Wednesday, September 30, 2015

Be Thankful :)

Always be thankful. The only way to find happiness is to appreciate what we have. Concentrate on it!

Tuesday, September 29, 2015

Monday, September 28, 2015

Adab Melayan Isteri

Pagi tadi, masa breakfast dengan ibu ayah, nampak pasangan suami isteri dengan anak kecik. Si suami muka ketat. Lepas tu nak sudu, suruh isteri ambik. Dia nak makan, isteri kena bangun ambik. Pastu suruh isteri bungkuskan makanan. Si anak pulak merengek nak mintak emaknya dokong. Si isteri kata "duduklah bawah. Macam mana mak nak ambik makanan kalau nak berdokong je."

Aku perhati reaksi si suami. Jadi tunggul kayu, tukang tengok je. Sepatah tak bersuara. At least bantulah isteri jaga anak sementara isteri pegi ambik makanan, atau offer diri untuk dia sendiri pegi ambik makanan. In case dia tak reti langsung jaga anak kan.

Pastu masa si isteri dah duduk, si suami suruh pegi ambikkan cucur bilis. Si isteri bangun, ambik pinggan. Tiba-tiba dengar si suami jerit dari tempat duduk "bungkus bungkus." Si isteri balas, "oh bungkus..." Lembutnya si isteri menjawab.

Aku? Dalam hati "lelaki tak guna!" Ya. Berdosa aku. Tapi tengok pada layanan si suami....serius aku tak respect dia. Aku tengok raut wajah isteri, aku doa supaya Allah kuatkan hati dia. Aku sebak bila tengok si isteri. Tak tahu kenapa tapi tiba-tiba perasaan tu muncul.
Wahai para suami, layanlah isteri anda dengan baik, lemah lembut. Tegur dan didiklah mereka dengan berhemah. Mereka bukan hamba anda. Mereka pendamping anda. Hargai mereka, sayangi dan cintai mereka.

Kat sini aku sertakan adab melayan isteri mengikut cara Rasulullah. Moga bermanfaat buat para suami di luar sana dan buat lelaki yang bakal bergelar suami suatu hari nanti. Juga buat si dia bakal suamiku, insyaALLAH...

1) Jangan buat tak tahu pabila isteri merajuk. Buang ego, minta maaf jika anda bersalah.
2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda. 
3) Beri perhatian ketika isteri bercakap. 
4) Jangan bandingkan isteri dengan orang lain.
5) Ringankan kerja isteri di rumah. Bukan melepaskan tanggungjawab kepada isteri semata-mata.
6) Jaga aib isteri.
7) Jangan mengutuk isteri anda.
8) Jangan bersepah dan pengotor.
9) Jika perlu membuat keputusan, dapatkan pendapat isteri. 

Tu serba sedikit yang aku baca. Baca pulak kisah Rasulullah sebagai pengajaran di SINI atau SINI

Moga bermanfaat.

Morning!


Saturday, September 26, 2015

Best ke Polis Evo? [Movie Review]

Aku adalah sejenis manusia yang kalau bab tengok wayang, aku prefer tengok cerita omputeh. Mind set aku, agak membazir habiskan duit untuk tengok cerita melayu kat panggung wayang. Gitu gini, jalan cerita klisye. Balik balik ending nya kita boleh jangka. Memang jauh la dari cerita omputeh. Boleh kira berapa kali je aku tengok movie melayu kat panggung wayang. Haha!

Tapi lately aku macam terpengaruh dengan cakap cakap orang sekeliling tentang kehebatan movie Polis Evo. Adik lelaki aku beria kata best padahal dia tak tengok pun lagi. Kengkawan semua pun kata best. So aku macam, ok lahhhh....why not kita try.
Jadinya hari ni aku dengan adik-adik keluar lah ke Wangsa Walk. Redeem tiket birthday & free tiket registration kad Movie Club hak milik adik perempuan aku yang sakit tu. Total kitorang dapat 4 tiket free dan 2 set air + popcorn. Hahaha! Jimat duit dah. 

To be honest expectation aku sangat tinggi. Yelah, dah orang dok kata best kan. Walaupun tiket free, aku tetap taknak buang masa tengok cerita yang tak best. 
Dekat 2 jam dalam panggung, serius weh, panggung wayang tu penuh dengan gelak ketawa. Terbahak-bahak memasing gelak. 

Bagi aku, filem ni penuh dengan aksi yang mendebarkan, cemas, lawak dan buat kita tertanya-tanya apa akan jadi lepas ni. Lakonan Zizan & Shaheizy Sam tersangatlah mantap! Diorang memang sesuai bergandingan. Tetiba aku rasa diorang smart dan hensem plak bila berlakon filem aksi camtu. Alahaiiii!

Filem ni highly recommended la. Penat keje, nak release tension dengan kawan-kawan, baru putus cinta tengah sedih tu kan, nak hiburkan hati kejap boleh try tengok movie ni. Berbaloi tengok movie melayu kali ni. Hehehe... Good job semua team Polis Evo!!! Movie melayu yang bertaraf antarabangsa! Tira kasi 10 bintang!! Ehh?! ;)

Friday, September 25, 2015

Simple Rules

Morning! Ada yang dah start kerja? Aku masih bercuti. Walaupun tak ke mana-mana tapi aku tetapppp nak cuti. Kehkeh! 

Stay motivated guys!

Wednesday, September 23, 2015

Salam Aidiladha!

Raya ni korang ke mana? Ramai yang balik kampung kan? Aku dengan family tak ke mana pun. Nak balik kampung pun susah sebab adik aku masih belum sihat. Nak berjalan jauh tak boleh since dia nak baring, kena luruskan kaki. Kalau duduk dalam kereta nanti lenguh kaki dia lagi susah. So ayah decide untuk tak balik kampung, kesian adik aku nanti. Cuma ibu ada ajak beraya rumah BFF beliau kat area Gombak jugak. Tu pun mungkin adik aku tak join. Yelah, kat rumah orang takkan nak baring pulak.

Korang yang balik kampung, take care. Drive safe. Salam Aidiladha semua! Selamat bercuti! ^^

Milkbooster


Puasa Hari Arafah

Selamat berpuasa bagi yang berpuasa. Moga segala amal ibadah diterima :)

Tuesday, September 22, 2015

I Wish!

Setuju tak? Siapa pernah rasa macam ni? Hihi! I wish I wish I wish! Berapa banyak I wish. :P

Beauty...

You're beautiful dear :)

Monday, September 21, 2015

Hello Monday

Haha! Macam ni lah aku hari ni, macam kena paksa pegi keje. Few things happened last week dan sedikit sebanyak mematahkan semangat aku. Mujur ada rakan sekerja dan si dia yang bagi kata-kata semangat. 

Lebih baik mencuba dari menyerah kalah. Pesan si dia. InsyaAllah getting better. Hari baru, semangat baru dan azam baru, insyaAllah. May Allah ease.

Friday, September 18, 2015

Semuanya Ketentuan-Nya

Pagi ni, si dia whatsapp aku, menyampaikan berita sedih. Isteri kepada rakan sekerja dia meninggal dunia secara mengejut. Katanya, rakannya tu bangun tidur lebih kurang jam 9.30 pagi dan nampak isteri kesayangan terbaring di ruang tamu. Kaku. Tak bernyawa.
Si dia agak sedih dan terkejut dengan perkhabaran dari whatsapp group. Sebab cerita si dia pada aku, masa dia duduk menyewa kat Wangsa Maju (kalau tak salah) dulu, dia dan housemate selalu makan kat rumah rakan sekerjanya tu. Arwah isterinya yang masak. Dan kadang-kadang arwah akan masak banyak-banyak, suruh si husband bawak pegi ofis untuk makan ramai-ramai. Mulianya hati arwah.....

Beratnya dugaan rakan si dia. Bayangkan malam sebelumnya makan, berbual dan tidur bersama, tapi bila bangun isteri dah tak ada. Allah! Kehilangan pasangan tercinta dalam sekelip mata, aku yakin bukan sesuatu yang mudah.

Si dia cakap, arwah baik, tak banyak cakap. Pendiam. InsyaALLAH arwah terhindar dari dosa mengumpat mengata. Aku nak mengenali arwah tapi dah terlambat. Aku stalk fb suaminya a.k.a. rakan si dia. Bahagianya mereka. Si suami bahagia dengan cara layanan isterinya tu. Walaupun bekerja, arwah akan masak sebelum ke ofis. Masakan yang simple tapi sedap bak kata suaminya :")

Semalam masih merasa air tangan si isteri, tapi hari ni???? Aku yakin pasti ada juadah terakhir sebagai breakfast untuk suami tersayang. Air tangan terakhir seorang isteri. Allah....

Aku tak kenal arwah, tapi aku sebak bila tengok gambar arwah. Lembutnya air muka arwah. Moga arwah tenang di sana. Diterima segala amal ibadah dan diampunkan segala dosa. Dan semoga suami arwah tabah hadapi dugaan dari Allah ni...

Itu bahagian dia. Bahagian kita? Bila dan bagaimana cara nyawa kita diambil? Semua ketentuan-Nya.

Alhamdulillah

Alhamdulillah.
Salam Jumaat semua :)

Thursday, September 17, 2015

Wednesday, September 16, 2015

Pengomen Tegar + Terajin

Ni sorang lagi pengomen tegar + setia + terajin bagi aku. Rajin betul AIMAN ARIF ni singgah blog aku, baca hasil nukilan aku dan tinggalkan komen. Bukan tu je, kat chat box pun dia rajin tinggalkan jejak. Terharu akak tau dik! Haha! (hakak lah sebab dia muda sangat, lahir tahun 1993. Eh?! Yeke?)

Thank you sesangat. Sekali komen hambek kau! Korang kalau nak tambah kenalan alam maya, bolehlah singgah blog Aiman ni. Klik nama dia kat atas tu k. Hasil nukilan dia pun best tau :) 

Happy Malaysia Day!


Tuesday, September 15, 2015

Anak Juga Ada Maruah

Perihal seseorang yang aku kenal, tak begitu rapat. Jiran aku sendiri. Nama diorang anak beranak tak pernah kami semua jiran-jiran yang lain tahu. Tapi yang pasti pakcik yang selalu berkopiah, pegi solat jemaah kat masjid, memang sangat menyakitkan hati. Dan....sebagai seorang bapa kepada anak-anak dia, personally bagi aku dia biadap!

Memaki hamun anak kat luar rumah, dengan ada orang sekeliling. "Tak guna, bodoh, bangang, otak letak kat lutut!"

Tu ke perkataan yang wajar disebut kepada anak-anak? Tambahan pulak si anak meningkat dewasa, masih bersekolah menengah. Jiwa tengah memberontak, dihidangkan pulak dengan perkataan macam tu. Jangan terkejut kalau esok lusa perangai anak tu jadi semacam je. Berkat doa si bapa.

Ayah aku geleng kepala dengar. Jiran sorang lagi, Cina..pun terkejut. "Ini olang cakap tarak tapis punya." Tu jiran Cina aku yang kata. Malunya bangsa Melayu, orang Islam, buat perangai macam tu.

Anak-anak pun ada maruah. Jangan marah, herdik, maki hamun mereka di khalayak ramai. Kesian diorang! Mesti diorang malu sangat sangat! Nanti kalau si bapa dah tua, anak tengking depan orang ramai, baru tahu langit tinggi ke rendah masa tu. 

Aku belum kawen, ada anak jauh sekali. Mungkin aku bukan orang yang layak menegur. Tapi apa yang aku boleh share, aku share. Jadikan iktibar dan pengajaran. 

Tuesday Quotes

Tanamkan sikap suka dan cinta dengan apa jua yang kita lakukan, as long as benda tu baik, beri manfaat, love it! Hari ni, azam kuat-kuat dalam hati, jangan mengeluh dengan kerja-kerja yang kita kena buat. Niatkan kerana Allah, cari rezeki untuk keluarga tercinta, insyaALLAH mudah-mudahan segalanya dipermudahkan :) Salam Selasa semua! Esok cuti yeay!

Monday, September 14, 2015

Nuffnang

Heee~~~ada yang tanya kenapa aku tak letak iklan Nuffnang kat blog, boleh tambah side income. Bukan taknak, tapi aku selalu terlupa nak bukak dan update apa yang patut kat Nuffnang tu. Dah 2 kali aku try letak iklan, tapi gitu je lah. Tak update ke hape. Last last aku fedup dengan diri sendiri. Kahkah! Terus remove je ruangan untuk iklan. 

Lagipun aku blogging suka-suka. Memang sejenis manusia yang suka menaip. Sharing itu ini. So blog ni kira betul-betul online diary lah, tanpa sebarang iklan. Hehe...

Lelaki Macam Ayah

Kalau tanya perempuan kat luar sana tentang ciri-ciri lelaki idaman, mesti rata-rata akan jawab "nak lelaki macam ayah aku."

Sebab bagi perempuan, ayah diorang adalah yang terbaik, hero sepanjang zaman diorang. Lebih hebat dari Superman, Batman, Ultraman dan segala man yang lain. Haha! Samalah macam aku pun. Aku nak suami yang kalau tak semua pun, ada sikit ciri-ciri yang sama macam ayah. 

Ayah...ibu masak, ayah tukang sental periuk. Ayah cuci pinggan. Lepas makan ayah lap meja. Ayah yang ajar aku cara yang betul lipat kain baju. Kalau rumah berhabuk sikit ibu tak sempat sapu, ayah akan sapu atau kutip habuk-habuk tu.

Ayah tak pernah mintak kitorang buatkan air untuk beliau. Kat rumah ayah minum air masak je. Tugas ibu jadi mudah sebab ayah. Ibu selalu cerita masa kitorang kecik, ayah selalu tukarkan pampers kitorang, bancuhkan susu. Semua kerja ayah boleh buat. 

Kalau diizinkan Allah, bakal suami aku pun akan ada ciri-ciri ni. Bukan senang nak jumpa lelaki macam ni sekarang. Moga si dia rajin dan ringan tulang sama macam ayah. InsyaALLAH :) Kalau pemalas, semua benda tak boleh buat takpe, ayah aku ada. Aku suruh ayah ajar menantu dia. Hahahah! So awak, watch out!

Happy Monday!


Sunday, September 13, 2015

Update Malam Minggu

Hye! Sambil tengok Running Man, aku BW kejap, balas kunjungan pengomen tegar. Thank you semua yang sudi singgah blof tak seberapa ni. Rajin korang komen :) Nanti komen bebanyak lagi ok. Haha!
Selamat berhujung minggu!

Friday, September 11, 2015

Chantek - Altimet ft. Adeep

Pagi tadi dengar lagu ni, baru teringat yang dah lama sangat aku tak dengar lagu ni. Antara lagu favorite aku jugak. Lagu penghargaan seorang lelaki buat isterinya. :)

Salam Jumaat

Salam Jumaat wahai bakal ahli syurga sekalian. ^^ Teruskan bersemangat untuk kerja hari ni walaupun aku tau dalam kepala otak memasing dah fikir plan untuk esok. Kan? Hahah! 

Hari ni aku kena ke stor ofis kat Rawang. Tengok apa yang patut. Ingatkan Iqbal je kena pegi sekali malam semalam Manager aku whatsapp suruh pegi sekali. Alahaiii. Tapi ok lah jugak sebab aku tak pernah tengok stor kat sana. Dengar kata tu ofis Directors zaman dulu kala. Kehkeh! 

Esok takda plan pun. Rest kat ruamh, kemas bilik, cuci toilet. Kalau si cinonet Iman datang, main-main dengan dia je lah.

Have a wonderful Friday guys!

Thursday, September 10, 2015

Every Picture Tells a Story

Setiap gambar ada cerita tersendiri. Jangan mudah tafsirkan sesuatu hanya dengan sekeping gambar. Bak kata seorang rakan, 1 gambar ada 1001 cerita.

Aku ambil contoh paling mudah, sikap kita yang suka tafsirkan sesuatu melalui sekeping gambar. Kadang-kadang sampai boleh timbulkan fitnah dan mengaibkan. Tengok di fb masing-masing. Mesti pernah tengok orang upload gambar anak muda atau sesiapa je duduk di seat LRT/bas, dan di tepi orang tu ada ibu mengandung, ibu yang sedang dokong budak kecik, orang tua atau orang buta. Biasanya caption gambar-gambar macam ni tak pernahnya positif. Mesti caci maki dan hinaan yang dibagi.

Tapi pernah tak kita terfikir, mungkin orang yang duduk tu dah offer seat tu tapi mungkin ibu mengandung/orang tua/orang buta tu yang taknak duduk. Pernah fikir macam tu tak?

Orang-orang macam ni, suka snap gambar lepas tu upload, dengan niat jadi viral. Suka la tu dapat banyak like dan share dengan fitnah semata. Kadang aku terfikir, si tukang snap ni, ada tegur tak orang yang duduk tu kalau betul dia bertangggungjawab. Tanya secara baik, atau mintak dengan penuh berhemah untuk orang tu bagi seat dia pada yang lebih memerlukan. Kalau kita tegur dengan baik, rasanya orang tu pun ok kot. Lainlah kalau kau dah tegur tapi dia maki hamun kau.

Dan kita sebagai pembaca pulak, jangan mudah jatuhkan hukuman. Entah betul entah tak apa yang kita baca tu.

Kalau kita positif, maka perkara pertama dalam fikiran kita akan jadi positif. Tapi kalau tak, yang negatif sesaje lah dalam otak tu.

Zikir Khamis


Wednesday, September 9, 2015

I Lay My Love On You

One of my favorite song from my forever favorite group. Anyone love Westlife too?

Motivasi Pagi

Jangan takut melakukan kesalahan. Kesalahan membuktikan bahawa anda mencuba! Mana lebih teruk? Mencuba dan gagal atau gagal tanpa mencuba? Renungkan.

Happy Wednesday!

Tuesday, September 8, 2015

Tips Solat Awal Waktu

Ni tips dari aku. Sama-sama kita muhasabah diri dan lakukan perubahan. Aku pun kadang-kadang solat lewat jugak. Jadi ni masanya untuk kita belajar, mulakan dan seterusnya istiqamah. 

#1 - Paksa diri dari lakukan apa je kerja yang kita tengah buat bila azan berkumandang. Berhenti dan bangun! Terus menuju ke surau/masjid.

#2 - Latih diri solat di awal waktu selama beberapa minggu. Memula mungkin ada yang rasa malas, terpaksa, tapi lama-lama bila saje solat lewat, korang akan rasa lain sesangat.

#3 - Set alarm bebanyak kat handphone. Apa guna pakai phone mahal-mahal. Phone canggih bro! Gunakan semaksima mungkin. Macam waktu Zuhur contohnya, set alarm yang akan repeat setiap 5 minit. Bila korang dah bangun dan ready nak solat, off kan alarm tu.

#4 - Tampal nota di meja kerja. Kalau kat rumah tampal nota kat depan cermin, almari dan dinding. Tulis besar gedabak niat korang untuk solat awal waktu.

#5 - Berkawan dengan orang-orang yang suka solat awal. Automatik korang akan terikut, Kalau ada kawan yang lagi 10minit nak masuk Asar baru terhegeh-hegeh nak solat Zuhur, janganlah pulaukan dia pulak. Kawan je macam biasa tp at the same time selalu ajak dia untuk sama-sama solat awal.

#6 - Ingat mati. Yang ni paling mudah. Cuma fikir "kalau aku solat lambat, buatnya kejap lagi aku mati..." Ni kira paling simple lah.

Senang kan? Korang kalau ada apa-apa tips lagi boleh share kat ruangan komen. Nanti aku edit post ni dan credit pada korang. InsyaALLAH banyak manfaat untuk yang membaca dan amalkan.

Selamat beramal!

Monday, September 7, 2015

Tukar blogspot.my ke blogspot.com

2 hari lepas terkejut aku tengok url blog aku berubah tetiba. Dari blogspot.com jadi blogspot.my. Memula tu aku macam ok je lah sebab ni memang perubahan yang dibuat oleh pihak blogspot sendiri. Tapi entah macam mana aku rasa blogspot.my tu tak lawa, takda umph! Eceh!

So aku pun godek lah google. Cari tutorial. Nasib jumpa, lelaju aku tukar. So sekarang url aku kembali kepada asal. Yeay! Cer korang try google. Tak pun ambik link kat bawah ni.


Ada blogger yang dah berdepan masalah macam blog tak boleh bukak, blog dia kena block dengan kerajaan Malaysia atas alasan penapisan isi kandungan, dll. So better tukar je pada asal kot. Wallahualam.

Lunch Apa Hari Ni?

Hye! Korang lunch apa hari ni? Aku free selama sejam sebab lunch hour. Hihi! Puasa ganti hari ni, jadinya kita duduk kat ofis ajelah ye. Tapi tengah menahan nafsu sebab bau macam lauk masak tempoyak dari pantry. Kehkeh! 

Mulakan dengan bismillah, akhiri dengan alhamdulillah. Enjoy your lunch! ;)

Monday Morning Quotes


BROOCH Mini Giveaway

Jemput join ye semua!
:)

Sunday, September 6, 2015

Friday, September 4, 2015

I'm Not Good Enough

I am not good enough. Tu je perlu korang tahu. Even aku up entri motivasi, positivity, dan keagamaan, tu tak bermaksud aku terlalu bagus, baik dan beriman. Aku up entri macam tu supaya one day bila aku baca balik blog aku (yup! aku peminat no.1 blog aku sendiri. bahahaha!!) aku puas hati sebab aku spread positive vibes, ingatkan orang tentang agama, jalankan tanggungjawab aku untuk menasihati. Dan paling penting, semua yang positif dan baik-baik, insyaALLAH bekalan akhirat aku. Kalau korang baca dan amalkan, dah dapat sedikit pahala untuk aku. InsyaALLAH :)

Jadi korang pun boleh buat macam ni. Tulis yang baik-baik dan jadikan tulisan korang tu sebagai iktibar, nasihat dan peringatan untuk diri sendiri. Boleh?? ^^

Salam Jumaat

Salam sayyidul ayyam :)

Thursday, September 3, 2015

Wednesday, September 2, 2015

Picky Eater

Picky eater selalu dikaitkan dengan kanak-kanak. Tapi bagi aku, ada jugak orang dewasa boleh digelar sebagai picky eater. Tapi berbeza sikit dari kanak-kanak. Kalau bebudak, diorang nak ayam je takmau sayur, takmau buah. Tapi orang dewasa ni, nak makanan sedap je. Kalau tak sedap, komplen itu ini, beria mengutuk tukang masak. Haaa....ni istilah 'picky eater' bagi aku. Sorry kalau ada yang terasa ye. Ni hakikat.

Aku jumpa ramai orang yang memilih sangat. Depan mata aku, seseorang yang aku kenal rapat makan nasi lemak, disebabkan tak sedap katanya, terus dikeluarkan apa yang ada dalam mulut, dan buang nasi lemak tu. Allah! Bergenang air mata aku.

Ada juga yang mulut tak berhenti komplen pasal makanan yang tak sedap. Itu tak kena, ini tak kena. Kononnya dia high taste.

Pernah tak kita terfikir...berapa ramai manusia kat bumi Allah ni yang tak mampu even nak beli sekeping roti sekalipun. Nak dapat segelas air pun susah yang amat! Kita yang dapat makan hari-hari, pun nak komplen macam-macam.

Sifat manusia, ada je yang tak puas. Dah dapat 1, nak 2. Dah dapat 2, nak 3. Tapi pepandai lah guna akal. Jangan ikut nafsu. Kalau ikut nafsu, memang kita takkan pernah puas dengan apa yang kita ada. Personally, aku seorang yang tak memilih sangat. Bagi aku, makanan yang aku makan either sedap, tak sedap atau boleh lah/ok. Tapi jarang sangat aku cakap makanan tak sedap melainkan memang tak sedap langsung. Kalau makan ayam masak kicap tapi rasa ayam goreng, ha baru aku kata tak sedap. Haha! Bila tak sedap, aku tetap cuba habiskan makanan tu. Beli guna duit oi! Kalau guna daun kering tepi jalan takpelah kau nak membazir.

Mungkin ada yang kata, kita ada duit so kita berhak demand. Ya..faham. Betul. Tapi jangan melampau. Kalau taknak makan semata-mata sebab tak sedap, dah kenapa. Kau kaya sangat eh? Esok kalau Allah tarik nikmat tu, baru lah kau rasa nasi campur air garam tu sedap. Get it??

Aku ni, semua orang kata Ani Sup Utara kat Sri Gombak tu tak sedap, tapi bagi aku sedap je. Asalkan rasa sup, cukup rasa dah ok dah bagi aku. Haaa....bertuah bakal husband aku. Senang bagi makan kat aku ni, kehkeh!!

Better Than...

Happy Wednesday!
:)

Tuesday, September 1, 2015

Positive Thoughts


Good Job, Sister ^^

Aku selalu dinner dengan adik-adik, sebab ibu ayah having their dinner at 6.30pm. So dinner ni boleh dikatakan siblings time lah. Kitorang share macam-macam cerita. Dan biasanya time ni aku akan update cerita dari adik-adik. How's school, how's your work, how's your study..and lots of 'how'..hihi! Since aku ada 3 adik perempuan dan sorang adik lelaki, memang havoc! Memasing nak cerita itu ini. Gelak ketawa sama-sama. What a precious moment..kan? :)

Semalam salah sorang adik perempuan aku, yang baru further study kat UM bercerita perihal kawan-kawan dia. Haih! Aku mengeluh bila dengar. Sebab? Budak muda remaja, perempuan, sakan berjalan sana sini. Ajak pegi A Famosa, nak travel ke Terengganu..hmm....Maybe akan ada antara korang yang kata "kuno nya kau ni, biarlah diorang nak travel, ni lah masanya. Nanti dah keje susah nak curi masa pegi sana sini."

Guess what. Aku adik-beradik tak membesar dalam suasana 'bebas'. Nak pegi mana-mana kena mintak izin ibu ayah. Dan aku, first time ada handphone lepas SPM. Start berjalan ke mana-mana without ibu ayah masa kat matriks. Itupun aku still mintak izin. Even sampai sekarang, aku masih mintak izin untuk keluar berjalan. Kuno kan? Ada aku kisah?

Aku bersyukur bila adik aku kata "diorang sibuk nak berjalan, study entah ke mana. Diorang tak fikir ke pasal mak ayah diorang. Loan tak masuk lagi, bila nak duit mintak mak ayah bank in. Baru 1st sem dah berjalan sakan. Nanti dah lama-lama, pokai." Dan dia kata lagi "kita nak mintak duit kat ibu ayah pun, kita segan. Diorang selamba je mintak."

Dari cara dia cakap, aku tahu yang dia peduli dan ambik tahu tentang kesusahan ibu ayah aku mencari rezeki, tu je dah cukup buat aku happy ^_^ Family aku bukanlah susah. Nak berjalan, nak makan apa-apa, alhamdulillah masih mampu. Kalau ikutkan boleh je kalau dia nak mintak duit kakak-kakak & abang-abang dia, tapi kenapa tak? Sebab dia tahu limit dia..dia tahu erti susah. Dia tahu betapa susah ibu, ayah, kakak & abang dia cari rezeki.

Dia kata, kawan-kawan dia komplen bila dia taknak join. Tapi dia tak kisah. Kalau nak main bowling, pegi karok, window shopping, dia boleh join. Tapi kalau travel sana sini, dia memang taknak join. Dan aku diam tunggu apa dia nak kata lagi. "Kita tak kisah pun apa diorang nak kata. Kita taknak, taknak lah." :)

Alhamdulillah, she matured enough. Bukan senang budak muda nak pedulikan apa orang kata.
Aku bersyukur sebab adik-adik bukan jenis meminta-minta. Diorang tahu limit masing-masing. Kitorang memang dah diajar erti kesusahan. Untuk sampai ke tahap sekarang, bukan mudah. Dari menyewa rumah flat sampailah dah mampu ada rumah sendiri. Dari ibu ayah sama-sama bekerja cari rezeki sampailah ibu boleh berhenti kerja bila ayah dah mampu tanggung semua. Dari situ kitorang adik-beradik belajar susahnya hidup. Jadi untuk mintak duit ibu ayah semata-mata nak enjoy dengan kawan-kawan, memang tak sampai hati. Apa ibu ayah bagi, itu yang kitorang terima.

Walaupun adik aku tu baru 18 tahun, bila dia tak peduli apa orang kata, tak terpengaruh dengan cara hidup kawan-kawan dia, dah cukup buat aku sebagai seorang kakak happy.

Happy Tuesday :)

Happy Tuesday!
It's time to get back to work dude! Have a great day ;)
 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol