Monday, September 28, 2015

Adab Melayan Isteri

Pagi tadi, masa breakfast dengan ibu ayah, nampak pasangan suami isteri dengan anak kecik. Si suami muka ketat. Lepas tu nak sudu, suruh isteri ambik. Dia nak makan, isteri kena bangun ambik. Pastu suruh isteri bungkuskan makanan. Si anak pulak merengek nak mintak emaknya dokong. Si isteri kata "duduklah bawah. Macam mana mak nak ambik makanan kalau nak berdokong je."

Aku perhati reaksi si suami. Jadi tunggul kayu, tukang tengok je. Sepatah tak bersuara. At least bantulah isteri jaga anak sementara isteri pegi ambik makanan, atau offer diri untuk dia sendiri pegi ambik makanan. In case dia tak reti langsung jaga anak kan.

Pastu masa si isteri dah duduk, si suami suruh pegi ambikkan cucur bilis. Si isteri bangun, ambik pinggan. Tiba-tiba dengar si suami jerit dari tempat duduk "bungkus bungkus." Si isteri balas, "oh bungkus..." Lembutnya si isteri menjawab.

Aku? Dalam hati "lelaki tak guna!" Ya. Berdosa aku. Tapi tengok pada layanan si suami....serius aku tak respect dia. Aku tengok raut wajah isteri, aku doa supaya Allah kuatkan hati dia. Aku sebak bila tengok si isteri. Tak tahu kenapa tapi tiba-tiba perasaan tu muncul.
Wahai para suami, layanlah isteri anda dengan baik, lemah lembut. Tegur dan didiklah mereka dengan berhemah. Mereka bukan hamba anda. Mereka pendamping anda. Hargai mereka, sayangi dan cintai mereka.

Kat sini aku sertakan adab melayan isteri mengikut cara Rasulullah. Moga bermanfaat buat para suami di luar sana dan buat lelaki yang bakal bergelar suami suatu hari nanti. Juga buat si dia bakal suamiku, insyaALLAH...

1) Jangan buat tak tahu pabila isteri merajuk. Buang ego, minta maaf jika anda bersalah.
2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda. 
3) Beri perhatian ketika isteri bercakap. 
4) Jangan bandingkan isteri dengan orang lain.
5) Ringankan kerja isteri di rumah. Bukan melepaskan tanggungjawab kepada isteri semata-mata.
6) Jaga aib isteri.
7) Jangan mengutuk isteri anda.
8) Jangan bersepah dan pengotor.
9) Jika perlu membuat keputusan, dapatkan pendapat isteri. 

Tu serba sedikit yang aku baca. Baca pulak kisah Rasulullah sebagai pengajaran di SINI atau SINI

Moga bermanfaat.

4 comments :

noorhaidaz eyda said...

patut diamalkan oleh setiap pasangan ni... tq sharing

Siti Yang Menaip said...

Ya Allah smoga tak jumpa lelaki macam ni.. kena doa dari skrang.. jodoh yg baik.. beriman.. yg sama2 membimbing ke syurga.. kawen bukan utk shari dua.. moga kita dpt yg baik2..

Mizz Aiza said...

kak aiza pun geram dengan suami begitu.. langsung tak hargai isteri dan anggap isteri super woman yang mampu buat semua perkara dalam satu masa.. sepatutnya setiap suami bertoleransilah dengan isteri..

Eintan Nurfuzie said...

sebenarnya sama sama... peranan suami dan peranan isteri tu yg penting

Jom singgah blog : Nurfuzie.com
Jom singgah entry ni: Malaika Oil Produk Semulajadi terbaik untuk kulit
dan juga entry ini Tawaran Iklan Di Blog Cik EN serendah RM10

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol