Tuesday, August 4, 2015

Resepi Mudah: Sayur Campur Goreng

Sayur ni aku masak untuk adik-adik hari tu. Sayur campur goreng bodo aku panggil. Haha! Sebab memang sangat simple, takda rencah, tapi sedap! Jom nak share resepi ;)
Bahan-bahan:
Carrot (potong nipis)
Kacang buncis (potong serong)
Kubis bunga
Cili boh
Bawang putih (dihiris)
Bawang merah (dihiris)
Minyak masak
Air
Garam
Cara-cara:
1) Panaskan minyak. Tumis bawang putih + bawang merah.
2) Masukkan sesudu cili boh.
3) Biarkan cili garing.
4) Masukkan semua sayur kat atas tadi.
5) Tambah sedikit air. Ikut korang la nak banyak mana, nak berkuah sikit letak banyak air.
6) Tambah garam secukup rasa. Tunggu sampai sayur-sayur tadi empuk sikit.

Siap!!! Selamat menjamu selera.

4 comments :

Fatihah Fazlin said...

kadang yang campak campak tu yang sedap....

Fatihah Fazlin said...

kadang yang campak campak tu yang sedap....

Cik Yaya said...

mudah tp mslh nye slalu dtg pyakit 'm' hahaha

sya mimie said...

Sdap tu..

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol