Monday, August 31, 2015

Selamat Hari Merdeka!

I pray to Allah....moga Malaysia dijauhkan dari musibah, malapetaka dan pemimpin yang zalim. Lately, terlalu banyak konflik dalam negara yang kita cintai ni. Moga kebenaran terbongkar sikit masa lagi. Apa jugak yang berlaku, Allah Maha Mengetahui. 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN RAKYAT MALAYSIA SEKALIAN!

Friday, August 28, 2015

Happy Holiday!

Finally....weekend yang sedikit panjang dah tiba. Cuti 3 hari beb! Cuti merdeka! Hehe...I'm so excited!! Sebab dapat rest, dapat spend time with family. Yeay!!! 
Since Thursday, jalan lengang sikit. Mungkin ramai yang dah balik kampung. Pada sesiapa yang baru nak balik kampung, moga perjalanan korang diberkati dan dilindungi Allah. Jangan lupa baca doa naik kenderaan tau. Yang tak balik kampung, mesti dah ada plan kan? As for me, I'll attend wedding insyaALLAH...
Happy holiday guys!

My Motivation

Berapa ramai antara kita yang nak buat sesuatu dengan bersungguh? Give more, put more efforts. Tapi berapa ramai pulak yang berhenti separuh jalan sebab "nanti apa orang kata"

For me, as long as you don't disturb others, annoyed others, do something bad, involve with others work, then just go on! Jangan sebab kau nak give more, kau masuk campur kerja orang lain. Tu dah salah. Selagi kau tak menyakiti & menyusahkan orang, then proceed je lah. Peduli apa orang nak kata.

Thursday, August 27, 2015

Keep Smiling

Yes you are! Keep smiling guys!
Happy Thursday :)

Wednesday, August 26, 2015

Tuesday, August 25, 2015

Cinta Hatiku...UIAM

2 tahun dia matrikulasi UIA, 4 tahun di main campus, Gombak...pengalaman bermakna dan terindah dalam hidup aku. Sekejap masa berlalu. Dah 3 tahun aku tinggalkan zaman belajar, dan selama tempoh tu jugak aku merindui saat-saat di sana. 

Bagi aku UIA merupakan rumah kedua aku. Banyak masa dihabiskan di sana. Kini, aku rindukan detik berjalan kaki ke kelas, stay up untuk siapkan assignment & study for quizzes, test and final exam. Aku rindu dengan kawan-kawan hebat yang aku kenali di sana. Dan aku rindukan azan, culture dan environment di UIA. 

Di UIA, aku kenal sahabat yang bertudung labuh, elok akhlaknya, baik budi pekertinya, sentiasa menjaga solat & aurat...Zaman sekolah? Susahnya nak jumpa muslimat macam ni. Malihah, Shazanan, Aida, Hamidah...mereka di antaranya. Setiap tutur kata mereka dijaga sempurna. Tak pernah aku dengar mereka sebut waima perkataan 'bodoh' sekalipun! 

Aku rindu setiap subjek yang diselitkan Islamic perspective di dalamnya. Setiap apa yang kami pelajari, pasti ada Islamic perspective dibincangkan. Dalam presentation pun wajib ada. Aku rindu ke kelas halaqah, fardhu ain, kelas Arab. Aku rindu mengaji dalam kelas. Ustaz/ustazah akan suruh setiap student baca sorang satu ayat dan bacaan serta tajwid kami akan dibetulkan. Dalam kelas halaqah, aku rindu perbincangan tentang topik-topik Islamic. Kami tinggalkan politik, duniawi, kami bincangkan tentang dosa, pahala, syurga, neraka, dan hari akhirat. 

Setiap hari Jumaat, aku rindu suasananya. Para muslimin berpusu-pusu ke masjid Sultan Haji Ahmad Shah atau lebih dikenali dikalangan kami dengan nama SHAH mosque. Bila azan Zohor berkumandang, segala urusan jual beli dihentikan. Walaupun kami para muslimat nak beli sepinggan nasi, tak dibenarkan. Cafe tutup, kalau ada bahagian jualan jubah, brooch, dll juga dihentikan. Semuanya demi menghormati solat Jumaat yang bakal didirikan. Dan di UIA jugak kali pertama aku lihat para muslimat juga mengerjakan solat Jumaat..

Aku betul-betul rindu dengan The Garden of Knowledge & Virtue ni....Adakala aku akan lalu di depan UIA, dan hati aku jadi sebak. Mengenangkan betapa banyak kenangan indah aku di situ. Allahuakbar...kat mana lagi aku nak kutip pengalaman manis sama macam di UIA??? 

Banyak lagi..terlalu banyak keindahan UIAM. Walaupun bukan di ranking tertinggi, UIAM memberi impak yang sangat besar pada para pelajar. InsyaALLAH akan aku kongsikan lagi nanti. I miss you IIUM :')

Monday, August 24, 2015

Salam Isnin

Lumrah. Kalau ada mulut-mulut puaka yang sibuk bercakap negatif tentang korang, abaikan. Anggaplah mereka umpama anjing yang suka menyalak. Jangan lawan, jangan balas. Biarkan. Nanti kalau diorang letih, diorang akan senyap sendiri. Kalau korang sama ikut menyalak, nanti korang pun termasuk dalam kategori tu. Jadi pedulikan apa orang nak kata. 

Chill! Salam Isnin!

Saturday, August 22, 2015

Beruntungnya Jadi Wanita Yang Tak Cantik

Alhamdulillah. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Aku akui aku memang bukan perempuan cantik yang jadi pujaan ramai lelaki. Dan aku pun bukan ada badan cantik dan slim yang lelaki gilakan. Badan aku macam mak orang. Haha! Kadang-kadang aku down jugak, yelah...terfikir kenapa aku tak cantik. Haaa!! Perangai ni jangan ikut.

Sebenarnya tak patut pun nak down bagai. Si dia selalu pesan, redha, syukur selalu. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Perempuan kan, tengok kaum sejenis lawa, kurus, macam model, mula lah hati terdetik nak macam tu jugak. Tapi pepandai lah kawal. Jangan ikutkan sangat hati tu. Nanti takut jadi timbul sikap tak bersyukur pulak.

Kebetulan petang tadi aku terbaca hasil tulisan seorang blogger terkenal. Jom sama-sama baca http://www.akupenghibur.com/2013/11/kamu-sangat-beruntung-kerana-menjadi.html
Lepas baca ni, aku jadi lebih bersyukur sebab tak tergolong dalam kategori perempuan cantik menarik tertarik kebabom! Hihi...alhamdulillah. Ni kelebihan yang aku ada :) Syukur...

Jadi wahai para wanita sekalian, tak kisahlah kita cantik ke tak, masing-masing ada kelebihan dan kelemahan sendiri. Yang cantik, jangan riak. Yang kurang cantik, teruskan bersyukur ok. Chill! 


Pretty Boy - M2M

Lagu zaman matriks. Roommate aku suka sangat nyanyi lagu ni. Time tu bodoh english, so mampu dengar je. Sekarang dah pandai sikittttttttt jeeeeeee boleh lah hafal sesikit dan menggamit kenangan matriks :)

Friday, August 21, 2015

Thursday, August 20, 2015

Resepi: Kuih Cek Mek Molek

Ok aku tahu rupa kuih aku buat ni tak berapa lawa. Saiz pun tak istiqamah. Tapi rasa sedap hokeh! Jangan pandang sebelah mata. Walaupun rupa tak seberapa tapi rasanya yummy sangat! Habis tau kuih ni aku buat. 2 pinggan habis ;)
Bahan-bahan:
Ubi keledek 
Tepung gandum
Gula pasir
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1) Rebus ubi keledek sampai empuk. Bila dah empuk, lenyekkan.
2) Campur tepung gandum pada ubi yang dah dilenyek tadi. Agak-agak je, kalau nak sedap jangan letak banyak tepung.
3) Bentukkan ubi, pastu letak gula pasir kat tengah-tengah. Bentukkan balik comel-comel.
4) Goreng dalam minyak yang panas.
Taraaa!!! Dah siap! 

Titipan Ikhlas Dari si dia...

Ni pesanan, nasihat dan titipan khas dari si dia...
Jom usaha perbaiki diri agar tak tergolong dalam golongan di atas :)

Monday, August 17, 2015

Korean Dessert - Bingsu & Injeolmi

Saje lah pepagi ni nak menggamit selera korang. Ahakss!! Dalam entri INI aku ada bercerita pasal Korean dessert yang jadi kegemaran aku & adik-adik. Dan aku ada sebut nak bawak ibu pulak kan. So semalam hajat tu tertunai ;)
Yum yum!! As expected, ayah memang tak layan benda gini. Kitorang pekena dessert, ayah pegi restoran Mee Tarik kat sebelah. Sedapppp! Ibu suka, adik-adik suka. Yeah!

Friday, August 14, 2015

Durian??? Thank you

Sekarang musim durian kan? Berlonggok durian tepi jalan orang jual, merata buat jualan murah makan sampai muntah. Hehe!

Aku? Durian? Sorry. Thank you. Aku geram je tengok durian tapi tak boleh makan. Asma weh!!! Maunya aku menggagau cari inhaler. Memula dulu teringin lah jugak nak makan tapi takdalah sampai tahap kempunan. Sekarang aku rilek je. Tengok je orang makan. Dah takda apa-apa perasaan sebab dah terbiasa mungkin ;)

Busy Time!

Pheww!! Hari ni tak dan nak update blog. Ni lah baru berkesempatan. Busy busy busy! Audit time! Ni dah habis lega lah jugak even aku tak terlibat sangat, tapi prepare report dan file untuk department aku sensorang adalah sangat mencabar okeh. Ok nak BW dan join pape segmen yang menarik. Tata!

Thursday, August 13, 2015

Resepi: Udang Goreng Kari

Ni salah 1 resepi simple yang aku masak. Aku memang jenis suka masak makanan simple je, senang! Bahan-bahan pun memang dah ada kat rumah. So layannnn~~~

Bahan-bahan:
Udang
Serbuk kari (ikut suka serbuk kari ayam/ikan. Bancuh dengan air.)
Cili boh (aku blend sendiri cili kering)
Bawang besar
Bawang putih
Minyak masak

Cara-cara:
1) Tumis bawang putih + bawang besar yang dihiris halus.
2) Masukkan cili boh sesudu dua. Tumis sampai cili masak.
3) Masukkan serbuk kari yang dah dibancuh air tadi. Agak-agak je banyak mana.
4) Biar kan bahan-bahan tadi sampai masak. Masukkan sikit air. Biar lagi sampai kering sikit. (Kalau nak berkuah sikit, air tu masukkan lebih sikit, pastu jangan biar kering sangat)
5) Masukkan udang. Bila udang dah kemerahan, terus angkat. Udang tak perlu masak lama-lama. Sebab cepat masak kan...
Siap! Selamat mencuba!

First-Segmen Erna: Bloglist-Walking Ogos 2015

Follower Erna ke-213

*klik banner untuk join*
Jom tambah kenalan!

Wednesday, August 12, 2015

Ingatkan Dia - Wings

Aku tahu lagu ni dari seseorang secara tak langsung. Aku dengar dan hmmm......aku kurang faham. Aku google lirik, aku baca betul-betul. Persoalan yang bermain di benak fikiran aku...

Adakah dia curang dengan girlfriend dia???? Umpama lirik lagu...mengapa aku tak setia.

*crying*

Motivasi


Tuesday, August 11, 2015

Takut Kehilanganmu

Lagu ni officemate aku suka. Sedap katanya. Bila dalam kereta dengan dia, dia mesti cakap "Kak, lagu ni best kak. Saya suka lagu ni."
Aku pun layan jugak lah. Bila 2 3 kali dengar, hmm...not bad. Boleh lah..Tapi lirik tu mendalam sangat! 

Monday, August 10, 2015

Sabar

Walau apa jua yang dilalui, walau besar mana sekalipun dugaan yang diterima, teruskan bersabar. Mohon agar Allah bantu kita semua.
Salam Isnin semua!

Friday, August 7, 2015

Test from Allah

Allah tests different people with different trials. Because everyone has a different level of patience, faith & tolerance.

Salam Jumaat everyone!

Thursday, August 6, 2015

Welcome Home MH370

Welcome home MH370...Sesungguhnya segalanya milik Allah. Dia juga yang Maha Mengetahui...

Wednesday, August 5, 2015

Korean Dessert - Bingsu

Sabtu lepas aku bawak adik-adik pekena latest dessert favorite aku. Memang perangai aku, kalau tau tempat baru aku akan pegi dulu, try sedap ke tak. Kalau sedap, aku akan bawak pulak adik-adik.
So haritu dapatlah aku share dengan adik-adik apa yang aku suka. Korean dessert a.k.a. Bingsu. Kedai ni memang specialize in dessert. Macam-macam jenis bingsu ada, tapi aku prefer buah-buahan. So aku order lah Mango Cheese Bingsu & Strawberry Bingsu.
1 mangkuk ni boleh share 2 orang. Disebabkan kami berlima, dan adik lelaki aku kureng sikit benda pelik-pelik, aku order 2 mangkuk je lah. Yang banyak makan adik-adik perempuan la as usual. Siap cakap sedap banyak kali. Haha!
Bagi yang tak tahu, bingsu ni macam ABC la, tapi versi Korea. Dan aku rasa kuantitinya lebih banyak. Serius cuma orang pelahap je mampu habiskan semangkuk gedabak ni. Hehe...
Location kedai Korean Dessert ni kat PV128, Setapak. Bangunan sebelah Columbia Hospital. Kalau tak salah nama kedai ni Seoul Bing, bedekatan dengan restoran mee tarik. Orang Kl boleh lah try. Aku tak sure kedai ni ada ke tak kat tempat lain. Pepandai lah korang google ok!
Next time nak bawak ibu pulak. Lepak & borak. Ayah memang takkan minat punya benda gini. :p

Janji Allah itu Benar

Sabarlah duhai hati. Kekal tenang. Kekal tabah. InsyaAllah segalanya akan kau miliki dengan izinNya. Terus percaya pada kekuasaan Allah s.w.t. Sesungguhnya janji Allah itu benar.

Tuesday, August 4, 2015

Resepi Mudah: Sayur Campur Goreng

Sayur ni aku masak untuk adik-adik hari tu. Sayur campur goreng bodo aku panggil. Haha! Sebab memang sangat simple, takda rencah, tapi sedap! Jom nak share resepi ;)
Bahan-bahan:
Carrot (potong nipis)
Kacang buncis (potong serong)
Kubis bunga
Cili boh
Bawang putih (dihiris)
Bawang merah (dihiris)
Minyak masak
Air
Garam
Cara-cara:
1) Panaskan minyak. Tumis bawang putih + bawang merah.
2) Masukkan sesudu cili boh.
3) Biarkan cili garing.
4) Masukkan semua sayur kat atas tadi.
5) Tambah sedikit air. Ikut korang la nak banyak mana, nak berkuah sikit letak banyak air.
6) Tambah garam secukup rasa. Tunggu sampai sayur-sayur tadi empuk sikit.

Siap!!! Selamat menjamu selera.

Monday, August 3, 2015

Resepi: Sambal Kentang



Bahan-bahan:
Ubi kentang (dihiris nipis)
Bawang besar (dicincang)
Bawang putih (dipotong dadu)
Cili boh
Garam
Gula
Minyak untuk menumis & menggoreng

Cara-cara:
1) Goreng ubi kentang yang dihiris nipis.
2) Lepas semua kentang dah digoreng, tumis bawang putih & bawang besar sampai naik bau.
3) Masukkan cili boh, biar sehingga betul-betul masak. (Aku tambah air dan tunggu sampai cili kering sikit dan garing)
4) Tambahkan gula dan garam secukup rasa. (Taknak tambah gula pun takpe. Tapi kalau pedas sangat, tambah sikit je gula sekadar untuk hilangkan kepedasan cili tu)
5) Bila cili dah hampir kering, masukkan ubi kentang yang digoreng tadi.

Siap!

Ni resepi simple je. Sesuai untuk orang bujang macam aku. Haha! 
 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol