Saturday, September 26, 2015

Best ke Polis Evo? [Movie Review]

Aku adalah sejenis manusia yang kalau bab tengok wayang, aku prefer tengok cerita omputeh. Mind set aku, agak membazir habiskan duit untuk tengok cerita melayu kat panggung wayang. Gitu gini, jalan cerita klisye. Balik balik ending nya kita boleh jangka. Memang jauh la dari cerita omputeh. Boleh kira berapa kali je aku tengok movie melayu kat panggung wayang. Haha!

Tapi lately aku macam terpengaruh dengan cakap cakap orang sekeliling tentang kehebatan movie Polis Evo. Adik lelaki aku beria kata best padahal dia tak tengok pun lagi. Kengkawan semua pun kata best. So aku macam, ok lahhhh....why not kita try.
Jadinya hari ni aku dengan adik-adik keluar lah ke Wangsa Walk. Redeem tiket birthday & free tiket registration kad Movie Club hak milik adik perempuan aku yang sakit tu. Total kitorang dapat 4 tiket free dan 2 set air + popcorn. Hahaha! Jimat duit dah. 

To be honest expectation aku sangat tinggi. Yelah, dah orang dok kata best kan. Walaupun tiket free, aku tetap taknak buang masa tengok cerita yang tak best. 
Dekat 2 jam dalam panggung, serius weh, panggung wayang tu penuh dengan gelak ketawa. Terbahak-bahak memasing gelak. 

Bagi aku, filem ni penuh dengan aksi yang mendebarkan, cemas, lawak dan buat kita tertanya-tanya apa akan jadi lepas ni. Lakonan Zizan & Shaheizy Sam tersangatlah mantap! Diorang memang sesuai bergandingan. Tetiba aku rasa diorang smart dan hensem plak bila berlakon filem aksi camtu. Alahaiiii!

Filem ni highly recommended la. Penat keje, nak release tension dengan kawan-kawan, baru putus cinta tengah sedih tu kan, nak hiburkan hati kejap boleh try tengok movie ni. Berbaloi tengok movie melayu kali ni. Hehehe... Good job semua team Polis Evo!!! Movie melayu yang bertaraf antarabangsa! Tira kasi 10 bintang!! Ehh?! ;)

5 comments :

aeinna Musa said...

thirah...teruja baca review thirah ni..ena dh lama tau x tgk wayang..sejak hamil n bersalin anak 1st, 3 tahun lepas!.haha

Siti Yang Menaip said...

uish 10 bintang tu.. heheh.. CT tunggu masuk astro first je la kot..
tak minat pelakon2 dia..

Mizz Aiza said...

lama juga rasanya kak aiza tak pergi tengok wayang kat panggung.. zizan dan sahizey sam berlakon memang lawak..

Maria Firdz said...

Ni yang tak sabar nk tgk gak nih..

Maria Firdz said...

Ni yang tak sabar nk tgk gak nih..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol