Thursday, September 10, 2015

Every Picture Tells a Story

Setiap gambar ada cerita tersendiri. Jangan mudah tafsirkan sesuatu hanya dengan sekeping gambar. Bak kata seorang rakan, 1 gambar ada 1001 cerita.

Aku ambil contoh paling mudah, sikap kita yang suka tafsirkan sesuatu melalui sekeping gambar. Kadang-kadang sampai boleh timbulkan fitnah dan mengaibkan. Tengok di fb masing-masing. Mesti pernah tengok orang upload gambar anak muda atau sesiapa je duduk di seat LRT/bas, dan di tepi orang tu ada ibu mengandung, ibu yang sedang dokong budak kecik, orang tua atau orang buta. Biasanya caption gambar-gambar macam ni tak pernahnya positif. Mesti caci maki dan hinaan yang dibagi.

Tapi pernah tak kita terfikir, mungkin orang yang duduk tu dah offer seat tu tapi mungkin ibu mengandung/orang tua/orang buta tu yang taknak duduk. Pernah fikir macam tu tak?

Orang-orang macam ni, suka snap gambar lepas tu upload, dengan niat jadi viral. Suka la tu dapat banyak like dan share dengan fitnah semata. Kadang aku terfikir, si tukang snap ni, ada tegur tak orang yang duduk tu kalau betul dia bertangggungjawab. Tanya secara baik, atau mintak dengan penuh berhemah untuk orang tu bagi seat dia pada yang lebih memerlukan. Kalau kita tegur dengan baik, rasanya orang tu pun ok kot. Lainlah kalau kau dah tegur tapi dia maki hamun kau.

Dan kita sebagai pembaca pulak, jangan mudah jatuhkan hukuman. Entah betul entah tak apa yang kita baca tu.

Kalau kita positif, maka perkara pertama dalam fikiran kita akan jadi positif. Tapi kalau tak, yang negatif sesaje lah dalam otak tu.

6 comments :

Maria Firdz said...

Pernah juga terfikir camtu.. Manusia sekarang puas jadi viral je..

Maria Firdz said...

Wah.. Dah lain la wajah blog dia.. Bru berapa hari je tak dtg sini..

Tahniah.. Cntik..

tiga lalat said...

hati hati dijalanraya., take picture take responsibility kann., hehe2

aiman mania said...

thats why kita kena check dulu apakah maklumat yg kita dapat tuh sahih ke x...nice entry utk kesedaran org ramai!

Cik Yaya said...

yup..btul..sbb tuapa2 pon kena slidik btul2 dulu..
apa yg dilihat mta kita xsemestinye itu prkra yg tjadi...mgkin ada kjdian tsirat dsbaliknya...

sya mimie said...

Kn2.. Kna semak dulu kn sesuatu tu sblm berkata2.. Moga tidak bertukar jd dosa pula..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol