Saturday, August 22, 2015

Beruntungnya Jadi Wanita Yang Tak Cantik

Alhamdulillah. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Aku akui aku memang bukan perempuan cantik yang jadi pujaan ramai lelaki. Dan aku pun bukan ada badan cantik dan slim yang lelaki gilakan. Badan aku macam mak orang. Haha! Kadang-kadang aku down jugak, yelah...terfikir kenapa aku tak cantik. Haaa!! Perangai ni jangan ikut.

Sebenarnya tak patut pun nak down bagai. Si dia selalu pesan, redha, syukur selalu. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Perempuan kan, tengok kaum sejenis lawa, kurus, macam model, mula lah hati terdetik nak macam tu jugak. Tapi pepandai lah kawal. Jangan ikutkan sangat hati tu. Nanti takut jadi timbul sikap tak bersyukur pulak.

Kebetulan petang tadi aku terbaca hasil tulisan seorang blogger terkenal. Jom sama-sama baca http://www.akupenghibur.com/2013/11/kamu-sangat-beruntung-kerana-menjadi.html
Lepas baca ni, aku jadi lebih bersyukur sebab tak tergolong dalam kategori perempuan cantik menarik tertarik kebabom! Hihi...alhamdulillah. Ni kelebihan yang aku ada :) Syukur...

Jadi wahai para wanita sekalian, tak kisahlah kita cantik ke tak, masing-masing ada kelebihan dan kelemahan sendiri. Yang cantik, jangan riak. Yang kurang cantik, teruskan bersyukur ok. Chill! 


3 comments :

beat said...

semua 2 Allah nk uji....

Tasha Aqisha said...

cantik tu subjektif... rupa paras bukan pengukur kecantikan seseorang.. apa yang menjadikan wanita itu cantik adalah akhlaknya...

Cik Yaya said...

ishhh
mana ade..xbek tau kata cmtu..
semua wanita/perempuan Allah jadikan cantik tau..
yg penting cntik dalaman..bukn luaran ^_^

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol