie , Addin , Irrayyan , SayidahNapisah

Fanpage

Nurfuzie.com
Along Maisuri
Shad
Ejulz
Farprettybylh
Kawaidesu Concept
Sayidah Napisah
Emy Amelia
Carehappytips
Jeragat LESS? Seronok
Follow
Cahaya Farah
Irrayan

3. Publish dan letakkan link entri tersebut di komen entri  Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 sahaja

Tarikh Give away ini bermula 1/10/2015 sehingga 30/10/2015.

Top Commentator September!

Tahniah dan terima kasih top commentator September!
Korang singgah baca dan komen entri dalam blog ni dah cukup bersyukur dah :)
Nanti komen lagi tau!

Thursday, October 1, 2015

Alahai Handphone!

Sob sob sob! Pepagi dah nak nangis. Handphone oh handphone! Dah dekat sebulan virus bermaharajalela. Mungkin sebab aku charge handphone guna USB masa kat office, cucuk kat pc. Aku perasan ada virus sebab tetiba ada apps yang aku tak pernah tahu pun wujud, meng-install-kan dirinya sendiri. Termasuklah apps lucah! Pastu kekadang time aku tengah menaip kat whatsapp, keyboard hilang pastu keluar blank page tulis Android System. Aduh!

Memula plan nak beli handphone baru. Tapi tengok bajet, tangguhlah dulu ke hujung tahun. Tup tup kelmarin gaji masuk, semalam terus jahanam handphone aku!! Sebelum ni dah format 2x, pastu semalam aku format lagi sekali. 

Sepatutnya after format, apps yang kita install macam instagram, whatsapp sume akan hilang. Tapi semalam boleh pulak semua apps tu tercongok lagi dalam phone. Parah dah ni! Parah! Bajet lari nak beli handphone baru weh....

Mood kelaut hari ni. Nanti aku balas jejak korang bila mood dah ok sikit ye. :(
 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol