Thursday, August 20, 2015

Resepi: Kuih Cek Mek Molek

Ok aku tahu rupa kuih aku buat ni tak berapa lawa. Saiz pun tak istiqamah. Tapi rasa sedap hokeh! Jangan pandang sebelah mata. Walaupun rupa tak seberapa tapi rasanya yummy sangat! Habis tau kuih ni aku buat. 2 pinggan habis ;)
Bahan-bahan:
Ubi keledek 
Tepung gandum
Gula pasir
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1) Rebus ubi keledek sampai empuk. Bila dah empuk, lenyekkan.
2) Campur tepung gandum pada ubi yang dah dilenyek tadi. Agak-agak je, kalau nak sedap jangan letak banyak tepung.
3) Bentukkan ubi, pastu letak gula pasir kat tengah-tengah. Bentukkan balik comel-comel.
4) Goreng dalam minyak yang panas.
Taraaa!!! Dah siap! 

2 comments :

Farrah MF said...

Memang sedap kuih ni. Akak selalu tak cukup kalau seketul :)

Cik Yaya said...

salam =)

wahh cedap..buat sdri? untunglaa pndaiii ^,^

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol