Thursday, August 13, 2015

Resepi: Udang Goreng Kari

Ni salah 1 resepi simple yang aku masak. Aku memang jenis suka masak makanan simple je, senang! Bahan-bahan pun memang dah ada kat rumah. So layannnn~~~

Bahan-bahan:
Udang
Serbuk kari (ikut suka serbuk kari ayam/ikan. Bancuh dengan air.)
Cili boh (aku blend sendiri cili kering)
Bawang besar
Bawang putih
Minyak masak

Cara-cara:
1) Tumis bawang putih + bawang besar yang dihiris halus.
2) Masukkan cili boh sesudu dua. Tumis sampai cili masak.
3) Masukkan serbuk kari yang dah dibancuh air tadi. Agak-agak je banyak mana.
4) Biar kan bahan-bahan tadi sampai masak. Masukkan sikit air. Biar lagi sampai kering sikit. (Kalau nak berkuah sikit, air tu masukkan lebih sikit, pastu jangan biar kering sangat)
5) Masukkan udang. Bila udang dah kemerahan, terus angkat. Udang tak perlu masak lama-lama. Sebab cepat masak kan...
Siap! Selamat mencuba!

5 comments :

Kakzakie said...

Hmm... memang sedap ni
Kalau kena lapar mahu 2 pinggan nasi:)

Aisya Ahamad said...

Nasib baik takleh makan udang. Kalau tak sekarang jugak nk buat! Hehehe

Lieya Von Jay said...

nampak sedapppp :) meleleh ayaq liuq kikiki

Siti Yang Menaip said...

makan ngan nasik panas !! meeeeow hahaha..

sya mimie said...

Nyumnyummmm..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol