Wednesday, September 2, 2015

Picky Eater

Picky eater selalu dikaitkan dengan kanak-kanak. Tapi bagi aku, ada jugak orang dewasa boleh digelar sebagai picky eater. Tapi berbeza sikit dari kanak-kanak. Kalau bebudak, diorang nak ayam je takmau sayur, takmau buah. Tapi orang dewasa ni, nak makanan sedap je. Kalau tak sedap, komplen itu ini, beria mengutuk tukang masak. Haaa....ni istilah 'picky eater' bagi aku. Sorry kalau ada yang terasa ye. Ni hakikat.

Aku jumpa ramai orang yang memilih sangat. Depan mata aku, seseorang yang aku kenal rapat makan nasi lemak, disebabkan tak sedap katanya, terus dikeluarkan apa yang ada dalam mulut, dan buang nasi lemak tu. Allah! Bergenang air mata aku.

Ada juga yang mulut tak berhenti komplen pasal makanan yang tak sedap. Itu tak kena, ini tak kena. Kononnya dia high taste.

Pernah tak kita terfikir...berapa ramai manusia kat bumi Allah ni yang tak mampu even nak beli sekeping roti sekalipun. Nak dapat segelas air pun susah yang amat! Kita yang dapat makan hari-hari, pun nak komplen macam-macam.

Sifat manusia, ada je yang tak puas. Dah dapat 1, nak 2. Dah dapat 2, nak 3. Tapi pepandai lah guna akal. Jangan ikut nafsu. Kalau ikut nafsu, memang kita takkan pernah puas dengan apa yang kita ada. Personally, aku seorang yang tak memilih sangat. Bagi aku, makanan yang aku makan either sedap, tak sedap atau boleh lah/ok. Tapi jarang sangat aku cakap makanan tak sedap melainkan memang tak sedap langsung. Kalau makan ayam masak kicap tapi rasa ayam goreng, ha baru aku kata tak sedap. Haha! Bila tak sedap, aku tetap cuba habiskan makanan tu. Beli guna duit oi! Kalau guna daun kering tepi jalan takpelah kau nak membazir.

Mungkin ada yang kata, kita ada duit so kita berhak demand. Ya..faham. Betul. Tapi jangan melampau. Kalau taknak makan semata-mata sebab tak sedap, dah kenapa. Kau kaya sangat eh? Esok kalau Allah tarik nikmat tu, baru lah kau rasa nasi campur air garam tu sedap. Get it??

Aku ni, semua orang kata Ani Sup Utara kat Sri Gombak tu tak sedap, tapi bagi aku sedap je. Asalkan rasa sup, cukup rasa dah ok dah bagi aku. Haaa....bertuah bakal husband aku. Senang bagi makan kat aku ni, kehkeh!!

5 comments :

Eintan Nurfuzie said...

hihi.. cik en kalau de kicap ngn telur dan nasi pon layan sangat dah

Cik Yaya said...

salam..

haihh..yaya geram dgn org mcm ni..yg suka mbazir..
kalau agk mkanan tu xkan dpt hbis,jgn beli..
lau da beli xsedap jgn la mgutuk or komplain.
rezeki kot tu..org yg suka komplain ni adlh org yg tidak tahu bersyukur.!
tu je dpt bgtau..huhu (mara beno ni...mmg geram dgn org mcm ni )<

Farrah MF said...

Akak asal ada yang pedas-pedas dah ok dah :)

Maria Firdz said...

Kalau ikut sunnah Nabi s a w kalau Nabi tak suka, Baginda hanya diam dan tak makan, tapi memang Baginda larang cemuh makanan...

Siti Yang Menaip said...

penah jugak dapat makanan yg memang tak sedap.. mmg boleh turn off tapi tayah sampai ngutuk.. kalo mmg xleh telan sngt tu letak je tinggal.. kalo kdg2 tu CT kasi kucing kalo ada..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol