Tuesday, August 25, 2015

Cinta Hatiku...UIAM

2 tahun dia matrikulasi UIA, 4 tahun di main campus, Gombak...pengalaman bermakna dan terindah dalam hidup aku. Sekejap masa berlalu. Dah 3 tahun aku tinggalkan zaman belajar, dan selama tempoh tu jugak aku merindui saat-saat di sana. 

Bagi aku UIA merupakan rumah kedua aku. Banyak masa dihabiskan di sana. Kini, aku rindukan detik berjalan kaki ke kelas, stay up untuk siapkan assignment & study for quizzes, test and final exam. Aku rindu dengan kawan-kawan hebat yang aku kenali di sana. Dan aku rindukan azan, culture dan environment di UIA. 

Di UIA, aku kenal sahabat yang bertudung labuh, elok akhlaknya, baik budi pekertinya, sentiasa menjaga solat & aurat...Zaman sekolah? Susahnya nak jumpa muslimat macam ni. Malihah, Shazanan, Aida, Hamidah...mereka di antaranya. Setiap tutur kata mereka dijaga sempurna. Tak pernah aku dengar mereka sebut waima perkataan 'bodoh' sekalipun! 

Aku rindu setiap subjek yang diselitkan Islamic perspective di dalamnya. Setiap apa yang kami pelajari, pasti ada Islamic perspective dibincangkan. Dalam presentation pun wajib ada. Aku rindu ke kelas halaqah, fardhu ain, kelas Arab. Aku rindu mengaji dalam kelas. Ustaz/ustazah akan suruh setiap student baca sorang satu ayat dan bacaan serta tajwid kami akan dibetulkan. Dalam kelas halaqah, aku rindu perbincangan tentang topik-topik Islamic. Kami tinggalkan politik, duniawi, kami bincangkan tentang dosa, pahala, syurga, neraka, dan hari akhirat. 

Setiap hari Jumaat, aku rindu suasananya. Para muslimin berpusu-pusu ke masjid Sultan Haji Ahmad Shah atau lebih dikenali dikalangan kami dengan nama SHAH mosque. Bila azan Zohor berkumandang, segala urusan jual beli dihentikan. Walaupun kami para muslimat nak beli sepinggan nasi, tak dibenarkan. Cafe tutup, kalau ada bahagian jualan jubah, brooch, dll juga dihentikan. Semuanya demi menghormati solat Jumaat yang bakal didirikan. Dan di UIA jugak kali pertama aku lihat para muslimat juga mengerjakan solat Jumaat..

Aku betul-betul rindu dengan The Garden of Knowledge & Virtue ni....Adakala aku akan lalu di depan UIA, dan hati aku jadi sebak. Mengenangkan betapa banyak kenangan indah aku di situ. Allahuakbar...kat mana lagi aku nak kutip pengalaman manis sama macam di UIA??? 

Banyak lagi..terlalu banyak keindahan UIAM. Walaupun bukan di ranking tertinggi, UIAM memberi impak yang sangat besar pada para pelajar. InsyaALLAH akan aku kongsikan lagi nanti. I miss you IIUM :')

4 comments :

Lieya Von Jay said...

sama lah dik.. kak pon salu rindu zaman belajq

Farrah MF said...

Kenangan dan memori semasa belajar memang antara yang terindah.
Rindu main hall tak?

Cikna said...

Skunk ni urusan jual beli xkira masa, selagi m'dtg'kn duit xpk bende lain dh....

Cik Yaya said...

rindu kannnn ^_^

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol